Tuesday, January 15, 2013

Revive

Tak.. ini bukan tentang minuman isotonik seperti yang tertera di gambar sebelah. Ini tentang pengaktifan semula blog aku ni.

Seperti biasa, tahun baru... bermakna azam baru.. adakah ianya bakal terkubur seperti tahun2 sudah? Biarlah masa menentukannya.

Monday, January 3, 2011

Journey to the Center of the Earth - Prologue

Haha... takder ah. Gi Cuti2 Malaysia aje.

Semuanya bermula pada malam hari Jumaat, 12 November 2010. Almaklumlah.. lepas letih menjalankan tanggungjawab di tempat kerja pada minggu tersebut, mulalah fikiran melayang2 dan merewang yang bukan2. Setelah selesai makan malam, tangan tetiba menjadi gatal untuk mencari2 apa aktiviti menarik yang boleh dibuat untuk hujung minggu. Kesian gak kat Youwana dan Iman.. dah setahun tak pergi bercuti ke mana2.

Lepas satu, satu laman web aku jelajah. Lepas satu, satu tempat pelancongan aku baca. Hmmm.. Port Dickson! Menarik gak tu. Fikiran aku terus melayang2 dan merewang2 mencari idea untuk aktiviti apa yang boleh dibuat di sana. Bila aku berbincang dengan Youwana, dia setuju aje. YEAH! Jom bercuti!

Setelah siap tempahan hotel secara online dibuat, kitorang mula bersiap2. Kitorang mula memikirkan agenda sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Malam itu kitorang tidur dengan semangat yang berkobar2. Sungguh teruja untuk bercuti bersama keluarga, khasnya kerana ini percutian pertama kali setelah Iman Hakimi sudah pandai berinteraksi. Oh PD! Kitorang akan sampai!!! Err.... bukan esok. Tapi 15 Disember 2010 nanti.. huhu..

Lain Tukaran: Episode 1 - The Journey. Nantikan!

Wednesday, September 15, 2010

Inheritance


Kekadang aku pelik apabila mendengar dan melihat gelagat manusia apabila berbicara dan berurusan tentang perkara2 berkaitan dengan harta pusaka.

Kekadang aku hairan apabila mendengar dan melihat adik-beradik bertelingkah duit deposit telefon yang hanya RM100+... menantu2 berebut rantai dua tiga utas dan gelang dua tiga urat... cucu2 berpusu2 mengambil cincin dua tiga bentuk.

Yang paling aku tidak faham ialah, masing2 sudah punya kereta besar berderet. Masing2 sudah punya tanah berekar. Masing2 sudah punya rumah yang tersergam indah.

Ada pula yang sanggup menuduh darah daging sendiri cuba menipu harta pusaka, hanya kerana harta peninggalan yang diinginkan tidak diperolehi. Ada yang sanggup putus saudara kerana tidak puas hati dengan wasiat. Ada juga yang belum lagi pulang ke rumah, sudah pun mempunyai perancangan tentang apa yang ingin dibuat dengan harta yang bakal diwarisi.

Tetapi, Alhamdulillah... ada juga yang sanggup mengalah demi kebahagiaan dan keharmonian keluarga dan sanak saudara. Walaupun semasa hidup si arwah, dialah yang paling cekal dan sabar menjaganya. Walaupun semasa hidup si arwah, dialah yang paling perit menghadapi cabaran, baik dari segi tulang empat kerat, mahupun wang ringgit.

Apa2 pun, pada pendapat aku, sebaik2nya, guna pakailah sistem dan tatacara yang telah wujud sejak dari dulu lagi.. sistem yang menjanjikan keadilan dan meletakkan hak2 ditempat yang betul... iaitu sistem Faraid. Kepada yang berminat untuk mengetahui dan mendalami sistem ini, terdapat banyak laman2 web yang boleh dirujuki.. salah satunya ialah http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html. Aku? Insya-Allah, aku kerap berpesan kepada isteri aku.. sekiranya terjadi apa2 pada aku, guna pakailah Faraid. Aku percaya dan yakin, itulah sebaik2nya. Wallahu a'lam.

Sunday, September 12, 2010

Testing

Ini adalah satu cubaan semata2 dan tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Manakala gambar yang digunapakai pula adalah sebagai ilustrasi sahaja dan tidak melambangkan atau mewakili apa2.

Hari ini, aku mencuba applikasi yang dikenali sebagai BlogPress. Entah apa hasilnya, belum lagi dapat aku pastikan. Harap2 jangan sampai menghancurkan blog aku ini, sudahlah.

Apa2 pun, harapan aku hanyalah satu. Sekurang2nya, aku boleh menulis (menaip mungkin lebih tepat) pada bila2 masa dan di mana2 sahaja tanpa perlu berada di depan komputer. Mudah2an, dengan teknologi ini, aku akan lebih kerap 'mengupdate' ruangan ini. Amin.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya


Insya-Allah, jika dipanjangkan umur kita, esok kita bakal bertemu dengan Hari Raya Aidilfitri 1431H. Diam tak diam dah 29 hari kita berpuasa dan jika diizinkan Allah, tahun ini kita akan bakal menamatkan 30 hari puasa di bulan Ramadan.

Dalam sepanjang bulan puasa tahun ini, pelbagai dugaan, rintangan dan ujian telah kita tempuhi. Ada yang dengan mudah kita tempuhi, dan ada juga yang penuh penat lelah kita hadapi. Tak kurang juga, ada yang berjaya menewaskan kita.

Tak kira apa pun dugaan, rintangan dan ujian tersebut, sudah pasti apa yang terjadi tetap memberikan kesan kepada diri kita. Sama ada sikit atau pun banyak. Sama ada kenangan manis atau pun pahit. 

Namun, sejenak di akhir Ramadan ini, mari kita renung-renungkan kembali segala dugaan yang telah kita hadapi... bukan sekadar hanya untuk mengimbau kisah silam, akan tetapi yang lebih bererti ialah tentang apa yang kita pelajari dan ambil iktibar daripada dugaan-dugaan tersebut. Adakah kita belajar sesuatu daripada perkara tersebut? Adakah kita berubah ke arah kebaikan atau pun kita berubah ke arah keburukan akibat daripada peristiwa tersebut? Atau, adakah mungkin segala kejadian yang berlaku sekadar helaian-helaian kosong di dalam diari hidup kita?

Apa-apa pun, hayatilah semula Ramadan kita tahun ini, dan berdoalah yang terbaik semoga ia berjaya menjadikan kita insan yang lebih baik daripada Ramadan-Ramadan sebelum ini. Semoga kepada semua yang bakal menyambut Syawal tahun ini akan dapat menyambutnya dengan penuh ceria dan makna. Semoga semua dalam keadaan selamat sejahtera dan bahagia. Salam Aidilfitri untuk semua!