Thursday, November 30, 2006

Dinner With CEO

Malam tadi, CEO tempat kerja aku ada menganjurkan dinner dengan pekerja-pekerja 'kuliketif' di Hyatt Regency, Kuantan. Sesi yang aku pergi ni merupakan sesi yang kedua diadakan dan dihadiri oleh hampir 80 orang.

Dalam pada kekenyangan makan 'western food' yang dihidangkan, CEO mula menceritakan tentang sejarah hidup dia dalam alam pekerjaan, tentang bagaimana dia senantiasa mengambil peluang yang ada untuk terus maju kehadapan, tentang kepentingan untuk memberikan 'extra efforts', tentang kelebihan 'networking', dan tentang macam-macam perkara lagi.

Apabila mendengar ucapan dan nasihat CEO itu, aku terfikir... apakah yang aku harapkan dari alam pekerjaan aku? Adakah aku ingin 'berjaya' seperti CEO aku? Adakah aku ingin terus berada di jawatan yang aku pegang sehingga aku bersara? Adakah aku ingin membina 'empayar' syarikat aku sendiri? Atau, adakah aku ingin goyang kaki tanpa perlu bekerja terus? Hehe.. I wish!

Entahlah.. aku belum membuat apa-apa keputusan pun tentang kehidupan aku ini. Sekarang masa tengah hidup seorang diri, mungkin keputusan aku lebih menjurus kepada ingin mencapai 'kejayaan' di dalam bidang pekerjaan. Selepas aku berdua, bertiga, berempat dan seterusnya, mungkin keputusan aku akan jadi berbeza. Apa-apa pun, cabaran yang perlu aku hadapi sebenarnya hanya satu. Bagaimana untuk aku mengimbangkan kerja aku dan kehidupan peribadi aku.

Wednesday, November 29, 2006

What Is Success?

Someone posted this on her blog:

What is success?

When U at 2, SUCCESS is.. having one step followed by another
When U at 8, SUCCESS is.. having friends all around you
When U at 17, SUCCESS is.. having a driving license
When U at 20, SUCCESS is.. having money to spend
When U at 25, SUCCESS is.. marrying the person you love
When U at 30, SUCCESS is.. loving the person you married
When U at 45, SUCCESS is.. being free of debt
When U at 70, SUCCESS is.. having friends all around you
When U at 85, SUCCESS is.. having one step followed by another

Jadi, apa itu 'success' atau dalam bahasa melayunya 'kejayaan'? Adakah wujud kejayaan di muka bumi ini? Adakah kejayaan itu sesuatu yang boleh diukur, dibanding, dan dibanggakan? Adakah wujud istilah kejayaan mutlak?

Pada aku, kejayaan hanyalah satu istilah perbandingan, bukannya ukuran. Adakah seseorang itu dikatakan mencapai kejayaan apabila dia mampu menjadi jutawan ketika umurnya baru mencecah 30 tahun? Bagaimana pula jika ada yang lain yang mampu mengumpul harta berbilion ketika umurnya baru mencecah 25 tahun? Adakah dia lebih berjaya? Malangnya pada aku, belum tentu.

Jadi, apa-apa pun, pada pendapat aku, kita yang tentukan sendiri apa yang kita hendak capai, dan kejayaan itu ialah bila kita dapat apa yang kita hendak capai tanpa perlu kita mengorbankan prinsip-prinsip hidup dan landasan agama. Kejayaan mutlak dalam hidup kita pula hanyalah satu, iaitu apabila kita tahu apa tujuan kita hidup di dunia ini dan berjaya merealisasikan tujuan tersebut.

Lessons From Fiery Speeches

From New Straits Times Online:

KUALA LUMPUR: Non-Malays and non-Muslims should not be alarmed over some of the speeches at the recent Umno general assembly, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said last night.

In fact, said the prime minister and party president, there were lessons to be learnt from the speeches and the reaction they generated.

He said delegates touched on race and religion as they were still sensitive issues to the Malays.

"But some of the speeches did not go down well among some quarters. They saw the proceedings on TV as this was the first time the assembly was telecast live.

"Instead of getting alarmed, there are lessons to be learnt from the whole episode. It means all of us have to be careful in dealing with issues concerning race and religion."

He said this at the end of his speech at the United Nations Association of Malaysia dinner at a hotel here.

Ada orang pernah berkata, Malaysia sebuah negara majmuk yang patut dicontohi oleh negara-negara lain di dunia. Ada orang lain pula pernah berkata, kita sebagai sebuah negara yang menuju ke arah status negara maju, kita bersedia dari segi segalanya kecuali mentaliti. Aku pula berkata, kita ni terlalu selalu mencanang-canangkan kebaikan diri kita sendiri, sampai kita lupa apa yang penting, dan apa yang kurang penting. Kita selalu hanya nampak kuman di seberang laut, hinggakan gajah di depan mata pun kita pakai hentam saja langgar. Kita selalu asyik menyusukan kera di hutan sehinggakan anak di rumah terpaksa meminta sedekah di jalanan.

Bila orang menegur, kita mudah melatah. Bila orang buat silap, kita mudah menjerkah. Bila anak orang berjaya, kita dengki dan iri hati. Bila anak sendiri berjaya, kita hidung tinggi dan bongkak hati. Bila anak orang menjadi penjenayah, kita kata mak bapak tak pandai jaga anak. Bila anak sendiri menjadi penjenayah, kita kata masyarakat tak perihatin dan kerajaan tak buat kerja memantau kesejahteraan persekitaran.

Cuba-cubalah kita fikir bersama-sama, sampai bilakah kita harus terus begini. Sampai Malaysia menjadi negara maju? Sampai kita merana di bumi sendiri? Atau yang paling mudah, sampai kita masuk lubang kubur?

Tuesday, November 28, 2006

Analyze

Lyrics for song titled "Analyze" by Cranberries in their "Wake Up and Smell The Coffee" album...

Close your eyes
Close your eyes
Breathe the air out there
We are free, we can be wide open

For you open my eyes
To the beauty I see
We will pray, we will stay
Wide open

Don't analyse
Don't analyse
Don't go that way
Don't lead that way
That would paralyse your evolution

Don't analyse
Don't analyse
Don't go that way
Don't lead that way
That would paralyse your evolution

La la la
This greatest moment
La la la
The strangest day
La la la
The greatest love of them all

La la la
This greatest moment
La la la
The strangest day
La la la
The greatest love of them all

Close your eyes
Close your eyes
Breathe the air out there
Fantasize, fantasize
We are open

For you open my eyes
To the beauty I see
We will pray, we will stay
Together

La la la
This greatest moment
La la la
The strangest day
La la la
The greatest love of them all

La la la
This greatest moment
La la la
The strangest day
La la la
The greatest love of them all

La la la la la la la la La la la la la la la la

Layan je bila aku dengar lagu Cranberries nih. Ramai yang tak pernah dengar lagu-lagu dari group ni, dan sekarang pun group nih pun dah tak lagi aktif. Korang layan je la yer lirik lagu nih dan cuba fahami apa maksud dari lagu nih... Straight forward dan optimistik... Ciao.

Monday, November 27, 2006

The Sky Is Blue

Semasa tengah layan ngantuk dan letih memandu balik dari Port Klang ke Kuantan tadi, aku terpaku melihat keindahan pemandangan awan selepas hampir sepertiga perjalanan diselubungi dek hujan lebat.

Waktu itu sudah pun hampir senja sebenarnya. Tapi entah kenapa, hati aku terdetik untuk mengabadikan suasana awan masa itu. Oleh kerana aku tengah memandu, 'co-pilot' aku telah bermurah hati membantu melaksanakan tugas 'cameraman' bagi pihak aku (tenkiu boss.. hehe).

Apa sebenarnya yang membuatkan hati aku terdetik melihat awan masa tu? Adakah kerana aku tak pernah tengok awan? Atau adakah kerana awan tersebut membentuk rupa pelik?

Bukan.. semuanya bukan. Aku terpaku kerana pada aku, rupa awan masa tu seolah-olah memberi pengajaran pada diri aku. Dalam pada selepas hujan lebat... dalam pada suasana hampir senja... kecerahan langit di balik awan gelap tersebut membuatkan aku terasa betapa besarnya nikmat yang aku kecapi. Dalam pada kepayahan dan ujian-ujian yang pernah melanda hidup aku selama 27 tahun hidup di muka bumi ini, selalunya ada saja ketika, hidup aku diberi nikmat mengecapi kecerahan langit di balik awan gelap. Biar betapa gelapnya lorong-lorong yang aku lalui, pasti ada cahaya yang menanti di hujung jalan. Biar betapa sunyinya langkah-langkah yang aku aturkan, pasti ada suara riang yang menyambutku di destinasi yang dituju. Akan tetapi, selalukah aku bersyukur dengan kecerahan langit walau seketika cuma? Atau, adakah aku selalu leka dengan nikmat yang ada hingga aku rapuh untuk tersungkur kembali diselubungi awan gelap?

Dalam diam ketika melihat kebesarahan Illahi tadi, aku terasa betapa bertuahnya aku, kerana walau macam mana sekalipun diri aku ini, masih ada yang sudi untuk terus menyayangi aku....

Sunday, November 26, 2006

Plymouth 1 - Leeds 2

Dari laman web ESPNsoccernet:
"Eddie Lewis' clinical finish ended Leeds' struggles on the road as they climbed out of the bottom three in the Coca-Cola Championship with a 2-1 victory at Plymouth.

United had gone five games without a victory away from Elland Road in a run stretching back to August 27, but American international Lewis gave their travelling fans something to celebrate with his 61st-minute strike.

It could have been far more comfortable for Dennis Wise's men and Ian Moore was unfortunate to see his first-half snapshot cannon back off the crossbar after Robbie Blake had given them an early lead.

But Plymouth fought hard to salvage something and after Bojan Djordic's leveller just before the interval, they had chances to snatch a point. If United were going to break their wretched away run anywhere it was always likely to be Home Park.

It was 17 years since they were last beaten by Plymouth at that venue, 1-0 in the old Second Division, and before long they looked well on the way to extending that record."

Akhirnya... menang gak team Leeds aku. Hehehe. Walau ramai yang pelik dan tak kurang yang mengutuk bila tahu aku sokong Leeds United, bukannya Manchester United atau Liverpool atau Chelsea atau mana-mana kelab English Premier League yang lain, aku tetap menyokong penuh team yang pernah aku gelar 'Team Budak Jahat' satu ketika dulu.

'Loyalty' pada sesuatu entiti bukanlah mudah di zaman sekarang. Sebagai contohnya, ramai yang beralih pasukan yang disokong apabila pasukan mereka tidak lagi hebat atau gah seperti dulu. Secara tiba-tiba, ramai pula penyokong Chelsea di Malaysia hari ini. Ramai juga yang acapkali berubah kerja kerana syarikat baru menawarkan pakej gaji yang lebih lumayan. Malah, di zaman yang orang kata sebagai zaman digital ni, ramai juga yang memilih untuk acapkali bertukar-tukar pasangan macam orang tua-tua cakap umpama bertukar baju. Nauzubillah..

Aku bukannya menentang perubahan. Perubahan ke arah kemajuan sangat penting pada aku untuk keutuhan sesebuah masyarakat. Yang tak elok nya, cuma kita berubah sekadar ikut-ikutan, bukannya berubah setelah cukup pertimbangan akal fikiran. Berapa ramai orang-orang kita yang menjadi mangsa budaya barat kerana kononnya mengikut arus perkembangan zaman? Fikir-fikirkanlah...

p/s: Go Leeds United! Heheh..

Saturday, November 25, 2006

Life As It Is...

Kadangkala, kita selalu terfikir kenapa hidup kita ni tak sepertimana yang kita inginkan. Dari masa kita masih kecil, sampailah ke akhir hayat, kita selalu dibelenggu dengan keinginan untuk memperoleh hidup yang lebih baik pada pandangan kita. Tetapi, sejauh manakah keinginan kita itu sebenar-benarnya yang lebih baik bagi kita?

Sebagai contoh... semasa kita berumur 18 tahun, setelah berhempas pulas mendapatkan lesen kereta, kita mula menyimpan keinginan untuk mempunyai kereta sendiri. Tapi apakan daya, makan pun ketika itu ditanggung oleh mak bapak kita. Setelah kita bercengkang mata siang dan malam belajar, akhirnya kita mendapat kerja yang elok. Oleh kerana kita hanya seorang 'kuliketif', kita terpaksa berhempas pulas setahun dua untuk mengumpul duit dan membeli sebuah kereta terpakai. Kita bangga kerana akhirnya hasrat kita tercapai. Setakat itukah? Setahun dua mungkin ya. Tetapi setelah jemu dengan kereta lama, dalam diam kita mula menyimpan hasrat membeli kereta baru yang sungguh 'daring to dare'. Kemudian kita sekali lagi berhempas pulas bekerja dan menyimpan wang untuk memenuhi cita-cita baru kita. 5 tahun setelah itu, akhirnya wang yang dikumpul telah cukup dan gaji kita sudah memadai untuk membayar ansuran kereta yang diidam-idamkan. Tersergam indahlah kereta yang sungguh 'daring' itu di halaman rumah kita. Oleh kerana kita selalu berhempas pulas, kita dikurniakan pula rezeki dinaikkan pangkat menjadi seorang pengurus di syarikat tempat kita bekerja. Sebagai pengurus baru, kita mula merasakan yang kereta 'daring' sudah tidak lagi 'daring' untuk jawatan kita yang mula meningkat naik. Terasa yang anak buah kita memandang hina pada kereta yang tidak setaraf dengan diri kita. Sekali lagi, kita mula mengidamkan kereta baru. Begitulah seterusnya.

Itulah hakikat hidup. Yang sedihnya, ramai yang begitu adalah dari mereka yang mengaku sebangsa dengan aku. Yang sedihnya, aku belum pernah mampu menyumbangkan apa-apa untuk mengubah keadaan. Yang sedihnya, aku belum pernah mencuba untuk mengubahnya. Kini sekurang-kurangnya, aku ingin keluar dari salah satu kesedihan aku melalui 'blog' aku ini.

Apa-apa pun, aku bukannya menyalahkan mereka yang menginginkan sesuatu yang lebih baik untuk diri mereka. Aku cuma ingin mengajak mereka berhenti sejenak dari kekalutan hidup dan cuba melihat kembali hidup mereka melalui satu perspektif baru. Aku bukannya mengatakan apa yang aku luahkan di sini adalah betul belaka. Tidak sekali-kali. Aku cuma mencoretkan apa yang aku lihat, dengar, rasa dan fikir melalui pandangan hidup aku. Aku terima jika korang mempunyai pandangan atau perspektif yang berbeza dengan aku kerana aku tahu aku hanya manusia yang jauh dari sempurna. Aku tahu yang aku masih belajar dan akan terus belajar tentang kehidupan selagi aku masih hidup. Aku tahu yang walaupun rambut kita sama hitam (relevan lagi ke zaman sekarang ni?), tapi hati kita lain-lain. Aku cuma berharap agar kita sama-sama terus berfikir... adakah keinginan kita itu sebenar-benarnya yang lebih baik bagi kita?

Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus mencoretkan isi hati aku di 'blog' ini untuk tatapan dan renungan korang semua yang tersesat masuk ke sini. Apa yang baik jadikanlah pengajaran. Yang buruk jadikanlah pengajaran.

Salam perkenalan dari aku buat semua....