Monday, April 30, 2007

HIV Screening

Dalam pukul 11 pagi tadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil ujian HIV di Poliklinik Kerajaan Balok. Jangan salah sangka. Bukannya aku mengambil ujian tersebut kerana suka-suka, atau kerana aku mengamalkan "gaya hidup" tidak sihat mahupun luar tabii, cuma kerana menyahut seruan, atau lebih tepat lagi, menyahut kewajipan sebagai rakyat Johor.

Walaupun ujian yang dijalankan cukup mudah dan pantas, berdebar juga rasa di hati. Mahukan tidak, semalam baru sahaja aku terbaca satu laman web di www.aliveandwell.org yang menceritakan tentang ketepatan ujian HIV.

"Is the "AIDS Test" Accurate?

Many people are surprised to learn that there is no such thing as a test for AIDS. The tests popularly referred to as "AIDS tests" do not identify or diagnose AIDS and cannot detect HIV, the virus claimed to cause AIDS. The ELISA and Western Blot tests commonly used to diagnose HIV infection detect only interactions between proteins and antibodies thought to be specific for HIV -- they do not detect HIV itself. And contrary to popular belief, newer "viral load" tests do not measure levels of actual virus in the blood.

All HIV antibody tests are highly inaccurate. One reason for the tests' tremendous inaccuracy is that a variety of viruses, bacteria and other antigens can cause the immune system to make antibodies that also react with HIV. When the antibodies produced in response to these other infections and antigens react with HIV proteins, a positive result is registered. Many antibodies found in normal, healthy, HIV-free people can cause a positive reading on HIV antibody tests. (23) Since the antibody production generated by a number of common viral infections can continue for years after the immune system has defeated a virus -- and even for an entire lifetime -- people never exposed to HIV can have consistent false positive reactions on HIV tests for years or for their entire lives."

Jadi takut juga kalau-kalau aku menjadi mangsa "false positive" ni. Namun, aku gagahi jugak pergi dan menjalani ujian HIV tersebut. Alhamdulillah, pembantu perubatan yang menjalankan ujian tersebut cukup peramah. Sambil berborak, dia mencucuk jari hantu aku dengan "test kit" selepas menyapu dengan alkohol. Darah aku dititiskan ke ruangan sampel. Perlahan-lahan aras penanda pada "test kit" tersebut mula bergerak. H2... H1.... H1.... H1.... H1.... C! Yehaaa!!! Clean!

Dalam pada kami leka melihat aras penanda tersebut bergerak, baru aku sedar yang jari hantu aku masih lagi mengalirkan darah. "Eh, saya belum bagi kapas lagi ye?" Itulah kata-kata pembantu perubatan tersebut pada aku. Dengan sengih yang hensem sedikit dari kerang busuk, dia bergerak ke belakang dan mengambil kapas untuk aku membersihkan dan menghentikan darah yang mengalir. Dalam hati, aku cuma mampu tergelak sendiri melihat telatah dia. Biarlah. Janji ujian aku negatif! Hehehe.

Sunday, April 29, 2007

Let's Wash the Car

Akhirnya, setelah hampir 3 bulan kereta Wira kesayangan aku mogok untuk tidak mandi, berjaya jugak petang tadi aku memaksa dia mandi. Walaupun bukan di tempat mencuci kereta yang ditunjukkan di dalam gambar di sebelah (I wish!), tapi aku cukup puas hati bila melihat Wira aku mula menunjukkan warna "Camo Green"nya.

Masa tengah menunggu giliran kereta aku siap dibasuh, aku cukup kagum melihat betapa bersungguh-sungguhnya keluarga berbangsa India yang mengusahakan pusat mencuci kereta tersebut. Jam ketika aku mula-mula sampai sudah pun pukul 12. Namun dengan wajah yang berseri-seri, dia menyambut ketibaan aku dengan penuh rasa ceria dan gembira. Walaupun ada 3 buah kereta lagi yang sedang menunggu giliran, mereka langsung tidak terdetik untuk mengeluh atau menolak pelanggan untuk berehat waktu makan tengah hari.

Keempat-empat anak beranak tersebut tanpa jemu, bekerja keras dan penuh bersungguh-sungguh mencuci kereta pelanggan. Khusyuk sekejap aku melihat mereka bekerja. Kalaulah di tempat kerja aku, semua orang bekerja sebegitu, aku yakin syarikat tempat aku bekerja mampu membuat keuntungan paling kurang lebih lima puluh peratus lagi. Kalaulah aku memiliki syarikat aku sendiri, pasti aku akan mengambil keempat-empat mereka bekerja dengan aku.

Dalam pada itu, sempat juga aku menjeling pada sebuah kereta yang sedang menunggu giliran dibasuh. Lawa. Terjaga rapi. Bersih. Eh.. bersih?? Hehe.. ingatkan kereta tu dah dibasuh, rupa-rupanya dah bersih pun masih dihantar untuk dibersihkan lagi. Bertuahnya kereta tersebut. Kalau lah Wira aku boleh bercakap, mesti dia meraung kat aku mintak aku jaga dia sepertimana tuan punya kereta tersebut menjaga keretanya. Tapi, aku akan jawab balik pada Wira aku... "Siapa tuan siapa?" Heh.. amik kau.. cakap lah lagi.

Kereta aku siap pada jam 2.05 petang. Walaupun berada hampir 2 jam di situ, aku tak sedar masa berlalu. Mungkin kerana aku khusyuk melihat keluarga India tersebut bekerja. Mungkin kerana aku khusyuk dengan imaginasi aku berkata-kata dengan kereta Wira aku. Mungkin juga kerana aku memang tidak dalam mengejar masa. Apa pun, pada aku, lawatan ke pusat mencuci kereta tersebut cukup bermakna.

Saturday, April 28, 2007

Update

Huh? Lamanya tak berupdate blog nih!! Maafkan aku... maafkan aku... maaf kan aku! Maaf kan aku! Maaf kan aku! Hehehe... Berapa banyak maaf daaa!

Ke mana agak-agaknya aku menghilang selama ni? Tak kemana. Masih ada di sini. Masih lagi bernafas. Masih lagi seperti dulu. Yang berbeza, aku sekarang terpaksa membahagi-bahagikan masa kepada dua perkara yang cukup besar. Yang cukup memenatkan tetapi terpaksa dihadapi dan dirancang. Yang bakal merubah hidup aku buat selama-lamanya.

Alhamdulillah, training Six Sigma dah pun tamat pada 6 haribulan April yang lalu. Sekarang, hanya perlu menyiapkan dua projek dan menghadapi peperiksaan pada bulan 8. Kerja-kerja OPI mula berduyun-duyun masuk. Dan keperluan kerja baru ini perlu disahut. Tambahan pula, bermula 1 May ini, secara rasminya aku menjadi "Executive - BPI". Jadi, nak tak nak, kenalah berusaha bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Takkan nak makan gaji buta je kan? Lagi pun, berada di luar kelompok "Operation" memang mencabar. Tidak lagi dipandang orang sebagai penyumbang terus hasil pendapatan syarikat. Tidak lagi menerima sokongan dan respon sepertimana diterima oleh kelompok "Operation". Tidak lagi menjadi "anak emas" syarikat. Persepsi? Mungkin hanya persepsi sesetengah pihak. Mungkin juga lain di hati, lain di bibir. Aku terima cabaran baru ini sebagai satu ujian hidup. Mudah-mudahan aku masih aku.

Satu lagi cabaran besar yang sedang aku bergelumang ialah untuk melangkah ke alam baru. Alam yang penuh tanggungjawab. Alam yang penuh cabaran. Insya-Allah, kalau segala-galanya berjalan lancar, 29 Jun 2007 bakal menyaksikan langkah pertama aku ke alam baru ini.

Apa-apa pun, aku dah kembali!