Monday, January 1, 2007

Another New Year, Another Resolution

Detik 12 malam tadi menandakan berakhirnya tahun 2006 dan menjelmanya 2007. Bagaimana dengan tahun yang baru berlalu? Adakah resolusi tahun lepas berjaya kita capai atau resolusi kita bakal menjadi resolusi tahunan? Adakah kita meninggalkan 2006 dengan penuh kepuasan atau penuh penyesalan? Adakah 2006 membawa kenangan manis untuk kita atau 2006 merupakan tahun yang ingin kita lupakan?

Kini apabila tahun baru menjelang, sudah tentu ramai yang menyimpan azam baru di tahun baru. Ada yang ingin membeli sesuatu. Ada yang ingin bertemu cinta hati. Ada yang ingin menurunkan berat badan. Ada yang ingin berhenti merokok. Ada yang ingin berbakti pada negara. Ada yang ingin menjadi jutawan. Ada yang ingin mula bersenam. Ada juga yang ingin melakar nama. Korang?

Biar apapun azam yang korang tanam, tak kira sambungan dari tahun lepas atau azam yang baru terlintas di fikiran korang, satu saja yang kita perlu ingat. Azam kita ini sebenarnya seperti pokok bunga, kita perlu siram dan jaga setiap masa. Kalau tidak, alamatnya hanya lalang yang tumbuh.

Azam aku? Tahun ini hanya satu azam yang ingin aku capai. Aku ingin jadikan tahun 2007 sebagai "milestone" hidup aku. Tak kisah apa pun yang aku buat, aku ingin tahun 2007 ada sesuatu yang boleh aku ingat sampai hujung umur aku. Mudah-mudahan...

2 comments:

akram said...

Oh no!! Fuad nak kawin tahun ni...

hehe

Ad Cimo said...

Huh.. shhh!