
Akan tetapi, biar menarik mana sekalipun cerita-cerita mereka, tidak banyak kesan yang kita rasai. Kita masih lagi malas seperti dulu. Kita masih lagi enggan mengambil risiko seperti dulu. Kita masih lagi enak dibuai mimpi seperti dulu. Tapi kita tetap suka mendengar kejayaan orang lain. Mengapa?
Apa kata kita cuba pendekatan berbeza pula. Apa kata, kita jadikan diri kita sebagai bahan untuk "success story" orang lain. Kita perhalusi tindak-tanduk dan perbuatan kita. Kita pilih sesuatu perkara yang ingin kita lakukan kerana ingin ia dijadikan contoh orang lain. Kita tanamkan persepsi bahawa apa sahaja yang kita lakukan dan fikirkan, akan menjadi rencana di dalam biografi diri kita yang akan dibaca oleh satu dunia. Agak-agaknya, adakah kita akan menjalani kehidupan kita secara berbeza daripada sebelum ini?
No comments:
Post a Comment