Lagi 15 hari woo..
When our lives were out of control, we always found ways to get out from those obstacles and rebound back. Some may choose to face them. Others may choose to run away from them. Whatever our choices were, we knew one thing for sure - we need to accept Life As It Is.
Thursday, June 14, 2007
Wednesday, June 13, 2007
Thinking Outside The Box
Kita sering mendengar frasa "Think outside the box". Malah Perdana Menteri kita juga pernah menyeru agar rakyat Malaysia berfikir di luar kotak. Akan tetapi, jarang atau tidak pernah kita dengar bagaimana kita hendak berfikir di luar kotak.Semalam, Pengurus Kanan jabatan aku berkongsi pengalaman beliau tentang perkara ini. Perkongsian yang pada aku cukup berguna untuk semua. Dan hari ini, aku ingin berkongsi dengan semua.
Menurut beliau, otak kita berfungsi sebagai penyimpan maklumat. Maklumat disimpan secara semulajadi di dalam bentuk aliran-aliran seperti aliran sungai, di mana setiap sungai adalah dikaitkan dengan sesuatu maklumat, contohnya, ada sungai maklumat berkaitan "makan", ada sungai berkaitan "tidur", ada sungai berkaitan "IT" dan sebagainya. Masalah yang selalu kita hadapi ialah apabila kita cuba untuk "brainstorm" sesuatu perkara, kita hanya selalu dapat berfikir melalui satu sungai sahaja, iaitu, jikalau kita berfikir tentang "makan", kita hanya akan melalui aliran sungai "makan", bukannya "tidur" atau "IT".
Jadi salah satu cara untuk kita melompat dari satu sungai ke satu sungai ialah melalui teknik "randomization". Caranya? Apabila kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah, sebagai contoh "Bagaimana mengatasi masalah banjir kilat", kita cuba gunakan satu objek rawak di sekeliling kita. Kerusi misalannya. Kita lihat apa ada pada kerusi tersebut. Apa rupabentuknya. Apa "features"nya. Apa fungsinya. Kemudian, setiap perkataan yang kita kumpulkan daripada kerusi tadi, kita cuba kaitkan dengan tajuk permasalahan asal kita. Sebagai contoh lagi, katakan kerusi yang kita tengok tadi mempunyai sifat fleksibel dan selesa. Jadi kita akan cuba mencari idea cara yang fleksibel dan selesa untuk mengatasi masalah banjir kilat. Terowong SMART adalah contoh "solution" yang fleksibel dan selesa untuk para penduduk. Teruskan berfikir berdasarkan objek rawak tersebut hingga kita kekeringan idea dan pilih lagi objek rawak yang lain.
Berdasarkan pengalaman aku, cara sebegini memang berkesan. Ingat lagi blog aku bertajuk "screw & leaves"? Kaitkan dua objek yang berbeza dan hasilnya mungkin memeranjatkan kita sendiri!
Tuesday, June 12, 2007
Balanced Life
Goal Setting Strategies for a Balanced Life
|
Monday, June 11, 2007
High Blood Pressure
|
Apabila kita melihat orang yang kita sayangi terganggu kesihatan mereka, kita akan risau. Kita akan gelisah. Akan tetapi, apabila mereka sihat kembali, bagaimana dengan kerisauan kita? Bagaimana dengan kegelisahan kita? Bila aku melihat penyakit datang dan pergi, aku terfikir. Terfikir betapa mudahnya Tuhan mendatangkan sesuatu pada manusia yang serba lemah ini. Dan betapa mudahnya Dia mengangkatnya kembali. Betapa mudahnya Dia memberi nyawa. Dan betapa mudahnya Dia mengambilnya kembali.
Yang penting, ingatlah kita bersama-sama. Sayangilah mereka yang kita sayang sepenuhnya, kerana kita tidak tahu, esok atau lusa, mereka yang kita sayangi masih ada lagi di muka bumi ini. Atau, kita juga tidak tahu, mungkin kita yang akan pergi tidak lama lagi.
