Monday, January 8, 2007

Choices Of Life

Hari ini, aku tertengok salah satu episod Desperate Housewives yang rakan serumah aku tonton. Persoalan yang diketengahkan dalam episod tersebut berkenaan dengan 'pilihan' membuatkan aku berfikir.

Bagaimanakah reaksi kita kalau kita diberi pilihan yang mustahil?
Bagaimanakah reaksi kita kalau kehendak kita tidak diperolehi?
Bagaimanakah reaksi kita kalau pilihan diambil memakan diri?

Adakah kita akan berserah sahaja pada takdir?
Adakah kita akan menyalahkan yang lain?
Adakah kita tidak akan memaafkan diri kita yang membuat pilihan?

Setiap hari kita tidak boleh lari dari membuat pilihan. Malah ada pendapat yang mengatakan setiap tingkah laku kita seharian adalah berasaskan pilihan yang kita buat, sama ada secara sedar ataupun tidak. Baju apakah yang kita pakai sekarang? Pilihan kita sendiri. Kerja berlambak di ofis? Pilihan kita sendiri. Segala-galanya pilihan kita.

Ada yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat sedemikian. Kadangkala kita terpaksa melakukan sesuatu di luar kehendak dan kemahuan kita. Kadangkala kita bertindak di luar kawalan kita. Kadangkala kita hanya mangsa keadaan. Cuba kita renung-renungkan seketika... adakah benar ada ketikanya kita tiada pilihan untuk dibuat?

Mungkin apa yang terjadi menurut takdir Allah bukan kehendak dan pilihan kita, tetapi kita harus ingat, kita tetap diberikan kebebasan oleh Allah untuk memilih bagaimanakah cara kita menghadapi situasi tersebut. Kita tetap diberi pilihan untuk memilih bagaimanakah kita menerima atau menentang atau mengambil iktibar dari situasi sedemikian.

Jadi hari ini, mari kita membuat pilihan sama ada untuk mengambil barang seminit dua dari hari-hari kita yang penuh kesibukan ini untuk berfikir dan mencermin kembali perbuatan kita yang lalu, ataupun sekadar melupakan perkara ini dan terus hidup seperti sebelumnya. Pilihan di tangan anda!

3 comments:

Anonymous said...

HI FROM PORTUGAL
GREAT BLOG
VISIT ME ON MY BLOG TOO
BEST REGARDS

Anonymous said...

Speaking of choices, everything we choose to do everyday affects our future. Kinda scary.

p.s: saper lak paulo ni? spam ke?

Unknown said...

Mamat ni tersesat kot. Hehehe.

Welcome Paulo. Nice blog of yours as well.