Friday, June 8, 2007

We Are Lazy

Benarkah orang kita memang pemalas? Benarkah kita mundur sebab kita malas untuk berusaha? Benarkah kita lebih mementingkan kemalasan daripada kejayaan?

Jika kita renung-renungkan, aku rasa kita tidak dapat nak menafikan yang orang kita memang malas. Siapa yang selalu ditipu dengan skim cepat kaya atau pelaburan haram internet? Orang kita. Kenapa? Kerana kita malas untuk berusaha seperti mana orang lain tetapi tetap mengharapkan kekayaan seperti orang lain.

Siapa yang selalu tercicir dari menjadi graduan universiti kelas pertama atau kedua atas? Orang kita. Kenapa? Kerana kita malas untuk belajar seperti mana orang lain tetapi tetap mengharapkan kejayaan seperti orang lain.

Siapa yang selalu terperosok di penjara atau pun di pusat serenti? Orang kita. Kenapa? Kerana kita malas untuk berfikir menyelesaikan masalah dengan jalan yang terbaik seperti mana orang lain tetapi tetap mengharapkan masalah tersebut "selesai" dengan pantas seperti orang lain.

Ke manakah hala tuju orang kita jika situasi begini berterusan? Adakah kita akan terus mengharapkan belas ihsan orang lain? Adakah kita akan terus menyalahkan orang lain yang maju apabila kita tetap mundur? Kenapa kita lebih suka menghabiskan wang jutaan ringgit untuk melantik penasihat atau consultant luar kerana kita malas untuk belajar sendiri dan malas untuk mencuba membina kemampuan diri kita sendiri?

Kalaulah kita semua rajin 10% lebih dari sekarang, aku rasa jauh lebih ramai orang kita yang berjaya. Bak kata cikgu kelas aku semalam, "Orang kita memang bijak pandai. Cuma kita malas."

No comments: