Thursday, June 7, 2007

Why Do We Plan?

Semalam semasa di dalam kelas Production Planning Tools, aku terdengar satu persoalan yang cukup menarik:

"Why do we plan, when most of the time our planning fails?"

Kenapa kita masih menghabiskan masa berjam-jam untuk merancang sesuatu sedangkan kebanyakan yang kita rancang, tidak berlangsung seperti yang dirancangkan? Kenapa tidak kita tumpukan masa yang terhad untuk terus melaksanakan tugasan yang lebih penting daripada membazir masa merancang?

Dan jawapan dia adalah cukup mudah. Memang benar, melaksanakan tugasan itu yang lebih utama, kerana merancang tapi tidak melaksanakan adalah umpama membeli kereta tetapi tidak menggunakannya. Akan tetapi, tanpa rancangan yang teliti dan teratur, kita hanya akan melaksanakan tugasan secara membuta tuli. Tiada kajian untuk melakukannya dengan betul. Tiada analisis untuk memastikan kita tahu terlebih awal langkah-langkah susulan yang perlu diambil sekiranya terjadi sesuatu perkara. Tiada pengajaran yang boleh kita ambil sekiranya hasil tugasan kita tidak menepati sasaran yang dikehendaki kerana kita tidak tahu apa yang lari daripada sepatutnya.

Salah seorang pengurus kanan di tempat kerja aku selalu menekankan "planning is 90%, execution is 10%". Sekiranya perancangan kita sempurna, tugasan akan dapat dilakukan dengan mudah. Dengan perancangan teliti, sekiranya kita mencapai sasaran tugasan, kepuasan yang kita kecapi memang tidak terhingga. Akan tetapi, walaupun sasaran kita tidak tercapai, kita tetap akan puas kerana kita tahu bahawa kita telah mencuba yang terbaik dan keputusan adalah milik Tuhan. Kita tahu apa yang silap dan kita akan dapat memperbaiki kelemahan tersebut di masa akan datang.

Jadi sama-samalah kita beringat, "Fail to plan is plan to fail". Jangan sombong untuk merancang. Biar kita kecewa sebelum, jangan kita kecewa selepas. Dan perancangan paling utama tentulah, merancang bagaimana kita menghadapi hidup di dunia agar hidup kita di akhirat nanti bahagia selama-lamanya.

2 comments:

akram said...

family planning macam maner lak?

Ad Cimo said...

kena plan gak.. kalo tak, nanti tak muat rumah. hehhee.