Sunday, September 23, 2007

Leeds Extends Records

Yeehaa.. lupakan Liverpool. Lupakan Chelsea. Lupakan Arsenal. Man Who? Ah.. lupakan juga. Hanya ingatkan Leeds United!

Leeds 2-0 Swansea


Leeds extended their 100% record with a comfortable 2-0 victory against visiting Swansea to record a club-record eight straight wins.

Elland Road's biggest crowd of the season saw the hosts do the damage with second-half strikes from Jermaine Beckford and David Prutton.
blog it

Sunday, September 9, 2007

Value of a Life

"Di satu pagi yang indah, anda bangun dengan semangat yang berkobar-kobar. Setelah siap mandi dan berpakaian, anda melangkah masuk ke kereta BMW 3 Series yang anda sayangi. Enjin dihidupkan. Ngauman kereta anda memecah keheningan pagi yang dingin itu.

Anda tiba ke tol Gombak. Deretan kereta yang beratur menanti giliran di bahagian pembayaran tunai membuatkan anda berbangga menggunakan SmartTAG. Kereta anda terus meluncur megah di Lebuhraya Pantai Timur di pagi yang permai itu.

Setengah jam kemudian, anda terpandang papan tanda di sebelah kiri lebuh raya. Papan tanda yang tertulis "Persimpangan Maran - 2 km". Anda tersenyum bangga sekali lagi. Bangga dengan prestasi kereta anda dan kecekapan anda memandu pantas hingga mampu tiba di Maran dalam masa 30 minit sahaja. Senyuman anda memancar seterang mentari pagi yang membelah kesejukan pagi yang ceria itu.

Dengan tidak semena-mena, tayar kereta anda meletup. Anda hilang kawalan. Anda cuba menekan brek dan membetulkan haluan kereta, tetapi terasa sukar sekali. Pada halaju 100km/j, mungkin anda masih mempunyai peluang. Tetapi anda sedang memandu pada 200km/j!

Di saat itu, segala-galanya terlintas di fikiran anda. Anak-anak dan isteri yang bakal ditinggalkan buat selama-lamanya. Ayah ibu di kampung. Rumah banglo. Deretan kereta. Kerja. Pangkat. Semuanya akan ditinggalkan buat selama-lamanya."

Pernahkah korang terfikir situasi begini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, termasuk diri korang sendiri? Itulah yang aku terfikir apabila melihat satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur ketika pulang dari KL hujung minggu lepas. Betapa murahnya harga satu kehidupan. Mayat mangsa kemalangan hanya diletakkan begitu sahaja di pembahagi jalan. Kereta mahal sudah tiada makna. ABS, Airbag, dan sebagainya hanya tinggal nama sahaja.

Murah itukah nyawa kita?

Friday, August 3, 2007

Thinking Positively

Pernahkah kita terfikir, kenapa orang kita jarang berfikiran positif? Pernahkah kita terfikir, kenapa orang kita suka buruk sangka? Pernahkah kita terfikir, kenapa orang kita suka dengan berita-berita sensasi, berita-berita panas, gosip-gosip hangat yang kebanyakannya menjatuhkan imej seseorang berbanding dengan cerita-cerita teladan orang-orang yang berjaya?

Adakah orang kita ini terlalu cetek pengetahuan? Atau kerana orang kita pendek akal? Atau kerana orang kita malas menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan Allah?

Aku tidak tahu jawapannya. Aku hingga hari ini tetap musykil. Tetap pelik. Musykil dan pelik bilamana melihat keadaan orang-orang kita yang sanggup bersusah payah untuk menyebarkan cerita-cerita negatif tentang orang lain sedangkan cerita-cerita positif bersepah di mana-mana. Musykil dan pelik kerana bukan sedikit orang kita yang berjaya tetapi kurang diketahui umum, sedangkan orang kita yang berkecimpung dalam bidang nyanyian dan lakonan sering menjadi buah mulut para remaja, para belia, malahan pakcik makcik di kampung dan juga Datuk Datin di kabinet. Sudah habiskah modal bahan bualan kita? Atau memang penyakit kita yang tidak kenal istilah berfikiran positif?

Entahlah. Biarlah mereka yang lebih arif memikirnya. Aku akan mencuba untuk cuba berfikiran positif. Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Persepsi kita bakal menentukan kepercayaan kita dan seterusnya tingkah laku kita. Baik persepsi, maka baiklah kepercayaan dan prinsip hidup kita. Mudah-mudahan aku akan terus mencuba untuk mencuba hingga menjadi darah daging aku. Amin.

Friday, July 27, 2007

Who We Are?

Bila mana kita duduk seorang diri tanpa melakukan apa-apa kerja, kadangkala kita terfikirkan tentang diri kita. Siapa diri kita yang sebenarnya? Kenapa kita wujud? Apakah tujuan kewujudan kita?

Banyak pendapat mengatakan setiap orang ada matlamat akhir kehidupan mereka. Baik untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam bidang masing-masing, mahupun untuk bahagia hidup bersama keluarga. Ramai yang mengatakan mereka tahu kehendak diri masing-masing. Sebahagian besar mengatakan mereka tahu bagaimana untuk mencapai kehendak mereka. Dan tidak kurang, yang menyatakan mereka hilang punca dan arah apabila pelan hidup mereka tidak menjadi kenyataan kerana sebab musabab yang tertentu.

Semalam aku terfikir. Hidup aku punya macam-macam matlamat yang ingin aku capai. Hidup aku penuh dengan impian, tanggungjawab dan kehendak. Hidup aku bersulam penuh dengan lumrah manusia. Tapi, seperti lumrah manusia juga, banyak cabaran dan halangan muncul dalam hidup. Seperti lumrah manusia juga, banyak impian, tanggungjawab dan kehendak yang tidak kesampaian.

Jadi apa yang harus aku buat? Cuba lagi? Kecewa? Marah? Kesal? Bila aku fikirkan semula, aku dapati yang aku melakukan kesilapan paling besar dalam hidup aku. Kesilapan kerana aku gagal mengenali diri aku sendiri. Kesilapan kerana mempunyai matlamat hidup yang salah.

Hidup di dunia bukannya kekal. Tujuan kita hidup bukan untuk dunia. Tapi untuk kehidupan kita selepas di dunia. Kita diwujudkan semata-mata untuk beribadat kepada Tuhan Yang Satu. Niat utama kita hendaklah selaras dengan tujuan kewujudan kita. Barulah apa yang kita inginkan dalam hidup betul. Barulah cita-cita kita betul. Barulah cara kita betul. Kalau dunia ini impian kita, maka dunialah yang akan kita pegang. Akan kita kendong. Akan kita bergelumang. Hasilnya? Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Tapi kalau kita berpegang kembali pada jalan yang asal, kita akan tidak mudah kecewa. Tidak mudah marah. Tidak mudah kesal. Kita tahu, keinginan kita semata-mata kerana untuk mencapai keredhaan Allah. Jadi, kalau apa yang kita usahakan tidak seperti apa yang kita inginkan, kita akan redha dengan ketentuan Allah. Kita akan yakin keputusan tersebut adalah kehendak Allah, dan setiap kejadian yang diputuskan oleh Allah ada hikmahnya tersendiri. Hidup kita akan lebih yakin, teratur dan bebas dari niat buruk dan hasad dengki.

Jadi sama-samalah kita beringat selalu tentang tujuan kita diwujudkan. Mudah-mudahan kita selamat dunia dan akhirat. Amin

Thursday, July 19, 2007

My Flickr

Yup. Tambahan pada senarai Syndicates telah dibuat. Tambahan yang bertajuk My Flickr. Buat masa ini, semua gambar-gambar diletakkan di bawah kategori "For Friends & Family only". Jadi, kalau teringin nak tengok gambar-gambar yang telah aku muatkan ke dalam Flickr, kenalah register dulu kat Flickr, dan beritahu ID yang didaftarkan untuk aku masukkan ke kategori Friends. Pendaftaran adalah percuma, dan aku tak ada terima sesen pun daripada iklan ini. Heheh.

Wednesday, July 18, 2007

Lost :(

Erks.. ni bukan pasal cerita Lost yang Akram dok minat sangat tu. Ni pasal kehilangan barang yang terjadi baru-baru ini dekat rumah baru aku.

Masa mula-mula dapat kunci, kitorang dapati yang beberapa kepala paip, besi penutup lubang lelaki (manhole daa.. hehe) dan besi pagar dapur hilang. Nasib baik boleh minta pemaju gantikan. Lepas tu, baru-baru ini, fius untuk meter elektrik pula yang kena curi. Sakit betul la manusia zaman sekarang. Segala benda boleh diorang sapu untuk duit. Memang sah negara kita makin lama makin sakit. Makin rosak. Makin binasa. Yang merana? Orang-orang yang tak bersalah macam aku.. huhuhu.

Sekarang ni aku tengah dok fikir-fikir sama ada nak pasang penggera keselamatan atau tidak kat rumah tu. Masalah kewangan terhad menyukarkan aku untuk membuat keputusan. Dahlah baru sahaja keluar duit untuk duit pemasangan penghadang tingkap. Nak kena beli almari, dapur, peti sejuk, katil dan macam-macam lagi pula. Seksa.. seksa. Tapi bila fikir-fikirkan balik, keselamatan keluarga lagi penting dari harta benda. Tengoklah macam mana nanti... korek-korek lagi duit dari mana-mana sumber halal lain kot.

Tuesday, July 17, 2007

Away...

Apa rasanya bila kita terpaksa berpisah dengan sesuatu yang kita amat sayangi, walaupun hanya seketika? Apa rasanya bila nikmat yang kita kecapi saban hari ditarik balik, walaupun hanya sementara?

Kita selalu leka dengan apa yang kita ada. Kita mudah terlupa yang segala apa yang kita punyai bukanlah milik kekal kita. Hari ini kita mungkin orang paling kaya, tapi esok mungkin kita papa kedana. Hari ini kita mungkin orang yang mempunyai keluarga bahagia, tapi esok mungkin kita hidup seorang diri terkontang-kanting.

Sayangilah apa yang kita nikmati hari ini dengan selalu bersyukur pada Yang Maha Kuasa. Akan tetapi, tabahlah jika kita diduga, kerana segala-galanya milik Yang Maha Kaya. Tetapkan niat kita semata-mata kerana Yang Maha Esa, dan kita akan bahagia hidup di dunia sementara ini dan juga di dunia yang kekal selama-lamanya kelak.

Tuesday, June 26, 2007

Goodbye Single

Hmmm.. esok aku akan mula bercuti selama 19 hari. Cuti terakhir aku sebagai orang bujang. Selepas ini, aku akan melangkah ke dunia baru. Dunia yang penuh dengan liku2 tetapi turut menjanjikan lebih keindahan.

Huh.. nerves sungguh rasa di dalam hati. Sebelum ini aku boleh malas-malas, lepas ini aku kena mula rajin. Sebelum ini aku boleh main-main, lepas ini aku sudah ada tanggungjawab. Sebelum ini aku boleh buat sesuka hati, lepas ini aku kena memikirkan hati orang lain sekali.

Tapi semua itu dugaan. Dugaan yang menjadikan diri kita orang yang lebih baik dari kita yang semalam. Tanpa dugaan, kita tak akan berubah. Tanpa cabaran, kita akan masih berada di takuk lama. Semua perubahan ada manfaatnya, baik perubahan yang baik mahupun perubahan yang kita rasakan berat. Semua ada pengajaran dan pengalaman yang boleh ditimba.

Apa pun, aku belum pasti, selepas ini aku akan boleh mengupdate blog ini seacap dulu. Insya-Allah, panjang umur dan peluang menjelma, aku tetap akan terus berjuang untuk mengupdate laman blog kesayangan aku ini. Sehingga masa itu, salam takzim dan selamat maju jaya untuk semua. Amin.

Thursday, June 21, 2007

Jemputan

Assalamualaikum warahmatullah.

Dengan sukacitanya saya ingin menjemput sahabat handai sekalian ke Majlis Perkahwinan saya yang bakal berlangsung seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 1 Julai 2007
Masa: 11.30 pagi – 4.30 petang

Alamat: No 12, Jalan Imam Haji Ahmad, Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim

Disertakan bersama-sama, jemputan dan juga peta sebagai rujukan. Semoga dengan kehadiran saudara-saudara sekeluarga akan memeriahkan lagi majlis ini (klik gambar untuk saiz penuh.



Thursday, June 14, 2007

Sneak Preview Part 3

Lagi 15 hari woo..

Wednesday, June 13, 2007

Thinking Outside The Box

Kita sering mendengar frasa "Think outside the box". Malah Perdana Menteri kita juga pernah menyeru agar rakyat Malaysia berfikir di luar kotak. Akan tetapi, jarang atau tidak pernah kita dengar bagaimana kita hendak berfikir di luar kotak.

Semalam, Pengurus Kanan jabatan aku berkongsi pengalaman beliau tentang perkara ini. Perkongsian yang pada aku cukup berguna untuk semua. Dan hari ini, aku ingin berkongsi dengan semua.

Menurut beliau, otak kita berfungsi sebagai penyimpan maklumat. Maklumat disimpan secara semulajadi di dalam bentuk aliran-aliran seperti aliran sungai, di mana setiap sungai adalah dikaitkan dengan sesuatu maklumat, contohnya, ada sungai maklumat berkaitan "makan", ada sungai berkaitan "tidur", ada sungai berkaitan "IT" dan sebagainya. Masalah yang selalu kita hadapi ialah apabila kita cuba untuk "brainstorm" sesuatu perkara, kita hanya selalu dapat berfikir melalui satu sungai sahaja, iaitu, jikalau kita berfikir tentang "makan", kita hanya akan melalui aliran sungai "makan", bukannya "tidur" atau "IT".

Jadi salah satu cara untuk kita melompat dari satu sungai ke satu sungai ialah melalui teknik "randomization". Caranya? Apabila kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah, sebagai contoh "Bagaimana mengatasi masalah banjir kilat", kita cuba gunakan satu objek rawak di sekeliling kita. Kerusi misalannya. Kita lihat apa ada pada kerusi tersebut. Apa rupabentuknya. Apa "features"nya. Apa fungsinya. Kemudian, setiap perkataan yang kita kumpulkan daripada kerusi tadi, kita cuba kaitkan dengan tajuk permasalahan asal kita. Sebagai contoh lagi, katakan kerusi yang kita tengok tadi mempunyai sifat fleksibel dan selesa. Jadi kita akan cuba mencari idea cara yang fleksibel dan selesa untuk mengatasi masalah banjir kilat. Terowong SMART adalah contoh "solution" yang fleksibel dan selesa untuk para penduduk. Teruskan berfikir berdasarkan objek rawak tersebut hingga kita kekeringan idea dan pilih lagi objek rawak yang lain.

Berdasarkan pengalaman aku, cara sebegini memang berkesan. Ingat lagi blog aku bertajuk "screw & leaves"? Kaitkan dua objek yang berbeza dan hasilnya mungkin memeranjatkan kita sendiri!

Tuesday, June 12, 2007

Balanced Life

Di zaman sekarang, kehidupan kita sememangnya begitu "demanding" dan membebankan. Banyak kerja yang memerlukan kita bekerja di luar masa waktu pejabat. Bagaimana caranya untuk kita menguruskan masa kita agar kita tetap dapat menjalani kehidupan yang seimbang? Laman web Advanced Leadership Group mempunyai artikel tentang strategi untuk mencapai "Balanced Life" (klik link di bawah untuk membaca artikel penuh):
Goal Setting
Strategies for a Balanced Life

by Diane M. Eade

Caught up in the hectic daily activities of clinical practice and administration, health care practitioners can easily lose sight of long-term goals … easily forget what they set out to accomplish for themselves and for their loved ones. Yet proven strategies exist to help busy professionals achieve happy, healthy, productive, and well-balanced lives. To help you regain some perspective, an expert in life planning and personal productivity presents the following tips.

"To be what we are, and to become what we are capable of becoming, is the only end of life," wrote Robert Louis Stevenson in Familiar Studies of Men and Books1. Simple as that goal may sound, most people get so caught up in the day-to-day activities of living that they never come even close to realizing their full potential or their lifelong dreams.


blog it
Pada pendapat aku, tidak sukar untuk kita mencapai kehidupan yang seimbang, cuma sukar untuk kita mendisiplinkan diri kita untuk menuju ke arah itu. Selagi mana niat kita ditetapkan ke jalan yang betul, kita pasti akan bersikap sederhana dalam menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kita. Sederhana di sini bukan bermakna buat sambil lewa. Sederhana bermaksud, kita tidak fanatik dalam sesuatu perkara sehingga mengabaikan perkara yang lain. Tetapkan niat kita membuat semua perkara kerana Allah, mudah-mudahan, kita akan tetap berada di landasan yang betul untuk hidup secara seimbang.

Monday, June 11, 2007

High Blood Pressure

Petikan dari laman web melalui ClipMarks:
bp

Your heart beats about 60 to 80 times a minute under normal conditions. Your blood pressure rises with each heartbeat and falls when your heart relaxes between beats. Your blood pressure can change from minute to minute, with changes in posture, exercise or sleeping, but it should normally be less than 120/80 mm Hg for an adult. Blood pressure that stays between 120–139/80–89 is considered prehypertension and above this level (140/90 mm Hg or higher) is considered high (hypertension). Your doctor may take several readings over time before deciding whether your blood pressure is high.


blog it
Kadangkala, dalam kita mengejar kejayaan, kita seringkali terlupa tentang kesihatan diri kita. Kita leka dengan kerja ataupun permasalahan yang kita hadapi, hinggakan kita mengabaikan kesejahteraan fizikal dan mental kita.

Apabila kita melihat orang yang kita sayangi terganggu kesihatan mereka, kita akan risau. Kita akan gelisah. Akan tetapi, apabila mereka sihat kembali, bagaimana dengan kerisauan kita? Bagaimana dengan kegelisahan kita? Bila aku melihat penyakit datang dan pergi, aku terfikir. Terfikir betapa mudahnya Tuhan mendatangkan sesuatu pada manusia yang serba lemah ini. Dan betapa mudahnya Dia mengangkatnya kembali. Betapa mudahnya Dia memberi nyawa. Dan betapa mudahnya Dia mengambilnya kembali.

Yang penting, ingatlah kita bersama-sama. Sayangilah mereka yang kita sayang sepenuhnya, kerana kita tidak tahu, esok atau lusa, mereka yang kita sayangi masih ada lagi di muka bumi ini. Atau, kita juga tidak tahu, mungkin kita yang akan pergi tidak lama lagi.

Saturday, June 9, 2007

Sneak Preview Part 2

20 hari lagi tinggal...

Friday, June 8, 2007

We Are Lazy

Benarkah orang kita memang pemalas? Benarkah kita mundur sebab kita malas untuk berusaha? Benarkah kita lebih mementingkan kemalasan daripada kejayaan?

Jika kita renung-renungkan, aku rasa kita tidak dapat nak menafikan yang orang kita memang malas. Siapa yang selalu ditipu dengan skim cepat kaya atau pelaburan haram internet? Orang kita. Kenapa? Kerana kita malas untuk berusaha seperti mana orang lain tetapi tetap mengharapkan kekayaan seperti orang lain.

Siapa yang selalu tercicir dari menjadi graduan universiti kelas pertama atau kedua atas? Orang kita. Kenapa? Kerana kita malas untuk belajar seperti mana orang lain tetapi tetap mengharapkan kejayaan seperti orang lain.

Siapa yang selalu terperosok di penjara atau pun di pusat serenti? Orang kita. Kenapa? Kerana kita malas untuk berfikir menyelesaikan masalah dengan jalan yang terbaik seperti mana orang lain tetapi tetap mengharapkan masalah tersebut "selesai" dengan pantas seperti orang lain.

Ke manakah hala tuju orang kita jika situasi begini berterusan? Adakah kita akan terus mengharapkan belas ihsan orang lain? Adakah kita akan terus menyalahkan orang lain yang maju apabila kita tetap mundur? Kenapa kita lebih suka menghabiskan wang jutaan ringgit untuk melantik penasihat atau consultant luar kerana kita malas untuk belajar sendiri dan malas untuk mencuba membina kemampuan diri kita sendiri?

Kalaulah kita semua rajin 10% lebih dari sekarang, aku rasa jauh lebih ramai orang kita yang berjaya. Bak kata cikgu kelas aku semalam, "Orang kita memang bijak pandai. Cuma kita malas."

Thursday, June 7, 2007

Why Do We Plan?

Semalam semasa di dalam kelas Production Planning Tools, aku terdengar satu persoalan yang cukup menarik:

"Why do we plan, when most of the time our planning fails?"

Kenapa kita masih menghabiskan masa berjam-jam untuk merancang sesuatu sedangkan kebanyakan yang kita rancang, tidak berlangsung seperti yang dirancangkan? Kenapa tidak kita tumpukan masa yang terhad untuk terus melaksanakan tugasan yang lebih penting daripada membazir masa merancang?

Dan jawapan dia adalah cukup mudah. Memang benar, melaksanakan tugasan itu yang lebih utama, kerana merancang tapi tidak melaksanakan adalah umpama membeli kereta tetapi tidak menggunakannya. Akan tetapi, tanpa rancangan yang teliti dan teratur, kita hanya akan melaksanakan tugasan secara membuta tuli. Tiada kajian untuk melakukannya dengan betul. Tiada analisis untuk memastikan kita tahu terlebih awal langkah-langkah susulan yang perlu diambil sekiranya terjadi sesuatu perkara. Tiada pengajaran yang boleh kita ambil sekiranya hasil tugasan kita tidak menepati sasaran yang dikehendaki kerana kita tidak tahu apa yang lari daripada sepatutnya.

Salah seorang pengurus kanan di tempat kerja aku selalu menekankan "planning is 90%, execution is 10%". Sekiranya perancangan kita sempurna, tugasan akan dapat dilakukan dengan mudah. Dengan perancangan teliti, sekiranya kita mencapai sasaran tugasan, kepuasan yang kita kecapi memang tidak terhingga. Akan tetapi, walaupun sasaran kita tidak tercapai, kita tetap akan puas kerana kita tahu bahawa kita telah mencuba yang terbaik dan keputusan adalah milik Tuhan. Kita tahu apa yang silap dan kita akan dapat memperbaiki kelemahan tersebut di masa akan datang.

Jadi sama-samalah kita beringat, "Fail to plan is plan to fail". Jangan sombong untuk merancang. Biar kita kecewa sebelum, jangan kita kecewa selepas. Dan perancangan paling utama tentulah, merancang bagaimana kita menghadapi hidup di dunia agar hidup kita di akhirat nanti bahagia selama-lamanya.

Wednesday, June 6, 2007

Rubik's Cube in 26 Moves?

Semasa aku sedang membelek-belek laman web Tom's Hardware, aku terjumpa berita berikut:
clipped from www.tgdaily.com
Researchers solve Rubik’s Cube in 26 moves

Trendwatch


By Humphrey Cheung
Boston (MA) - Researchers at Northeastern University claim that they can solve any Rubik’s Cube puzzle in 26 moves, one move better than the previous record. Using grid computers that calculated at 100,000,000 times a second, Computer science professor Gene Cooperman and graduate student Dan Kunkle can pinpoint the correct set of moves “in about a second”.
Ten years ago, researchers at UCLA said they solved the puzzle, no matter how complicated the configuration, in 27 moves. This in itself was quite a feat because the six-sided colored cube has more than 43 quintillion combinations – that’s 4 followed by 19 zeros. Not to mention that computing technology wasn’t nearly as advanced as the stuff we have today.

Cooperman and Kunkle put all the combinations into 7 terabytes worth of tables on a grid computer system run by Teragrid.org. Those combinations were then pre-sorted through at 100,000,000 times a second.

blog it
Berita sebegini kadangkala membuatkan kita terfikir, apakah erti kemajuan yang kita capai di dalam bidang teknologi? Sedang ramai yang menderita dengan kanser dan AIDS, kita masih lagi mencari ruang untuk mengejar nama. Sedang ramai yang sengsara dengan kebuluran dan kemiskinan, kita masih lagi mencipta peluang untuk berbangga. Alangkah eloknya kalau kita dapat tumpukan kemajuan kita kepada perkara-perkara yang berfaedah kepada manusia sejagat. Tapi, siapalah kita untuk mempersoalkan tindak tanduk Barat, jika Parlimen kita sendiri masih sibuk berbahas isu-isu seperti paip bocor dan Mawi.

p/s: Cubaan menggunakan clipmarks.

Monday, June 4, 2007

Sneak Preview Part 1

Pada hari ini, bertarikh 4 Jun 2007, tinggal 25 hari sahaja lagi untuk satu tarikh bersejarah dalam hidup aku.

Nantikan pengumuman rasminya tidak lama lagi. Jeng jeng jeng. Hehehehe.

My Generation vs. Your Generation

Sesuatu untuk menceriakan hari Isnin semua...

A very self-important university freshman attending a recent football game, took it upon himself to explain to a senior citizen sitting next to him why it was impossible for the older generation to understand his generation.

"You grew up in a different world. Actually, an almost primitive one," the student said loud enough for many of those nearby to hear. "The young people of today grew up with television, jet planes, space travel, man walking on the moon and our spaceships have visited Mars. We have nuclear energy, electric and hydrogen cars, computers with light speed processing and...," pausing to take another drink of beer.

The senior took advantage of the break in the student's litany and said, "You're right, son. We didn't have those things when we were young. We invented them! Now, tell me, what are you doing for the next generation"?

The applause was resounding.

Hmm.. dalam pada tersenyum tu, rasa-rasanya, apa yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang?

Wednesday, May 30, 2007

Functions of Management

Dari Wikipedia:

Functions of Management
Management operates through various functions, often classified as planning, organizing, leading/motivating and controlling.

* Planning: deciding what needs to happen in the future (today, next week, next month, next year, over the next five years, etc.) and generating plans for action.

* Organizing: making optimum use of the resources required to enable the successful carrying out of plans.

* Leading/Motivating: exhibiting skills in these areas for getting others to play an effective part in achieving plans.

* Controlling: monitoring — checking progress against plans, which may need modification based on feedback.

Kadangkala, aku sedikit keliru dengan cara kita memilih orang untuk dijadikan sebagai pengurus. Aku tak nafikan, kebanyakan golongan pengurusan memang berkeupayaan hebat. Bijak dalam menentukan halatuju seluruh organisasi. Bijak dalam menerokai peluang-peluang baru yang memberi keuntungan. Bijak dalam membawa organisasi ke dimensi baru yang lebih mencabar dan lebih bermanfaat. Tapi sayangnya, tidak sedikit pula yang hanya bijak membesarkan poket sendiri. Hanya bijak dalam memilih jalan mudah walaupun menyusahkan orang lain. Hanya bijak menjaga punggung sendiri. Hanya bijak mencapai KPI diri sendiri dan membuka peluang kenaikan pangkat dan gaji untuk diri sendiri.

Apa yang aku lihat, kita semakin hari semakin ketandusan golongan pengurusan yang mampu menjana idea-idea bernas untuk menjadikan sesebuah organisasi lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat dunia. Kita semakin kekurangan golongan pengurusan yang berjuang demi membantu semua lapisan "stakeholder" di dalam sesebuah organisasi, termasuklah lapisan pekerja. Kita semakin kurang melantik orang yang berwibawa, berdedikasi dalam bidang pengurusan
serta mempunyai ciri-ciri pemimpin yang tinggi tetapi kita lebih tertumpu untuk melantik orang yang bijak pandai dalam bidang operasi sebagai pengurus.

Apakah ini berpunca dari kelemahan sistem pendidikan negara? Atau ini berpunca dari sikap dan persekitaran rakyat negara kita yang begitu mementingkan kekayaan dan kuasa? Atau ini berpunca dari kegagalan diri kita untuk balajar dari kesilapan yang lalu dan berganding bahu untuk mencapai yang terbaik bagi syarikat? Atau ini berpunca dari sebab-musabab lain?

Bila dilihat situasi sebegini yang banyak berlaku di negara kita, aku terfikir, di manakah kita akan berada 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? Wujudkah lagi organisasi tempat kerja kita pada masa itu? Wujudkah lagi negara Malaysia yang makmur sentosa dan bebas merdeka pada masa itu?

Tuesday, May 29, 2007

The Truth

Dari Wikipedia:

A common dictionary definition of truth is "agreement with fact or reality".

There is no single definition of truth about which the majority of philosophers agree. Many theories of truth, commonly involving different definitions of "truth", continue to be debated. There are differing claims on such questions as what constitutes truth; how to define and identify truth; what roles do revealed and acquired knowledge play; and whether truth is subjective, relative, objective, or absolute. This article introduces the various perspectives and claims, both today and throughout history.

Beranikah kita berkata benar? Adakah kita lebih selesa berbohong untuk menjaga hati orang lain daripada berkata benar dan menanggung risiko dibenci, dicaci, dihina atau ditertawakan? Adakah wujud istilah "bohong sunat"?

Aku? Kadangkala aku berbohong. Pengakuan ikhlas. Aku tidak mahu berbohong, tetapi kadangkala, hawa nafsu aku menggoda aku untuk berbohong. Aku tidak mahu berbohong, tetapi kadangkala, aku merasakan berbohong adalah jalan mudah untuk aku lari dari kebenaran. Lari dari masalah. Lari dari kekalutan. Aku tidak mahu berbohong, tetapi aku rasakan, seolah-olah ada perkara lain yang lebih utama daripada berkata benar. Menjaga perasaan orang lain lebih utama. Menjaga persepsi orang lain terhadap aku lebih utama. Dihormati dan disegani lebih utama.

Dan mampukah kita menerima kebenaran walaupun pahit daripada mendengar kata-kata bohong yang manis? Mampukah kita menerima teguran kerana kesalahan kita atau kita marah, geram, dan benci apabila kita mendengar kata-kata benar?

Aku? Tegurlah aku. Dengan selembut mungkin. Dengan seberapa berhikmah boleh. Aku lebih suka kalau orang lain berkata benar padaku, agar aku dapat menjadi lebih baik, daripada berkata manis tetapi tidak membawa kepada kebaikan untuk aku. Aku lebih menghargai kata-kata teguran dari kata-kata pujian, khususnya yang secara baik dan untuk membina diri aku. Aku lebih tersentuh jika orang yang menyayangi aku berkata yang benar walaupun mungkin aku akan bermurung, bersedih, atau kecewa daripada orang yang menyayangi aku berkata bohong semata-mata untuk menggembirakan aku, tidak menyusahkan aku, atau kerana takut aku marah.

Monday, May 28, 2007

Ego, Proud or Arrogant?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan orang yang berpangkat lebih rendah kurang pengalaman dan pengetahuan serta tidak boleh diberikan tanggungjawab yang besar?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan diri kita adalah hasil didikan yang terbaik, yang patut dicontohi oleh semua ibu bapa di dunia, dan patut diterapkan di dalam kurikulum hidup semua manusia lain?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan kata-kata yang zahir dari mulut kita sendiri adalah lebih manis, enak, empuk, menyegarkan, bermakna, mudah difahami tetapi patut dikagumi, sedangkan kata-kata yang sama apabila zahir dari mulut orang lain kurang sedap, tidak cukup masin, membosankan, malah mungkin juga menjijikkan?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan keputusan yang cemerlang hasil dari tindakan yang kita ambil, adalah hasil kreativiti, titik peluh dan keberanian diri kita tetapi apabila mendapat keputusan yang buruk, ia adalah hasil kegagalan orang lain untuk menerima pakai idea kita, kemalasan orang lain, serta mungkin kerana salah persekitaran?

Jawapan:
Kerana kita manusia yang mudah lupa. Mudah lupa akan siapa diri kita. Mudah lupa akan kenapa kita wujud. Mudah lupa akan siapa yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Mudah lupa akan janji Tuhan kepada semua manusia di hari kemudian.

Sunday, May 27, 2007

Past, Present & Future

Hari ini, aku terfikir tentang pelajaran Sejarah yang kita ambil semasa di sekolah dulu. Berapa ramaikah antara kita yang suka mata pelajaran yang dianggap paling sukar dan membebankan ini? Berapa ramaikah antara kita yang percaya bahawa subjek yang diajar akan berguna kepada kita di alam pekerjaan nanti, baik sebagai seorang doktor, jurutera, pakar IT mahupun sasterawan? Berapa ramaikah antara kita yang memahami sejarah negara kita dan bukan sekadar menghafal fakta-fakta dan tahun peristiwa?

Hari ini, aku terfikir tentang Sejarah setelah menonton cerita Stomp The Yard lakonan Columbus Short dan Meagan Good. Ringkasan plot cerita tersebut di IMDB.com:

"After the death of his younger brother, a troubled 19-year-old street dancer from Los Angeles is able to bypass juvenile hall by enrolling in the historically black, Truth University in Atlanta, Georgia. But his efforts to get an education and woo the girl he likes are sidelined when he is courted by the top two campus fraternities, both of which want and need his fierce street-style dance moves to win the highly coveted national step show competition."

Jadi apa kaitan Stomp The Yard dengan sejarah hinggakan aku boleh mengutarakan persoalan tentang subjek Sejarah di sini? Sebenarnya salah satu plot di dalam cerita tersebut yang telah membuatkan aku terfikir. Plot di mana watak April bertanyakan soalan berikut semasa di akhir sesi tutorial subjek Sejarah:

"What was the difference between Republicans' and the Democrats' political response to the Great Depression in the 1930s?"

Dan jawapan yang diberikan oleh DJ:

"But by political response, were you referring to the Republicans' belief that the marketplace will correct itself as opposed to the New Deal laid out by the Democrats?"

Aku terfikir, adakah kurikulum pelajaran Sejarah yang kita lalui di zaman sekolah dahulu benar-benar menjadi asas kepada kita untuk membuka minda agar mempelajari kesan atau impak sesuatu peristiwa agar dapat dijadikan tauladan ataupun sempadan di dalam kita menghadapi cabaran hidup akan datang atau sekadar untuk mengagung-agungkan tokoh-tokoh silam? Bukan maksud aku untuk merendah-rendahkan pengorbanan dan perjuangan mereka. Cuma aku tidak yakin dengan keberkesanan kurikulum Sejarah yang sedia ada mampu untuk menghasilkan modal insani bermutu yang dikehendaki negara.

Kita masih nampak rakyat negara kita yang memandang tinggi orang Barat dan memperlekehkan orang Timur walaupun kita tahu sejarah menceritakan kedatangan Barat ke negara kita satu ketika dulu untuk mengejar "Gold, Glory & Gospel". Kita masih mengagung-agungkan harta, pangkat dan darjat walaupun kita tahu sejarah mengajar tentang kejatuhan Kerajaan-Kerajaan Melayu Lama disulami oleh perasaan tamak haloba. Kita masih mengikut secara membuta tuli walaupun sejarah mengajar tentang keperitan dan kejerihan hidup kerana terlalu fanatik dengan sesuatu pandangan atau pendapat yang disulami dengan niat-niat tertentu oleh sesetengah pihak sepertimana terjadi di awal kemerdekaan kita. Apakah yang kita pelajari dari mata pelajaran Sejarah hari ini yang dapat menjadikan kita bangsa dan rakyat Malaysia yang kukuh, bersatu padu, aman, damai, tidak bersikap prejudis, tidak bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri, serta berusaha keras untuk menjadikan diri kita di kemuncak peradaban dunia dan bukan sekadar untuk kepuasan dan kesenangan diri sendiri semata-mata?

Persoalan yang ingin aku utarakan sekarang... mampukah kita mengubah diri kita, agar satu hari nanti, sejarah hidup kita akan tertera di dalam buku-buku Sejarah, bukan hanya sekadar untuk dihafal, tetapi untuk menjadi panduan, pedoman dan sumber inspirasi kepada generasi kita akan datang?

Mampukah kita?

Saturday, May 26, 2007

Back Home & Interview

Seronok rasanya dapat balik ke rumah. Balik ke daerah Kluang tercinta. Bertemu dengan ibu tercinta. Bertemu dengan orang yang tercinta. Hehe.

Aku bertolak balik pada hari Jumaat, tepat jam 8.35 malam. Perjalanan agak membosankan, tetapi semangat untuk pulang ke kampung halaman menguatkan azam aku untuk memandu berhati-hati walaupun kadangkala agak sedikit terlebih laju.

Alhamdulillah aku selamat tiba dan seterusnya dapat menikmati hujung minggu paling bahagia dalam hidup aku selama ini. Hari Isnin, aku dan tunang tersayang bersama-sama menjejak kaki ke Pejabat Agama Daerah Kluang untuk menghantar borang permohonan pernikahan dan seterusnya menjalani temuduga. Ya, di Johor, kami perlu menghadapi temuduga untuk memastikan bakal pengantin "bersedia" untuk melaksanakan rukun-rukun bab munakahat di samping memastikan bakal pengantin bersedia dari segi rukun-rukun yang lain seperti Tauhid dan Ibadah. Alhamdulillah, temuduga yang dihadapi tidak mendatangkan halangan kepada kami, terima kasih pada Uncle Effendi (bakal menjadi Ayah Effendi... mudah-mudahan).

Menurut apa yang aku dengar, ada juga bakal pengantin yang terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka kerana belum "bersedia". Ada yang gugup bila diminta membaca Al-Fatihah. Ada yang menggeletar jari jemari menghitung rukun solat. Dan yang paling menyedihkan, ada juga yang terbelit lidah untuk mengucap dua kalimah syahadah!

Betapa sedihnya aku mendengar cerita-cerita tersebut. Aku tahu, diri aku hanya bertuah sedikit daripada itu. Aku tahu, rata-rata, masyarakat kita yang semakin maju, turut menyaksikan ramai yang hanyut dengan kemajuan. Dan di dalam khutbah Jumaat semalam, aku ngeri apabila mendengar antara tanda-tanda kiamat ialah apabila wanita melakukan hubungan sejenis di atas jalan secara terbuka tanpa segan silu dan orang yang paling baik "bertaraf" Abu Bakar dan Umar pada masa itu ialah orang yang meminta mereka ketepi sedikit kerana mengganggu lalu lalang orang lain. Dan aku terfikir, mudah-mudahan aku tidak sampai ke masa huru hara di detik akhir zaman itu nanti kerana belum tentu aku mampu terselamat. Dan aku juga terfikir, adakah detik itu masih jauh lagi, atau sudah ada situasi tersebut hari ini?

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana tidak lama lagi, aku tidak akan berseorangan menghadapi pancaroba hidup. Aku bersyukur kerana masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Aku bersyukur kerana aku masih kenal diri aku dan agama aku.

Yang pasti, aku sentiasa berdoa mudah-mudahan hari esok, aku adalah senantiasa lebih baik berbanding aku semalam. Amin.

Wednesday, May 16, 2007

Abort, Retry, Fail?

Daripada wikipedia:

Abort, Retry, Fail? is a catch-all error message displayed by MS-DOS when it is unable to read necessary data from media.

The message would prompt the user to hit "A" to abort the operation, "R" to try reading the data again, or "F" to attempt to proceed without the necessary data. Since it would not allow the user to proceed unless they picked one of the three options, and because usually none of the options would result in any progress, it has become programmer parlance for uncompromising, vague error messages.

The only option that offered any hope of a solution was Retry since it would attempt to retry the previous operation. If a storage device was starting to become corrupt, the result would be variable, so Retry might just work. Fail would just tell the application that it could not complete the operation (in which case, the user would have to seek an alternative means of accomplishing his task), and Abort was supposed to stop the application (the user could choose this if he got completely fed up).

Sometimes, this message would be Abort, Retry, Ignore, Fail? This often made no difference in the ability to make any progress. The Ignore option would just hand some 'default' data back to the application that requested the operation, and the user would have to hope that this 'default' data would not interfere with the operation of the program (although usually, it would).

Aku terfikir berkenaan istilah "Abort, Retry, Fail?" ini apabila aku berbincang dengan salah seorang pengurus di tempat kerja aku berkenaan dengan keputusan kajiselidik berkenaan "People Commitment Index" atau dalam bahasa Melayu dipanggil Indeks Komitmen Pekerja (ye ke?). Pada pendapat dia, keputusan kajiselidik tempat kerja aku agak rendah terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat elaun teknikal kerana masa dilakukan kajiselidik tersebut tidak sesuai, iaitu selepas pihak pengurusan baru sahaja mengumumkan kewujudan elaun teknikal kepada para pekerja, yang mana hanya segelintir sahaja yang layak mendapatnya. Aku tidak menyanggah pendapat pengurus tersebut. Mungkin betul. Mungkin tidak. Aku tidak tahu jawapannya.

Cuma yang ingin aku utarakan, ialah kenapa kita mudah sangat membuat kesimpulan tanpa membuat kajian menyeluruh dan mendalam berkenaan punca sebenar keputusan sedemikian diperolehi. Apakah memang benar puncanya elaun teknikal semata-mata? Atau kerana pekerja tidak serius dalam mengisi borang kajiselidik? Atau kerana tiada ruang lain untuk pekerja meluahkan isi hati mereka dan menganggap borang kajiselidik sebagai tempat untuk melepaskan geram? Atau kerana memang benar pengurusan syarikat aku bekerja masih banyak perlu diperbaiki? Adakah kita hanya perlu memilih untuk "Abort, Retry, Fail" apabila perkara sebegini berlaku?

Mungkin salah aku untuk meluahkan kesimpulan sebegini. Mungkin aku hanya memilih "Fail" sebelum "Retry" dan "Abort" sebelum "Fail". Apa pun, yang pasti, aku mengharapkan agar perubahan berlaku secara menyeluruh ke arah kebaikan. Pekerja perlu berubah. Pengurusan perlu berubah. Aku perlu berubah.

p/s: Klik gambar untuk membesarkannya. Agak-agak, korang percaya ke nak menaiki pesawat Aeormar Airlines?

Monday, May 14, 2007

Can We?

Aku terbaca di dalam laman blog resipikawin.blogspot.com:

Kewajipan Dan Tanggungjawab
Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata Al-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (Al Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumahtangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasulNya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Persoalan sekarang... mampukah kita? Bersediakah kita?

Sunday, May 13, 2007

Babel

Ringkasan plot cerita Babel daripada laman web IMBD yang baru selesai aku tonton:

"4 interlocking stories all connected by a single gun all converge at the end and reveal a complex and tragic story of the lives of humanity around the world and how we truly aren't all that different. In Morocco, a troubled married couple are on vacation trying to work out their differences. Meanwhile, a Moroccan herder buys a rifle for his sons so they can keep the jackals away from his herd. A girl in Japan dealing with rejection, the death of her mother, the emotional distance of her father, her own self-consciousness, and a disability among many other issues, deals with modern life in the enormous metropolis of Tokyo, Japan that is literally the size of the state of California. Then, on the opposite side of the world the married couple's Mexican nanny takes the couple's 2 children with her to her son's wedding in Mexico, only to come into trouble on the return trip. Combined, it provides a powerful story and an equally powerful looking glass into the lives of seemingly random people around the world and it shows just how connected we really are."

Apabila sudah sahaja cerita Babel, aku terpaku sebentar. Betapa berbezanya kehidupan manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang menjadikan kita berbangsa-bangsa dan berbagai kaum supaya kita dapat belajar dan berkenal-kenalan. Betapa persepsi manusia mampu membuatkan sesuatu perkara menjadi berbeza. Betapa kesusahan hidup bukan bermakna kepayahan membantu dan kesenangan hidup belum bermakna kemudahan untuk memberi setitis bantuan. Betapa pengertian belas kasihan, kasih sayang dan cinta tetap sama walaupun dalam keadaan dan situasi yang berbeza. Adakah itu sesuatu yang kita anggap kelebihan atau kekurangan? Adakah itu sesuatu yang kita kagumi atau kita benci?

Pada aku, semua terpulang pada persepsi kita. Yang penting, adakah kaca mata kita yang melihat itu suci atau berdebu?

Saturday, May 12, 2007

Little Extras That Pay

Apabila kita membeli sesuatu barang, apakah kehendak kita? Barang yang dibeli tentulah mesti berkualiti dan berfungsi sepertimana yang kita kehendaki berpadanan dengan harga yang ditawarkan bukan? Begitu juga apabila kita membeli perkhidmatan. Tentu kita mahu perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti, memenuhi kehendak kita dan berpadanan dengan harga yang dikenakan.

Banyak barang dan perkhidmatan di negara kita harganya ditentukan oleh kadar pasaran, dan tidak kurang juga harga yang ditentukan oleh kerajaan. Kadang-kadang kita mengeluh apabila keuntungan yang kita peroleh tidak mencapai sasaran. Kadang-kadang kita menangis sendirian apabila kita tidak mampu mencapai jualan minima untuk menampung kos perniagaan. Namun, pernahkah kita terfikir kenapa terjadi sebegini?

Apa yang membezakan barangan atau perkhidmatan kita dengan ribuan barangan atau perkhidmatan yang diberikan oleh orang lain? Mengapa kadang-kadang, kedai sebelah boleh penuh sesak sedangkan kedai kita hanya disebelah dan menawarkan barangan pada harga yang sama. Apakah kedai sebelah memakai jampi-jampian hinggakan orang ramai tidak nampak kedai kita? Heh.. pemikiran biasa orang-orang kita dari dahulu kala lagi.

Mungkin kita kurang berkemampuan untuk menawarkan harga yang lebih rendah dari harga pasaran atau harga siling. Tetapi, pernahkah kita terfikir untuk memberi perkhidmatan yang sedikit lebih berkualiti pada para pelanggan kita berbanding dengan orang lain? Mungkin melalui khidmat mesra pelanggan kita. Mungkin melalui secawan air percuma. Mungkin melalui gula-gula. Mungkin melalui khidmat nasihat dan ajaran secara percuma. Mungkin juga sekadar melalui senyuman manis yang kita beri pada semua pelanggan kita.

Walaupun tampak mudah dilakukan, sebenarnya perkara sebeginilah yang membawa pelanggan tertarik untuk kembali datang. Kadang-kadang, layanan ekstra sebegini menyebabkan kedai kita tetap penuh walaupun lokasi kedai kita jauh dari orang lain. Walaupun kedai kita tidak sebesar Giant. Walaupun barangan atau perkhidmatan kita sedikit lebih mahal daripada kedai-kedai lain.

Apa pun, dalam pada kita berbicara tentang bisnes, cuba-cuba renungkan juga tentang apa yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan peribadi kita. Apa "little extras" yang boleh kita buat untuk mereka yang kita sayangi? Mungkin sekadar satu panggilan telefon untuk mengucapkan sayang kita pada mereka walaupun ketika kita sedang sibuk? Mungkin juga buah tangan ketika kita pulang dari kerja waktu petang? Kita yang tentukan sendiri, dan lihatlah sendiri hasilnya di kemudian hari!

Friday, May 11, 2007

Malaysian Hell

Sekadar hiburan sambil-sambil kita luangkan setitis masa sibuk kita untuk berfikir sejenak...

A Malaysian dies and goes to hell. There he finds that there is a different hell for each country. He goes first to the German hell and asks: "What do they do here?"

He is told "First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the German devil comes in and whips you for the rest of the day."

The man does not like the sound of that at all,so he moves on. He checks out the American hell as well as the Russian hell and many more. He discovers that they are all more or less the same as the German hell.

Then he comes to the Malaysian hell and finds that there is a very long line of people waiting to get in. Amazed he asks "What do they do here?" He is told "First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the Malaysian devil comes in and whips you for the rest of the day."

"But that is exactly the same as all the other hells - why are there so many people waiting to get in? "

"Because maintenance is so bad that the electric chair does not work, someone has stolen all the nails from the bed, and the devil is a former Govt servant, so he comes in, signs the register and then goes to the canteen for teh-tarik..."

Hehehe.. pada sesiapa yang kerja ngan jabatan-jabatan atau badan-badan kerajaan, jangan pula berkecil hati. Ini mungkin kisah dahulu kala sebelum korang bekerja dengan kerajaan. Ini mungkin kisah yang telah korang perbetulkan. Ini mungkin kisah hanya persepsi, bukannya kenyataan. Buktikan pada rakyat, pekerja kerajaan adalah sama mencari rezeki yang halal sama seperti pekerja swasta. Pekerja kerajaan sama berpenat lelah memajukan ekonomi diri sendiri dan negara seperti pekerja swasta. Pekerja kerajaan sama layak dapat bonus seperti pekerja swasta. Tanpa korang, rapuhlah jentera negara semua.

p/s: Gaji naik? Hmmm...
p/s2: Err.. gelak, gelak juga.. tapi pasti ke kita tak masuk neraka?

Wednesday, May 9, 2007

Can You Make Someone Happy?

Mampukah kita membuatkan seseorang gembira? Mampukah kita membahagiakan seseorang? Apakah perasaan kita jika kita hanya menyebabkan seseorang terseksa? Apakah perasaan kita jika orang lain tidak yakin kita mampu memberi kegembiraan pada mereka?

Adakah kita akan berputus asa? Adakah kita akan kecewa? Adakah kita akan menghancurkan diri kerana itu?

Atau, adakah kita akan jadikan itu sebagai satu pembentuk semangat yang baru. Semangat untuk jadi lebih baik? Lebih baik bukan untuk diri kita tapi untuk orang lain? Lebih baik bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk akhirat?

Mampukah kita? Apa perasaan kita? Apa reaksi kita? Entahlah.

Monday, May 7, 2007

How To Save A Life

Dari LyricsMania.com:

Artist: The Fray
Album: How To Save A Life
Year: 2005
Title: How To Save A Life

Step one you say we need to talk
He walks you say sit down it's just a talk
He smiles politely back at you
You stare politely right on through
Some sort of window to your right
As he goes left and you stay right
Between the lines of fear and blame
And you begin to wonder why you came

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Let him know that you know best
Cause after all you do know best
Try to slip past his defense
Without granting innocence
Lay down a list of what is wrong
The things you've told him all along
And pray to God he hears you
And pray to God he hears you

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

As he begins to raise his voice
You lower yours and grant him one last choice
Drive until you lose the road
Or break with the ones you've followed
He will do one of two things
He will admit to everything
Or he'll say he's just not the same
And you'll begin to wonder why you came

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Hmmm... agak-agaknya, tahukah kita bagaimana untuk menyelamatkan nyawa seseorang? Bagaimana untuk menyelamatkan kehidupan seseorang? Apakah cara kita mampu melakukannya? Apakah pendekatan kita boleh merubah orang lain?