Showing posts with label Archives. Show all posts
Showing posts with label Archives. Show all posts

Thursday, January 25, 2007

From Archives - "Kemaafan"

Kemaafan













Di dunia yang sepi ini
Aku kesepian
Manakah hilangnya tawaku?
Manakah larinya temanku?

Aku kecewa
Aku menyesal
Adakah tragedi semalam
Menjadi penghancur ikatan
Yang membaluti kita buat sekiannya

Aku pasrah
Meniti hari yang kian gersang
Hanya satu yang masih kuharapkan
Kemaafan

Ingin kuhimpunkan seluruh pelosok dunia
Teman
Musuh
Mangsa
Ingin kuucapkan satu kata
Kemaafan

Tidak pernah kumenyangka
Dunia ini sebenarnya adil
Alam ini sebenarnya hikmah
Berilah aku peluang sekali ini
Mengucapkan kata terakhirku
Kemaafan

Tuhan,Tunjukkan nur-Mu
Berikanlah petunjuk-Mu
Agar aku bercahaya kembali
Sebelum aku melangkah pergi
Ke jalan yang abadi
Ke jalan yang suci
Buat selamanya

Created: 7 September 1996, Yut Loy
Purpose: Dedicated to a friend who felt that he owe the whole world an apology.
Other Info: Published in Malay College Magazine 1996 - Page 59

Saturday, January 20, 2007

From Archives - "Kita Di Bawah Mentari Yang Sama"

Kita Di Bawah Mentari Yang Sama










Untuk apakah sengketa di dunia?
Untuk apakah permusuhan dilanda?
Untuk apakah peperangan dicipta?
Kerana kita,
Anak dunia,
Di bawah mentari yang sama.

Wahai anak dunia,
Bukalah matamu luas-luas,
Pandanglah Sahara yang kau cipta.

Wahai anak dunia,
Bukalah telingamu lebar-lebar,
Dengarlah jeritan insan yang kau seksa.

Wahai anak dunia,
Bersatulah kita,
Menatap mentari yang satu,
Berpayung di bawah sinaran keemasan,
Marilah anak dunia,
Hidup di syurga realiti,
Kerana kita,
Di bawah mentari yang sama.

Created: July 1996
Purpose: Created after hearing the song "We're Under the Same Sun - Scorpions". A cry for all humankind... to unite and stop all wars.
Other Info: Published in Malay College Magazine 1996 - Page 58

Monday, January 15, 2007

From Archives - "Salam Terakhir"

Mulai dari hari ini, aku akan selit-selitkan dengan kandungan yang pernah aku letakkan di dalam laman web lama aku di Geocities. Bukan apa, alang-alang dah ada blog sekarang nih, baik aku kumpulkan semula segala-galanya di satu tempat. Boleh aku tutup terus akaun Geocities yang leceh nak diupdate tu.










Salam Terakhir

Daun-daun berguguran
Musim silih berganti
Manusia datang dan pergi
Hujan turun dan berhenti
Meniti hari
Menjangkaui waktu
Menggamit memori
Salam terakhirku di sini

Sejenak aku di kuala
Menimba segayung ilmu
Mengaut secebis pengalaman
Buat lilin penunjuk jalan
Apalah yang mampu
Kuberikan kepadamu
Sebagai tanda perpisahan
Melainkan salam terakhir

Berpisahnya kita
Hanya pada nama
Percayalah!
Kita kan tetap sehati sejiwa
Kita kan tetap bersama
Salam terakhirku ini
Bakal menjadi saksi
Bahawa aku pasti kembali...

Created: July 1996
Purpose: Dedicated to all members of Batch of 9296, as a 'Salam Terakhir' before leaving the wonderful 'Bumi Kuala'.
Other Info: Published in Malay College Magazine 1996 - Page 58