Saturday, January 20, 2007

From Archives - "Kita Di Bawah Mentari Yang Sama"

Kita Di Bawah Mentari Yang Sama










Untuk apakah sengketa di dunia?
Untuk apakah permusuhan dilanda?
Untuk apakah peperangan dicipta?
Kerana kita,
Anak dunia,
Di bawah mentari yang sama.

Wahai anak dunia,
Bukalah matamu luas-luas,
Pandanglah Sahara yang kau cipta.

Wahai anak dunia,
Bukalah telingamu lebar-lebar,
Dengarlah jeritan insan yang kau seksa.

Wahai anak dunia,
Bersatulah kita,
Menatap mentari yang satu,
Berpayung di bawah sinaran keemasan,
Marilah anak dunia,
Hidup di syurga realiti,
Kerana kita,
Di bawah mentari yang sama.

Created: July 1996
Purpose: Created after hearing the song "We're Under the Same Sun - Scorpions". A cry for all humankind... to unite and stop all wars.
Other Info: Published in Malay College Magazine 1996 - Page 58

No comments: