Thursday, November 30, 2006

Dinner With CEO

Malam tadi, CEO tempat kerja aku ada menganjurkan dinner dengan pekerja-pekerja 'kuliketif' di Hyatt Regency, Kuantan. Sesi yang aku pergi ni merupakan sesi yang kedua diadakan dan dihadiri oleh hampir 80 orang.

Dalam pada kekenyangan makan 'western food' yang dihidangkan, CEO mula menceritakan tentang sejarah hidup dia dalam alam pekerjaan, tentang bagaimana dia senantiasa mengambil peluang yang ada untuk terus maju kehadapan, tentang kepentingan untuk memberikan 'extra efforts', tentang kelebihan 'networking', dan tentang macam-macam perkara lagi.

Apabila mendengar ucapan dan nasihat CEO itu, aku terfikir... apakah yang aku harapkan dari alam pekerjaan aku? Adakah aku ingin 'berjaya' seperti CEO aku? Adakah aku ingin terus berada di jawatan yang aku pegang sehingga aku bersara? Adakah aku ingin membina 'empayar' syarikat aku sendiri? Atau, adakah aku ingin goyang kaki tanpa perlu bekerja terus? Hehe.. I wish!

Entahlah.. aku belum membuat apa-apa keputusan pun tentang kehidupan aku ini. Sekarang masa tengah hidup seorang diri, mungkin keputusan aku lebih menjurus kepada ingin mencapai 'kejayaan' di dalam bidang pekerjaan. Selepas aku berdua, bertiga, berempat dan seterusnya, mungkin keputusan aku akan jadi berbeza. Apa-apa pun, cabaran yang perlu aku hadapi sebenarnya hanya satu. Bagaimana untuk aku mengimbangkan kerja aku dan kehidupan peribadi aku.

No comments: