Goal Setting Strategies for a Balanced Life
|
When our lives were out of control, we always found ways to get out from those obstacles and rebound back. Some may choose to face them. Others may choose to run away from them. Whatever our choices were, we knew one thing for sure - we need to accept Life As It Is.
Tuesday, June 12, 2007
Balanced Life
Wednesday, June 6, 2007
Rubik's Cube in 26 Moves?
Boston (MA) - Researchers at Northeastern University claim that they can solve any Rubik’s Cube puzzle in 26 moves, one move better than the previous record. Using grid computers that calculated at 100,000,000 times a second, Computer science professor Gene Cooperman and graduate student Dan Kunkle can pinpoint the correct set of moves “in about a second”.
|
p/s: Cubaan menggunakan clipmarks.
Wednesday, May 30, 2007
Functions of Management
Dari Wikipedia:Functions of Management
Management operates through various functions, often classified as planning, organizing, leading/motivating and controlling.
* Planning: deciding what needs to happen in the future (today, next week, next month, next year, over the next five years, etc.) and generating plans for action.
* Organizing: making optimum use of the resources required to enable the successful carrying out of plans.
* Leading/Motivating: exhibiting skills in these areas for getting others to play an effective part in achieving plans.
* Controlling: monitoring — checking progress against plans, which may need modification based on feedback.
Kadangkala, aku sedikit keliru dengan cara kita memilih orang untuk dijadikan sebagai pengurus. Aku tak nafikan, kebanyakan golongan pengurusan memang berkeupayaan hebat. Bijak dalam menentukan halatuju seluruh organisasi. Bijak dalam menerokai peluang-peluang baru yang memberi keuntungan. Bijak dalam membawa organisasi ke dimensi baru yang lebih mencabar dan lebih bermanfaat. Tapi sayangnya, tidak sedikit pula yang hanya bijak membesarkan poket sendiri. Hanya bijak dalam memilih jalan mudah walaupun menyusahkan orang lain. Hanya bijak menjaga punggung sendiri. Hanya bijak mencapai KPI diri sendiri dan membuka peluang kenaikan pangkat dan gaji untuk diri sendiri.
Apa yang aku lihat, kita semakin hari semakin ketandusan golongan pengurusan yang mampu menjana idea-idea bernas untuk menjadikan sesebuah organisasi lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat dunia. Kita semakin kekurangan golongan pengurusan yang berjuang demi membantu semua lapisan "stakeholder" di dalam sesebuah organisasi, termasuklah lapisan pekerja. Kita semakin kurang melantik orang yang berwibawa, berdedikasi dalam bidang pengurusan serta mempunyai ciri-ciri pemimpin yang tinggi tetapi kita lebih tertumpu untuk melantik orang yang bijak pandai dalam bidang operasi sebagai pengurus.
Apakah ini berpunca dari kelemahan sistem pendidikan negara? Atau ini berpunca dari sikap dan persekitaran rakyat negara kita yang begitu mementingkan kekayaan dan kuasa? Atau ini berpunca dari kegagalan diri kita untuk balajar dari kesilapan yang lalu dan berganding bahu untuk mencapai yang terbaik bagi syarikat? Atau ini berpunca dari sebab-musabab lain?
Bila dilihat situasi sebegini yang banyak berlaku di negara kita, aku terfikir, di manakah kita akan berada 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? Wujudkah lagi organisasi tempat kerja kita pada masa itu? Wujudkah lagi negara Malaysia yang makmur sentosa dan bebas merdeka pada masa itu?
Monday, May 14, 2007
Can We?
Kewajipan Dan Tanggungjawab
Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.
Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.
3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.
4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.
5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata Al-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.
Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.
Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.
Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:
1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.
2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (Al Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).
3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.
4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "
5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumahtangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasulNya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.
6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.
Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.
Persoalan sekarang... mampukah kita? Bersediakah kita?
Saturday, May 5, 2007
When Boredom Fills The Room
Aku terasa kebosanan sejak pagi tadi. Baju sudah dibasuh. Episod terkini Supernatural dan Grey's Anatomy sudah ditonton. Bilik sudah dikemas. Dapur sudah dibersihkan. Perut sudah diisi. Apa lagi yang boleh aku buat?Dalam pada aku melompat dari satu laman web ke satu laman web, secara kebetulan aku terjumpa laman web MMORPG (Massive Multiplayer Online Role Play Game) yang bernama MarcoLand. Dulu masa di UTP, aku rajin juga bermain text based MMORPG, cuma sejak kerja, aku jarang dapat meluangkan masa untuk benda-benda sebegini.
Tanpa berfikir panjang, aku terus mendaftarkan diri untuk bermain. Menarik juga konsep dia. Yang aku suka, permainan ini berdasarkan konsep detik penamat giliran secara harian, bukannya jam. Jadi aku hanya perlu masuk sehari sekali tanpa perlu ketinggalan jauh dari pemain-pemain lain.
Setakat ini (2 jam bermain), aku belum lagi berasa bosan dengan permainan MarcoLand. Esok lusa? Entah lah. Cuma aku cuba untuk sentiasa beringat, bahawa bermain adalah hanya sebagai hiburan dan bukan komitmen. Bermain untuk beriadah bukan untuk menjadi fanatik.
Korang pula bagaimana? Apa yang korang buat bila bosan?
Thursday, May 3, 2007
Getting Married? Read This!
Tengah dalam pening dengan kerja yang tetiba berlambak hari ini, sempat juga aku menjengah laman web Berita Harian Online. Terbaca satu berita yang membuatkan aku tersenyum pahit sendiri:"Negeri perlu tangani hantaran kahwin tinggi
Oleh Azman Zakaria
KUALA LUMPUR: Semua Jabatan Agama Islam negeri disarankan mengeluarkan garis panduan berhubung jumlah hantaran perkahwinan bagi mengelak ia terlalu tinggi hingga menimbulkan masalah kepada pasangan yang ingin bernikah.
Langkah itu juga bertujuan mengelak perkara berkaitan wang hantaran – yang sebenarnya cuma hadiah pengantin lelaki untuk perempuan - mencetuskan unsur riak, takbur atau perasaan cuba untuk menunjuk-nunjuk.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata Jabatan Kahwin dan Cerai di Jabatan Agama Islam negeri perlu mewujudkan panduan mengenai jumlah hantaran sama ada mengikut keadaan setempat atau keluarga pasangan yang hendak berkahwin.
“Hantaran perlu berada dalam lingkungan persekitaran masyarakat setempat atau kebiasaan bagi masyarakat itu serta bersesuaian dengan kemampuan kewangan keluarga pasangan bakal pengantin,” katanya ketika dihubungi, semalam."
Teringat balik pada e-mel berkenaan sikap masyarakat Melayu yang suka menunjuk dalam sopan-santun melalui majlis perkahwinan. Kenapa ramai orang-orang kita semakin susah untuk berkahwin? Kenapa kita melebih-lebihkan menghiasi pintu gerbang, sedangkan rumah masih kosong? Kenapa harta yang dijadikan ukuran sedangkan ilmu di dada hanya satu dua titis? Apakah kita akan tetap bergelumang dengan pemikiran kapitalisma zaman penjajah sedangkan kita hanya beberapa langkah ke Wawasan 2020? Apakah 'culture' orang Melayu tidak boleh diubah lagi walau kita diberi 10 tahun? 100 tahun? 1000 tahun?
Pada yang bakal, atau merancang, atau yang berniat untuk berkahwin suatu hari nanti, ingat-ingatlah. Dunia hanya sementara. Berpeganglah pada ajaran yang hakiki. Jangan amalkan "biar mati anak, jangan mati adat". Amalkanlah "biar mati adat, jangan mati agama". Bersederhanalah. Yang penting, fikirkan tentang tanggungjawab setelah hidup bersama.
Aku? Doa sahaja yang mampu aku lakukan sekarang...
Wednesday, May 2, 2007
My Dream PDA Phone
Oh.. kalau lah ada mana-mana jutawan tetiba jumpa aku dan membelikan aku PDA Phone nie.. hehe.Masa tengah dok surf laman-laman web dari tengah hari tadi, aku tetiba teringat pasal O2 XDA Flame, PDA Phone yang menjadi idaman aku selama ini. Kali terakhir aku baca tentang spesifikasi XDA Flame ni ialah pada bulan December yang lalu di PDAdb.net. Hmm.. betul ke O2 akan mengeluarkan model ni? Jadi aku meluncur (kenapa aku selalu nak tergelak bila aku mencuba menaip berkenaan teknologi di dalam Bahasa Melayu?) ke laman O2 Asia untuk mendapatkan kepastian. Ini yang aku jumpa:

1. Dimensions:
* Approx. 126(L) x 74(W) x17.5(T) mm
* Weight with battery: 190g
2. Operating System:
* Microsoft® Windows Mobile® 5.0
3. Processor:
* Intel® XScale® PXA 270 Processor at 520 MHz
* NVIDIA® GoForce® 5500 GPU
4. Memory:
* 2GB + 64MB Flash ROM
* 128MB RAM
* microSD expandable memory
5. Operating time ^:
* Standby up to 170 hours (WCDMA) / 200 hours (GSM)
* Talk time up to 2.5 hours (WCDMA Video calling) / 4 hours (WCDMA voice calling) / 6 hours (GSM)
^ Battery operation time is dependent on user's usage, system settings and configurations
6. Battery:
* Li-polymer battery, 1,620mAh
7. Display:
* 3.6” TFT VGA LCD display with touch panel
* 480 x 640 dots resolution
* Supports 262K colours (65,536 effective)
8. Camera:
* 2 Megapixels CMOS Auto-focus 4X digital zoom camera
* Preview mirror for self portrait
* Secondary VGA CMOS camera for video calls
* White LED strobe flash
* Support still image and video capture
9. Audio:
* Speakerphone
* Stereo speaker
* SRS WOW HD (surround sound experience)
* Playback support: MIDI, MP3, WMA, WAV, AMR, AAC
* Ringtone support: 64-chord, MP3, WAV, MIDI, WMA, AAC
* FM Radio with RDS function
10. Connectivity:
* Built-in Wireless LAN 802.11b+g^
* Bluetooth® SIG version 2.0 + EDR
* Infrared IrDA with remote control capability
* USB On-The-Go (Full speed up to 12 Mb/s)
* TV-Out connector
* Mini-USB port
* Audio jack (2.5mm Ø)
^ Actual data transfer speed is dependent
on range, connection rate, site conditions
and network
11. Network Frequency:
* Tri-band GSM 900/1800/1900
* WCDMA 2100
* GPRS^
^device connection is operator dependent
12. Applications:
Microsoft® Windows Mobile® 5.0 applications:
* Microsoft® Office Outlook® Mobile with Direct Push Technology^
* Microsoft® Office programs for Windows Mobile®
* Pocket MSN®
* Internet Explorer® Mobile
* Windows Media® Player 10 Mobile
* ActiveSync®
* Calculator
* File Explorer
O2 exclusive applications
* O2 AutoConfig
* O2 AutoInstall
* O2 Connect
* O2 MediaPlus
* O2 Phone Plus
* O2 SMS Plus
* O2 Themes
Others
* Adobe® Reader® LE
* CodeWallet® Pro
* GPRS Monitor
* Java 2.0
* Jeyo Mobile Extender
* Jeyo SMS Backup
* MMS client (integrated)
* Self Diagnostics
* Video Telephony
* Wireless Manager
* WorldMate®
^ Actual data transfer speed is dependent on range, connetion rate, site conditions and network
13. What's in the box:
* Main Unit
* Battery
* Universal AC Adapter
* Stereo Headset
* Mini USB Cable
* USB Host Cable
* Additional Stylus
* TV-Out Cable
* Getting Started CD with Microsoft® Outlook® 2002 and ActiveSync® 4.2
* Quick Start Guide and User Manual
* Limited Warranty Statement
14. Warranty :
* 12 months for main unit
* 6 months for supplied accessories
Dengar-dengar cerita, XDA Flame akan dilancarkan di Thailand dalam bulan Mei. Tak pasti pula dengan Malaysia. Huhuhu... tolongggg!!! Nak satu!! Isk... mana nak cekau duit? Tak kira.. nak gak!! Tak boleh.. kena dulukan yang lebih penting. Hutang je beli!! Pastu hidup dalam hutang? Tak per.. nak gak!! Kenapa nak sangat XDA Flame? Best!! Best ke dapat XDA Flame lepas tu hidup berhutang? Err.. best kot. Lagi best dari kawin? Hehehe.. ok ok. Kawin dulu. XDA Flame, 3 tahun depan pun boleh beli lagi. Silap-silap, keluar model lagi power dari XDA Flame. XDA Flamethrower ker.. heh. Priority oh priority!!
Tuesday, May 1, 2007
Leeds Sink to New Depths
Sedih.. sungguh sedih. Kelab Liga Inggeris yang aku sokong sejak tahun 2000 akhirnya kecundang bak nangka busuk. Petikan daripada laman web ESPNsoccernet:"The end was predictably messy, with a premature pitch invasion and a delayed finish. It was not the first time the adjective 'disgraceful' was used to describe events on the pitch at Elland Road, though usually that involves the players.
Yet, with chaos developing and recriminations beginning, as a metaphor for a fractious season, it was pretty much perfect. And at the eventual conclusion, their manager Dennis Wise admitted, Leeds were relegated.
Schadenfreude, enveloping Yorkshire for much of the season, has spread across various other parts of the country. Delight at Leeds' decline is widespread, yet it is also desperately sad.
Demotion came in the week of the sixth anniversary of their Champions League semi-final against Valencia. Weighed down by a past that is distinctly preferable to their present, Leeds' setbacks invariably coincide with reminders of what they have lost. That now includes Championship football.
By failing to beat Ipswich Town, Leeds effectively ensured they will enter uncharted territory next season: League One."
Nak menangis, tiada gunanya lagi. Turun divisyen tetap turun divisyen. Lagipun, apalah gunanya menangis kerana pasukan yang disokong. Bukan mati pun. Tapi, sokong tetap sokong. Biar tahun hadapan Leeds United hanya akan beraksi di dalam "League One", aku yakin Leeds akan tetap mampu kembali semula ke Liga Perdana Inggeris. Hanya satu syarat. Leeds perlu mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi dan mengatur semula langkah untuk kembali berjaya.
Hidup kita ini senantiasa disulami dengan pahit maung dan suka duka. Itu lumrah alam. Manusia berubah. Alam berubah. Persepsi berubah. Fikiran berubah. Duit berubah. Pangkat berubah. Segala-galanya berubah kecuali Tuhan Yang Satu. Selagi mana kita tetap berpegang pada Yang Satu, selagi itulah kita akan mampu menghadapi cabaran dan rintangan mendatang.
Monday, January 22, 2007
4 Thoughts
Sekadar untuk hiburan..# Thought 1 #
# Thought 2 #
# Thought 4 #
Sunday, January 21, 2007
Understand Petrol Price Mechanism
The formula is something like below: (At least this was the formula when I left the industry 4 years ago)
For example : Price Build Up for 97R Premium:
Cost Component, how the subsidy is calculated.
Theorotical No (RM/Lit)
1. Product Cost 80.61
2. Operating Cost 9.54
3. Dealers Margin 2.97
4. Oil Company Margin 1.75
5. Govn Duty 19.64
6. Duty exemption (19.64)
7. Govn Subsidy 25.77
Total Cost B/Up 70.10
8. Pump Price 70.10
Note:
1. Product cost is based on average daily spot prices in Singapore, past two months (lag)
2. Operating cost is set by MDTCA based on annual submission by oil companies, standard for all.
3. Dealers Margin is set by MDTCA and fixed, until revised, normally 3-5 years.......
4. Oil Company margin, as no 3.
5. Goven duty is applicable if the product cost fall below certain threshold, i.e duty mode.
6. same as 5. (If product cost is above this threshold value, 5 & 6 , offset each other.
7. Subsidy varies monthly based on product cost fluctutaion, to keep everthing else constant.
8. Pump price fixed, untl revised............
So, directionally, crude oil goes up, product cosst goes up, subsidy goes up, if goven decide to keep pump price the same. Bila tak tahan, up pump price le. Very simple mechanism.
You can also notice that doing oil business is very ok in malaayssia, as your margin is guaranteed by theis mechanism. That's why Caltex, BP can survive by 100% importing their product from Spore!!becoz product cost under this mechanism is based on S'pore pricing.
Memandangkan harga contoh yang diberi adalah nombor-nombor contoh sahaja, jadi aku cuba mencari harga sebenar pasaran di Malaysia. Dalam pencarian tersebut, aku terjumpa pula penjelasan di laman web NEAC (National Economic Action Council) yang boleh diakses di http://www.neac.gov.my/index.php?ch=62&pg=152&ac=1348.
Secara ringkasnya, begini adalah pecahan harga berdasarkan harga minyak mentah di dunia pada 31 Julai 2005 yang lalu:
Jadi pada mereka-meraka yang masih mengganggap harga petrol di Malaysia masih terlalu tinggi, fikir-fikirkan balik. Menurut perkiraan kasar aku berdasarkah formula di atas dan harga terkini minyak mentah di dunia, aku menjangkakan kerajaan masih lagi mensubsidi sekitar 14sen ke 20sen seliter. Apa yang aku ingin diketengahkan di sini hanyalah dua. Satu, adakah bilamana kerajaan memberi subsidi petrol, semua rakyat menerima faedahnya atau golongan-golongan tertentu sahaja? Kedua, apakah kebanyakan orang-orang politik negara kita ini tidak mampu berfikir "di luar kotak" hingga asyik berkata tentang "harga petrol masih rendah berbanding negara-negara Asean lain" dan "jimatkan penggunaan petrol seperti dengan menaiki basikal ke tempat kerja atau naik LRT"?
Sunday, January 14, 2007
Live Your Life
Agak-agaknya, bagaimana persepsi kita tentang hidup kita setakat ini? Adakah segala-galanya seumpama 'miracle' bagi kita? Atau semuanya hanyalah susun atur lumrah kehidupan? Atau kita hanya percaya kepada 'miracle' apabila kehendak kita tercapai dan menyalahkan lumrah kehidupan apabila kehendak kita terkubur?
Thursday, January 4, 2007
CNBC Interview With Warren Buffet
Tengah-tengah kesibukan menjalani latihan Six Sigma, sempat jugak aku menyelak e-mel yang aku terima dan 'synchronize' ke laptop aku. Aku tertarik dengan e-mel yang aku terima berkenaan wawancara CNBC dengan Warren Buffet.1) He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!
Wednesday, December 27, 2006
International Link Down
From TM Net newsroom:"We wish to inform our customers that the Internet service is currently experiencing a degradation in performance caused by several outages at some of the international links. This is attributed to the Richter 7.1 magnitude earthquake that struck off the southern coast of Taiwan at 12.07 a.m. on 27 December 2006, which caused the APCN2 (Asia Pacific Cable Network 2) submarine cable fault between Shantou, China and Tanshui, Taiwan and between Lantau, Hong Kong and Chongming, China."
And from Jaring annoucements:
Lega rasanya bila terbaca pengumuman di atas ni. Lega sebab tahu yang masalah perkhidmatan internet yang teramat buruk sekarang ini bukan disebabkan oleh kelemahan ISP kita sendiri. Lega sebab tahu yang TMnet dan Jaring berusaha bersama-sama ISP lain di rantau ini untuk membaiki keadaan. Tapi belum lagi lega kalau-kalau situasi bencana sebegini hanya dijadikan alasan oleh pihak-pihak tertentu untuk sekadar menunding jari. Belum lagi lega kalau-kalau situasi sebegini digunakan sebagai platfom untuk menutup kelemahan diri sendiri.
Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dan perkhidmatan yang kita berikan. Jangan bila terhantuk baru nak tergadah. Jika kita belum lagi bersedia, inilah masa yang sesuai untuk kita merangka pelan "business continuity" dan "risk management". Jangan hanya melaungkan "Malaysia Boleh" tapi hakikatnya, kita serba tidak boleh. Perjuangkan hasrat rakyat Malaysia untuk melihat negara kita menjadi hub teknologi ICT rantau ini, bukannya sekadar mengaut keuntungan jutaan ringgit dari rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga barang yang bermacam-macam. Jadilah 'angel' bukannya penyangak korporat. Sebab kita semua manusia yang serba kekurangan..
Wednesday, December 20, 2006
Three Most Difficult Things To Say
Hari ini semasa membelek-belek e-mel yang diterima, aku tertarik dengan salah satu "chain mail". Antara kandungannya ialah tentang tiga perkara yang paling sukar untuk kita luahkan:1) I Love You
2) I'm Sorry
3) Help Me
Entah mengapa, terasa kebenarannya. Ungkapan "I Love You" begitu berat untuk diucapkan melainkan dengan penuh keberanian dan keikhlasan. Mungkin ramai di antara kita yang mudah meluahkan kata-kata cinta. Tetapi mampukah kita menyulaminya dengan keikhlasan? Mampukah kita berpegang pada kata-kata tersebut? Mampukah kita bermuhasabah diri melihat semua niat kita?
Sunday, December 17, 2006
Men vs Mother Nature
Betapa lemahnya kita...
Monday, December 11, 2006
How To Understand A Woman
Tengah surf web, terjumpa menatang nih:How To Understand A Woman
1. Fine
This is the word women use at the end of any argument when they feel they are right but can't stand to hear you argue any longer. It means that you should shut up. (NEVER use Fine to describe how she looks. This will cause you to have one of those arguments.)
2. Five minutes
This is half an hour. It is equivalent to the five minutes that your football game is going to last before you take out the rubbish, so women feel that it's an even trade.
3. Nothing
Nothing means something and you should be on your toes. Nothing is usually used to describe the feeling a woman has of wanting to turn you inside out, upside down, and backwards. Nothing usually signifies an argument that will last Five Minutes and end with the word Fine.
4. Go Ahead (with raised eyebrows)
This is NOT permission; it's a dare! If you mistake it for permission, the result will be the woman will get upset over Nothing and you'll have a Five-minute discussion that will end with the word Fine.
5. Go Ahead (normal eyebrows)
This is NOT permission, either. It means I give up or do what you want because I don't care. You will get a raised eyebrow Go Ahead in just a few minutes, followed by Nothing and Fine and she will talk to you in about Five Minutes when she cools off.
6. Loud Sigh
This is not actually a word, but is still often a verbal statement. Very frequently misunderstood by men. A Loud Sigh means she thinks you are a complete idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you over Nothing.
7. Soft Sigh
Again, not a word, but a verbal statement. Soft Sighs are one of the few things that some men actually understand. It means she is momentarily content. Your best bet is to not move or breathe in the hope that the moment will last a bit longer.
8. Oh
This word-followed by any statement-is trouble. Example; Oh, let me get that. Or, Oh, I talked to him about what you were doing last night. If she says Oh before a statement, run, do not walk, to the nearest exit. She will tell you that she is Fine when she is done tossing your clothes out the window, but do not expect her to talk to you for at least two days.
9. That's Okay
This is one of the most dangerous statements that a woman can say to a man. That's Okay means that she wants to think long and hard before deciding what the penalty will be for whatever you have done. That's Okay is often used with the word Fine and in conjunction with a raised eyebrow Go Ahead. Once she has had time to plan it out, you are in for some mighty big trouble.
10. Please Do
This is not a statement, it is an offer. The woman is giving you the chance to come up with an excuse for what you have done. In other words, a chance to get yourself into even more trouble. If you handle this correctly, you shouldn't get a That's Okay.
11. Thanks
The woman is thanking you. Don't faint and don't look for hidden meaning. Just say you're welcome.
12. Thanks A Lot
Dramatically different from Thanks. A woman will say Thanks A Lot when she is really ticked off at you. It is usually followed by the Loud Sigh. This signifies that you have hurt her in some callous way. Be careful not to ask what is wrong after the Loud Sigh, as she will only tell you Nothing.
Friday, December 1, 2006
Baby Thrown Down From Flat
KUALA LUMPUR: The newborn baby may have been still alive when it was placed in a rotting mess of kitchen refuse and hurled down an apartment block in Jalan Pudu Ulu, Cheras, yesterday.
When a sweeper found the infant with its umbilical cord still attached at 7.15am, it had been dead for two to three hours.
The back of the baby’s head had been crushed, most probably from the impact of the fall.
Huh! Gila apa manusia zaman sekarang ni? Buat anak reti, nak jaga anak tak reti. Dah la tak reti, yang pegi bunuh nye budak tak berdosa tu kenapa? Masya-Allah... memang dunia dah akhir zaman betul. Nilai harga manusia lagi rendah dari sampah sarap!
Aku bila terbaca berita ni, rasa sedih dan marah sesangat. Kot ye pun tak mampu nak bela budak tu sampai dia besar, cari lah sesiapa yang boleh bela. Ramai pasangan-pasangan kat dunia nih yang berpuluh tahun mencuba. Berpuluh tahun berdoa. Berpuluh tahun meminta. Ini sedap-sedap nak sedap, lepas tu sedap-sedap nak sedap.
Bila fikir-fikirkan balik, kenapa kes macam gini boleh terjadi? Adakah salah si ibu? Adakah salah si bapa? Adakah salah kerajaan? Adakah salah masyarakat? Dalam pada kita mengejar status negara maju, tak disangka-sangka (atau adakah memang sudah dijangka?), perangai rakyat kita semakin hanyut seperti negara maju. Masalahnya, tak pulak kita ikut perangai rakyat negara maju yang bersemangat tinggi, rajin bekerja, tidak mengharap belas ehsan orang lain semata, berilmu tinggi dan lain-lain lagi perangai yang baik-baik.
Pada mereka yang ada anak, atau dalam proses nak ada anak, cubalah renungkan kembali. Bagaimana cara kita mendidik anak-anak kita. Bagaimana cara kita menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak kita. Bagaimana cara kita mengukuhkan jati diri mengikut landasan agama masing-masing di jiwa anak-anak kita. Dan yang paling penting, bagaimana cara kita untuk memberi teladan dan contoh yang baik buat anak-anak kita. Jangan pula jadi "bapa borek, anak rintik". Beringatlah kita, yang anak-anak adalah tanggungjawab yang diamanahkan pada kita.. bukan sekadar "side effect" pada nafsu serakah kita.
Wednesday, November 29, 2006
What Is Success?
What is success?
Jadi, apa itu 'success' atau dalam bahasa melayunya 'kejayaan'? Adakah wujud kejayaan di muka bumi ini? Adakah kejayaan itu sesuatu yang boleh diukur, dibanding, dan dibanggakan? Adakah wujud istilah kejayaan mutlak?
Lessons From Fiery Speeches
From New Straits Times Online:In fact, said the prime minister and party president, there were lessons to be learnt from the speeches and the reaction they generated.
He said delegates touched on race and religion as they were still sensitive issues to the Malays.
"But some of the speeches did not go down well among some quarters. They saw the proceedings on TV as this was the first time the assembly was telecast live.
"Instead of getting alarmed, there are lessons to be learnt from the whole episode. It means all of us have to be careful in dealing with issues concerning race and religion."
Ada orang pernah berkata, Malaysia sebuah negara majmuk yang patut dicontohi oleh negara-negara lain di dunia. Ada orang lain pula pernah berkata, kita sebagai sebuah negara yang menuju ke arah status negara maju, kita bersedia dari segi segalanya kecuali mentaliti. Aku pula berkata, kita ni terlalu selalu mencanang-canangkan kebaikan diri kita sendiri, sampai kita lupa apa yang penting, dan apa yang kurang penting. Kita selalu hanya nampak kuman di seberang laut, hinggakan gajah di depan mata pun kita pakai hentam saja langgar. Kita selalu asyik menyusukan kera di hutan sehinggakan anak di rumah terpaksa meminta sedekah di jalanan.
Bila orang menegur, kita mudah melatah. Bila orang buat silap, kita mudah menjerkah. Bila anak orang berjaya, kita dengki dan iri hati. Bila anak sendiri berjaya, kita hidung tinggi dan bongkak hati. Bila anak orang menjadi penjenayah, kita kata mak bapak tak pandai jaga anak. Bila anak sendiri menjadi penjenayah, kita kata masyarakat tak perihatin dan kerajaan tak buat kerja memantau kesejahteraan persekitaran.
Cuba-cubalah kita fikir bersama-sama, sampai bilakah kita harus terus begini. Sampai Malaysia menjadi negara maju? Sampai kita merana di bumi sendiri? Atau yang paling mudah, sampai kita masuk lubang kubur?
Sunday, November 26, 2006
Plymouth 1 - Leeds 2
United had gone five games without a victory away from Elland Road in a run stretching back to August 27, but American international Lewis gave their travelling fans something to celebrate with his 61st-minute strike.
It could have been far more comfortable for Dennis Wise's men and Ian Moore was unfortunate to see his first-half snapshot cannon back off the crossbar after Robbie Blake had given them an early lead.
But Plymouth fought hard to salvage something and after Bojan Djordic's leveller just before the interval, they had chances to snatch a point. If United were going to break their wretched away run anywhere it was always likely to be Home Park.
It was 17 years since they were last beaten by Plymouth at that venue, 1-0 in the old Second Division, and before long they looked well on the way to extending that record."
Aku bukannya menentang perubahan. Perubahan ke arah kemajuan sangat penting pada aku untuk keutuhan sesebuah masyarakat. Yang tak elok nya, cuma kita berubah sekadar ikut-ikutan, bukannya berubah setelah cukup pertimbangan akal fikiran. Berapa ramai orang-orang kita yang menjadi mangsa budaya barat kerana kononnya mengikut arus perkembangan zaman? Fikir-fikirkanlah...

.jpg)



