Semasa kita memandu di jalan yang sesak, berapa kerapkah kita mengubah lorong yang kita lalui dengan harapan lorong baru itu lebih pantas dan cepat berbanding dengan lorong lama? Dan berapa kerap pula lorong baru itu kita rasakan sebenarnya lebih perlahan?
Sebenarnya, ada artikel yang mengkaji kesan psikologi manusia terhadap fenomena ini. Antara yang menarik di Internet boleh didapati di http://plus.maths.org/issue17/features/traffic/index.html. Petikan daripada laman web tersebut:
In their paper, Redelmeier and Tibshirani present some evidence that drivers on Canadian roadways think that the next lane is typically faster. (You can read their paper for more about this). They seek to explain the drivers' perceptions by appealing to a variety of psychological factors. For example:
"A driver is more likely to glance at the next lane for comparison when he is relatively idle while moving slowly";
"Differential surveillance can occur because drivers look forwards rather than backwards, so vehicles that are overtaken become invisible very quickly, whereas vehicles that overtake the index driver remain conspicuous for much longer"; and
"Human psychology may make being overtaken (losing) seem more salient than the corresponding gains."
The authors recommend that drivers should be educated about these effects in order to reduce the temptation to switch lanes repeatedly. This would reduce the risk of accidents, which are often caused by poor lane changes.
(Note to Akram: Jadi, bukan salah aku yang menyebabkan aku terperangkap dalam kesesakan semasa pulang ke rumah semalam. Aku cuma mangsa kesan psikologi di atas je).
Berbalik kepada kisah hidup kita yang tak pernah putus dengan kejadian-kejadian menarik ini, cuba kita fikirkan, berapa kalikah kita memilih untuk menukar halatuju kita dengan harapan ia lebih baik dan lebih pantas untuk kita mencapai cita-cita kita? Dan persoalan sama kembali timbul... berapa kali pulakah kita rasakan cara baru yang kita ambil sebenarnya lebih berisiko, lebih berbahaya, lebih memberi kesan negatif dan lebih perlahan berbanding cara lama kita? Perlukah kita takut mencuba semata-mata kerana kita takut untuk menukar laluan kepada lorong yang lebih perlahan dalam hidup kita? Fikir-fikirkanlah....
1 comment:
like i always say, 'pick a side and stick to it'. Applies not only to driving...
Post a Comment