Wednesday, December 27, 2006

International Link Down

From TM Net newsroom:
"We wish to inform our customers that the Internet service is currently experiencing a degradation in performance caused by several outages at some of the international links. This is attributed to the Richter 7.1 magnitude earthquake that struck off the southern coast of Taiwan at 12.07 a.m. on 27 December 2006, which caused the APCN2 (Asia Pacific Cable Network 2) submarine cable fault between Shantou, China and Tanshui, Taiwan and between Lantau, Hong Kong and Chongming, China."
"The recent earthquake in Taiwan (and its related aftershock effects) has caused major outages of international connectivity due to multiple submarine cable failures in the affected areas. JARING international links are also affected since 3:46 am this morning (27 Dec 2006)."

Lega rasanya bila terbaca pengumuman di atas ni. Lega sebab tahu yang masalah perkhidmatan internet yang teramat buruk sekarang ini bukan disebabkan oleh kelemahan ISP kita sendiri. Lega sebab tahu yang TMnet dan Jaring berusaha bersama-sama ISP lain di rantau ini untuk membaiki keadaan. Tapi belum lagi lega kalau-kalau situasi bencana sebegini hanya dijadikan alasan oleh pihak-pihak tertentu untuk sekadar menunding jari. Belum lagi lega kalau-kalau situasi sebegini digunakan sebagai platfom untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dan perkhidmatan yang kita berikan. Jangan bila terhantuk baru nak tergadah. Jika kita belum lagi bersedia, inilah masa yang sesuai untuk kita merangka pelan "business continuity" dan "risk management". Jangan hanya melaungkan "Malaysia Boleh" tapi hakikatnya, kita serba tidak boleh. Perjuangkan hasrat rakyat Malaysia untuk melihat negara kita menjadi hub teknologi ICT rantau ini, bukannya sekadar mengaut keuntungan jutaan ringgit dari rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga barang yang bermacam-macam. Jadilah 'angel' bukannya penyangak korporat. Sebab kita semua manusia yang serba kekurangan..

Tuesday, December 26, 2006

Unconditional Love

Mampukah kita menyayangi seseorang tanpa mengharapkan balasan?
Mampukah kita menyayangi seseorang tanpa mengira keadaan?
Mampukah kita menyayangi seseorang tanpa mendapat harapan?

Persoalan sebegini sering menghantui diri kita, apatah lagi bagi mereka yang ingin mencintai dan dicintai. Namun, adakah diri kita bersedia untuk memberikan cinta dan kasih sayang yang sejati? Adakah diri kita mampu memberikan cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi walau apa sekalipun keadaan?

Sebagai manusia yang serba lemah, kita tidak boleh lari dari meletakkan 'condition' atau syarat kepada cinta dan kasih sayang yang kita beri. Kita mahu kasih sayang kita berbalas. Kita mahu kasih sayang kita mempunyai erti bagi memuaskan hati nurani kita. Kita mahu segala pengorbanan yang kita berikan memberi hasil dan pulangan kepada kehendak kita. Tapi benarkah kasih sayang tanpa syarat atau 'unconditional love' ini mustahil untuk wujud?

Pernahkah kita bertanya pada diri kita, sekiranya orang yang kita sayangi tidak lagi menyayangi kita, adakah kita akan terus menyayangi dia? Bagaimana sekiranya dia membenci kita terang-terangan? Bagaimana sekiranya dia tidak mempunyai tenaga empat kerat untuk menyayangi kita? Bagaimana sekiranya dia tidak lagi kenal orang sekeliling dia? Bagaimana sekiranya dia tiada lagi di dunia ini?

Aku percaya, ramai di kalangan kita yang mampu melakukan sebegitu. Ikatan kasih sayang mereka lebih utuh daripada menara PETRONAS. Adakah kita pernah cuba untuk mencapai kekuatan sedemikian? Apakah rahsia mereka? Aku percaya yang segala-galanya kembali pada niat asal kita. Jika niat kita menyayangi seseorang itu betul dan penuh keikhlasan, kita mampu menyayangi mereka tanpa sebarang syarat. Mampukah kita begitu?

Monday, December 25, 2006

New Update.. Or Lack Of One

Ehem... dua tiga hari ni, aku terasa malas sekali nak 'mengupdate' blog ni. Bukannya apa, cuma hidup terasa kosong memandangkan rumah yang aku duduk ni memang kosong sebab aku tinggal sorang-sorang. Jadi banyak masa dihabiskan dengan makan, tidur, tengok tv, layan dvd, main game dan 'mengupdate' tag lagu-lagu mp3 yang dah lama tak bersentuh.

Walaupun begitu, sekurang-kurangnya, beberapa objektif aku tercapai di cuti panjang hujung minggu kali ni. Aku berjaya pergi ke Giant membeli barang-barang keperluan. Aku berjaya 'mengupdate' koleksi tag lagu-lagu sampai ke 'Frank Sinatra'. Aku berjaya melayan koleksi baru DVD housemate aku sampai abis. Hehe.. adakah itu satu kejayaan bagi aku? Mungkin ya.. mungkin tidak... huaaa!!!


Friday, December 22, 2006

Teamwork At Work

Kita selalu diingatkan untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan, tidak kira di tempat kita mencari makan, di tempat kita belajar mahupun di tempat kita bermain.

Mengapa pentingnya semangat satu pasukan atau 'teamwork' ini? Wikipedia menyatakan:

Teamwork is the concept of people working together cooperatively, as in a sports team.

Large ambitious goals usually require that people work together, so teamwork has become an important concept in organizations. Effective teams are an intermediary goal towards getting good, sustainable results. Industry has seen increasing efforts through training and cross-training to help people to work together more effectively and to accomplish shared goals, whether colleagues are present or absent.

“The old structures are being reformed. As organizations seek to become more flexible in the face of rapid environmental change and more responsive to the needs of customers, they are experimenting with new, team-based structures.” (Jackson & Ruderman, 1996)

Hari ini aku terdengar satu komen daripada salah seorang pekerja di tempat aku bekerja yang bunyinya lebih kurang begini (telah diolah bagi menambahkan nilai dramatik selain melindungi mereka yang tidak bersalah):

"Nasib baik bukan loji aku yang bermasalah. Lantaklah loji lain. Aku bukan kerja kat loji tu pun. Janji loji aku sihat!"

Aku tersentak sebenarnya bila mendengar komen sebegini. Walau pun benar dia tidak bertugas di loji tersebut, tetapi tetap sebagai sebuah keluarga yang besar, kita perlu ambil tahu dan ambil berat tentang loji lain. Mengapa? Kerana mereka yang bekerja di loji tersebut adalah kawan-kawan kita juga. Kerana kita tidak tahu, entah esok atau lusa, mungkin loji kita pula yang bermasalah dan kita memerlukan pertolongan dari kakitangan di loji lain. Kerana mungkin tahun depan kita pula kena ditugaskan di loji tersebut. Kerana kita memakai pakaian seragam yang sama, membawa logo yang sama dan mendapat gaji untuk diberi kepada anak isteri dari akaun yang sama. Salahkah jika kita tunjukkan setitis keperihatinan? Fikir-fikirkanlah...

Thursday, December 21, 2006

Heavy Rain & Productivity Level

Another update from Malaysian Meteorological Department:

HEAVY RAIN WARNING(RED STAGE)
Issued at : 1.50 am 21/12/2006
WARNING UPDATE

Intermittent rain occasionally heavy now occurring over Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor and Perak is expected to persist until this Sunday (24 December 06). For Johor, this condition is expected to improve starting on Friday (22 December 2006). For Perak, this condition is expected to persist until afternoon and will be spread over Kedah and Penang (21 December 2006).

Nampak gayanya, hujan akan berterusan sampai 24 haribulan, menjangkaui ujuran asal sehingga 22 haribulan. Nampak gayanya, produktiviti kerja pun akan merudum sampai 24 haribulan. Hehe.. aku bukannya bercakap tentang orang lain.. tentang aku sendiri. Musim hujan lebat begini memang produktiviti aku jatuh tergolek, seperti jatuhnya bursa saham di Thailand. Kenapa? Laluan di sekeliling ofis aku digenangi air sampai atas paras buku lali. Aku tak lagi boleh keluar masuk menghirup udara segar sesuka hati aku. Macam mana aku nak kerja kalau aku tidak mendapat udara segar? Hehe.. alasan.

Wednesday, December 20, 2006

Three Most Difficult Things To Say

Hari ini semasa membelek-belek e-mel yang diterima, aku tertarik dengan salah satu "chain mail". Antara kandungannya ialah tentang tiga perkara yang paling sukar untuk kita luahkan:

1) I Love You

2) I'm Sorry

3) Help Me


Entah mengapa, terasa kebenarannya. Ungkapan "I Love You" begitu berat untuk diucapkan melainkan dengan penuh keberanian dan keikhlasan. Mungkin ramai di antara kita yang mudah meluahkan kata-kata cinta. Tetapi mampukah kita menyulaminya dengan keikhlasan? Mampukah kita berpegang pada kata-kata tersebut? Mampukah kita bermuhasabah diri melihat semua niat kita?

Ungkapan kedua pada aku lebih sukar lagi khasnya buat mereka yang mempunyai kedudukan, pangkat dan harta. Kita sebagai manusia yang serba lemah tidak lari dari membuat kesilapan. Akan tetapi, apabila kita membuat silap, beranikah kita mengakui kesilapan kita? Ungkapan "I'm Sorry" tampak mudah dituturkan, tetapi kita harus ingat, dengan ucapan kata kita, ia sebenarnya datang dengan tanggungjawab yang besar. Dosa pada manusia lebih payah daripada dosa dengan Tuhan. Selagi kita tidak dimaafkan, selagi itulah dosa kita tercatit. Dengan mengungkapkan "I'm Sorry" dengan penuh keikhlasan, kita bukan sahaja penuh berharap agar kesilapan kita dimaafkan, tetapi juga bermakna kita menyesali kesilapan lampau kita. Kita berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Kita bersungguh-sungguh untuk menebus kembali kesilapan kita dengan apa cara sekalipun. Berat bukan?

Ungkapan yang ketiga lebih menjadi ungkapan yang sukar kerana ego diri kita masing-masing. Siapa yang mahu mengaku lemah? Adakah meminta bantuan itu menunjukkan kelemahan kita? Adakah dengan meminta pertolongan, kita akan dipandang kerdil di dalam dunia yang serba mencabar dan 'ever-demanding' hari ini? Jika perkara sebegini terlintas di hati kita, bermakna beratlah cabaran kita untuk menurunkan ego kita dan meminta pertolongan dari orang lain yang lebih berkelayakan, tidak kira daripada bos kita, ataupun anak buah kita.

Jadi sama-sama kita renung kembali diri kita masing-masing... kuatkah semangat kita dan beranikah kita untuk menanggung tiga ungkapan di atas itu...

Tuesday, December 19, 2006

Self Discipline

Hari ini ketika menjalani latihan di salah sebuah hotel di Kuantan, aku terfikir apabila melihat gelagat salah seorang dari peserta latihan yang berpakaian agak kurang sesuai dengan tempat dan masa. Bukannya aku nak membuat tanggapan negatif melulu pada dia, cuma aku cuba bermuhasabah diri aku semula berhubung dengan isu "self discipline" ini.

Adakah kita sudah mempunyai "self discipline" atau disiplin diri yang tinggi? Sebelum kita menjawab persoalan itu, terlebih dahulu kita perlu tahu apa itu "self discipline"?

Daripada sebuah laman web yang menarik berhubung dengan konsep disiplin diri (http://www.stevepavlina.com/):

What Is Self-Discipline?
Self-discipline is the ability to get yourself to take action regardless of your emotional state.

Jadi, disiplin diri ini adalah daya tahan dan kebolehan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab atau melakukan kerja tanpa mengira keadaan persekitaran, emosi diri, dan tanggapan orang lain. Untuk menjawab persoalan pokok nun jauh di atas tadi, kita perlu menjawab persoalan-persoalan berikut:

Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila seorang diri di rumah?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila bos tiada di ofis?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila memandu tanpa diperhatikan polis?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila membuat resolusi tahun baru dan menunaikannya?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila diberi kemewahan hidup?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila berjanji pada seseorang tetapi berjauhan darinya?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila disakiti dan dilukai?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila diberi peluang yang datang bergolek?
Adakah kita mempunyai disiplin diri apabila dipujuk dan dirayu?

Tidak kira di mana kita berada, apa yang kita buat dan dengan siapa kita berada, semuanya berbalik kepada nawaitu asal kita. Kalau nawaitu yang kita tanam itu betul, betul lah jadi hasilnya. Kalau tersimpang walau sedikit sekalipun, tersimpang lah kita akhirnya. Jadi, apa nawaitu atau niat anda hari ini?

Monday, December 18, 2006

Eragon, Lord Of The Rings, Us

Eragon, sebuah lagi cerita yang diadaptasi daripada trilogi buku yang bakal membawa penonton ke zaman fantasi era pahlawan dan magik.

Kepada mereka yang belum lagi menonton cerita ini, di sini dipaparkan sedutan ringkas jalan ceritanya:

When Eragon finds a polished blue stone in the forest, he thinks it is the lucky discovery of a poor farm boy; perhaps it will buy his family meat for the winter. But when the stone brings a dragon hatchling, Eragon realizes he has stumbled upon a legacy nearly as old as the Empire itself. Overnight his simple life is shattered, and he is thrust into a perilous new world of destiny, magic, and power. With only an ancient sword and the advice of an old storyteller for guidance, Eragon and the fledgling dragon must navigate the dangerous terrain and dark enemies of an Empire ruled by a king whose evil knows no bounds. Can Eragon take up the mantle of the legendary Dragon Riders? The fate of the Empire may rest in his hands. . .

Secara rata-ratanya, cerita ini pada aku banyak persamaan dengan Lord Of The Rings. Aragorn = Eragon? Arwen = Arya? Urgals = Uruk-Hai? Adakah Christopher Paolini memang benar-benar membuat bukunya berdasarkan hasil karya Tolkien? Kalau mengikut laman web http://www.alagaesia.com Paolini memang menulis berinspirasikan buku karya Tolkien. Jadi, tidak mustahil cara pengolahan kedua-dua cerita ini tampak hampir sama.

Walau apa pun tanggapan masyarakat tentang filem Eragon ini, ia tetap membawa isu-isu yang sama. Ketamakan manusia terhadap harta dan kekuasaan mengakibatkan kebinasaan. Kekuatan manusia menentang kejahatan terletak pada harapan. Biar setinggi mana pun harapan kita, kerjasama sepasukan menjadi tunjang kejayaan. Biar sehebat mana kejayaan yang dikecapi, ia boleh hilang sekelip mata jika kita lalai dan leka. Lalai dengan nikmat yang ada di depan mata. Leka dengan kemewahan dan kuasa.

Tidak kira betapa banyaknya persamaan atau perbezaan di antara Eragon dan Lord Of The Rings... semuanya berbalik kepada kita manusia. Jadi fikir-fikirkanlah...

Sunday, December 17, 2006

Men vs Mother Nature

Daripada laman web Jabatan Meteorologi Malaysia:

FIRST CATEGORY WARNING
WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS IN THE COASTAL WATERS OFF THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA, SARAWAK, LABUAN AND WEST SABAH (UPDATE)

Strong northeasterly winds 40-50 kmph and rough seas with waves up to 3.5 metres over the coastal waters off the East Coast of Peninsular Malaysia, Sarawak, Labuan and West Sabah, are expected to persist until next Friday 22 December 2006.This strong winds and rough seas condition is dangerous to small boats.

Hmm.. bila jadi musim tengkujuh dekat kawasan Pantai Timur ni, apa yang bermain di fikiran korang? Banjir? Seronok tidur? Harga ikan naik?

Ada antara kita yang mula tidak dapat tidur lena bilamana musim tengkujuh bermula. Apa tidaknya... bila-bila masa sahaja air boleh naik. Mula otak berpusing memikirkan di mana nak disimpan duit-duit bawah tilam, rantai-rantai emas yang sarat macam rantai basikal, kereta proton neo baru, surat-surat pajak gadai, dan peti televisyen dan pemain dvd yang masih belum habis dibayar hutangnya pada Court Memot.

Ada pula antara kita yang bimbang kalau-kalau bajet bulan 12 dan 1 mula lari sebab harga ikan mula melambung tinggi. Usah bermimpi nak makan ikan tenggiri. Ikan kembung yang dok berlepak-lepak masa musim panas pun orang berebut-rebut beli. Harga ayam dan daging pun secara tiba-tiba jadi terlebih mahal daripada biasa. Almaklumlah, musim hujan begini, ayam dan lembu sejuk. Kos untuk memanaskan diorang naik sebab harga minyak dan gas naik. Gaji gak yang tak naik-naik.

Disebalik keresahan dan kemarahan di musim-musim sejuk begini, cuba kita renung-renungkan kembali betapa lemahnya kita bila berhadapan dengan kuasa Tuhan (atau pada yang tak ada agama tu, diorang panggil 'Mother Nature'). Kita sibuk buat empangan sana sini, atas alasan menahan banjir, tapi bila hujan mencurah-curah turun, kita tetap menyebabkan banjir di hilir sebab 'terlupa' untuk melepaskan air sedikit-sedikit dari awal lagi. Kita berbangga dengan sistem aliran air banjir yang boleh menjadi altenatif aliran trafik di ibu kota kita, tetapi bila hujan turun di sana, jalan tetap semakin sesak dan air tetap semakin naik. Kita gah dengan Jabatan Perikanan kita memberi pelbagai bantuan kepada banyak individu untuk meneroka perikanan laut dalam, tetapi bila ombak kuat, kita masih tercungap-cungap menunggu ikan dari nelayan-nelayan kecil.

Betapa lemahnya kita...

Wednesday, December 13, 2006

Six Sigma

Six Sigma sekarang ni menjadi buah mulut dan pujaan hati banyak syarikat. Pihak pengurusan kagum dengan cerita-cerita kejayaan yang dikecapi oleh syarikat-syarikat lain yang mengorak langkah untuk mengamalkan metodologi Six Sigma. Tidak terkecuali ialah syarikat di tempat aku bekerja. Jadi, apakah sebenarnya Six Sigma ni?

Di sini aku paparkan maksud ringkas Six Sigma berdasarkan laman web "Six Sigma Tutorial" :

"Six Sigma stands for Six Standard Deviations (Sigma is the Greek letter used to represent standard deviation in statistics) from mean. Six Sigma methodology provides the techniques and tools to improve the capability and reduce the defects in any process.

It was started in Motorola, in its manufacturing division, where millions of parts are made using the same process repeatedly. Eventually Six Sigma evolved and applied to other non manufacturing processes. Today you can apply Six Sigma to many fields such as Services, Medical and Insurance Procedures, Call Centers."

Jadi apa pendapat korang tentang Six Sigma? Bagus? Jawapannya pada pendapat aku ialah ia bergantung pada individu dalam sesebuah syarikat yang ingin mengamalkan Six Sigma ini. Cabaran paling utama apabila melaksanakan sesuatu inisiatif ialah mendapatkan sokongan penuh dari segenap lapisan pekerja, bukan hanya dari kalangan pengurusan semata-mata.

Acapkali kita lihat inisiatif yang dilaksanakan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam apabila gagal mendapat tempat di hati setiap individu. Kebanyakan pekerja memandang inisiatif sebegini hanya menambah beban kerja yang sedia ada, bukannya membantu mereka melaksanakan kerja dengan lebih mudah. Kebanyakan pekerja tidak ingin melibatkan diri bersungguh-sungguh kerana takut mereka akan menjadi tumpuan pihak pengurusan yang mana membawa kepada lebih banyak tanggungjawab tanpa lebih banyak wang yang masuk ke poket mereka. Kebanyakan pekerja memilih untuk pura-pura bersemangat kerana mereka tahu esok lusa, inisiatif baru pula akan muncul dan inisiatif lama akan dilupakan semua pihak. Jadi di mana silapnya?

Kebanyakan orang akan mengatakan bahawa memberi kepuasan kerja kepada semua orang tidak mudah. Aku setuju. Walau rambut sama hitam, hati lain-lain. Aku setuju. Mustahil? Aku tidak setuju. Kebanyakan orang akan mengatakan bahawa pihak pengurusan lebih memahami kepentingan inisiatif sebegini berbanding dengan para pekerja. Aku setuju. Pihak pengurusan lebih mempunyai "helicopter view". Aku setuju. Pandangan mereka lebih penting dari pandangan para pekerja? Aku tidak setuju.

Jadi, pada kita semua, marilah sama-sama kita fikir-fikirkan bagaimana cara terbaik untuk kita menyumbangkan ke arah kemajuan syarikat tempat periuk nasi kita, baik sebagai pekerja cari makan atau pun sebagai tokei beri makan. Sesekali, kita dengar kata-kata dari mulut orang lain setelah kita asyik mendengar kata-kata dari mulut kita sendiri. Yang penting... dengar guna telinga. Bukan dengar guna mulut.

Monday, December 11, 2006

How To Understand A Woman

Tengah surf web, terjumpa menatang nih:

How To Understand A Woman

1. Fine
This is the word women use at the end of any argument when they feel they are right but can't stand to hear you argue any longer. It means that you should shut up. (NEVER use Fine to describe how she looks. This will cause you to have one of those arguments.)


2. Five minutes
This is half an hour. It is equivalent to the five minutes that your football game is going to last before you take out the rubbish, so women feel that it's an even trade.

3. Nothing
Nothing means something and you should be on your toes. Nothing is usually used to describe the feeling a woman has of wanting to turn you inside out, upside down, and backwards. Nothing usually signifies an argument that will last Five Minutes and end with the word Fine.

4. Go Ahead (with raised eyebrows)
This is NOT permission; it's a dare! If you mistake it for permission, the result will be the woman will get upset over Nothing and you'll have a Five-minute discussion that will end with the word Fine.

5. Go Ahead (normal eyebrows)
This is NOT permission, either. It means I give up or do what you want because I don't care. You will get a raised eyebrow Go Ahead in just a few minutes, followed by Nothing and Fine and she will talk to you in about Five Minutes when she cools off.

6. Loud Sigh
This is not actually a word, but is still often a verbal statement. Very frequently misunderstood by men. A Loud Sigh means she thinks you are a complete idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you over Nothing.

7. Soft Sigh
Again, not a word, but a verbal statement. Soft Sighs are one of the few things that some men actually understand. It means she is momentarily content. Your best bet is to not move or breathe in the hope that the moment will last a bit longer.

8. Oh
This word-followed by any statement-is trouble. Example; Oh, let me get that. Or, Oh, I talked to him about what you were doing last night. If she says Oh before a statement, run, do not walk, to the nearest exit. She will tell you that she is Fine when she is done tossing your clothes out the window, but do not expect her to talk to you for at least two days.

9. That's Okay
This is one of the most dangerous statements that a woman can say to a man. That's Okay means that she wants to think long and hard before deciding what the penalty will be for whatever you have done. That's Okay is often used with the word Fine and in conjunction with a raised eyebrow Go Ahead. Once she has had time to plan it out, you are in for some mighty big trouble.

10. Please Do
This is not a statement, it is an offer. The woman is giving you the chance to come up with an excuse for what you have done. In other words, a chance to get yourself into even more trouble. If you handle this correctly, you shouldn't get a That's Okay.

11. Thanks
The woman is thanking you. Don't faint and don't look for hidden meaning. Just say you're welcome.


12. Thanks A Lot
Dramatically different from Thanks. A woman will say Thanks A Lot when she is really ticked off at you. It is usually followed by the Loud Sigh. This signifies that you have hurt her in some callous way. Be careful not to ask what is wrong after the Loud Sigh, as she will only tell you Nothing.

Hehe.. bukannya nak mengutuk sesape. Kalau ada yang terasa tu, mintak maaf la yer. Aku saje je letak benda nih kat sini, sebab nak korang berfikir sendiri, adakah korang betul-betul memahami jantina lain? Kalau korang lelaki, adakah ini yang korang rasa tentang wanita? Dan kalau korang wanita, adakah ini yang korang rasa tanggapan lelaki pada korang? Fikir-fikirkanlah dan cubalah kita sama-sama berusaha memahami orang lain supaya kita menjadi lebih bahagia hidup kat dunia mahupun kat akhirat kelak.

Sunday, December 10, 2006

Technology and Us

Excerpt from the movie 'Pulse':

"What was meant to connect us to one another, instead connected us to forces that we could've never imagined."

Pagi tadi lepas Subuh, aku melayan cerita Pulse. Mula-mula, persepsi aku ialah filem ni adalah satu lagi filem-filem hampeh sekumpulan dengan "The Net". Rupa-rupanya tanggapan aku silap. Walaupun bukan dalam golongan "A Rating" punya filem, tapi konsep yang cuba diketengahkan cukup untuk membuatkan aku berfikir. Berfikir tentang betapa tingginya pergantungan kita kepada teknologi. Berfikir tentang isu-isu 'privacy', 'online security' dan seumpamanya.

Bayangkan hidup kita hari ini. Siapa yang tidak mempunyai telefon bimbit? Siapa yang tidak menggunakan internet? Pakcik makcik kat kampung? Mereka juga menggunakan internet. Tak percaya? Bila mereka pergi ke bank untuk menyimpan atau mengeluarkan duit, sistem perbankan bersambung dengan internet. Bila mereka memohon kad pengenalan baru, sistem Jabatan Pendaftaran Negara bersambung dengan internet. Tahun depan, jika mereka membeli kereta baru, plet kereta mereka akan dilengkapi dengan 'IR Transmitter' yang boleh dibaca dengan pengimbas yang boleh bersambung dengan internet. Jadi siapa kata tiada orang yang mempunyai hubungkait dengan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini?

Bayangkan jika kita tidak lagi selamat seperti dulu. Ingin mencari dimana seseorang? Teknologi GPS boleh mencari lokasi seseorang walaupun dia menyorok di dalam bilik air rumahnya. Ingin mencari maklumat peribadi seseorang? Pelbagai sumber boleh dicapai melalui jalinan rangkaian menggunakan internet, walaupun mungkin bukan secara langsung. Dan bayangkan, jika kita tidak lagi perlu membayangkan perkara ini kerana teknologi tersebut memang ada.

Jadi hidup kita tidak lagi seperti dulu. Pergantungan kita kepada ICT sudah menjangkau batasan keperluan mewah. ICT sudah menjadi keperluan asas. Adakah ini sesuatu yang baik? Ya dan tidak. Ya kerana taraf hidup kita jauh lebih tinggi daripada dulu. Tidak kerana kita akan alpa dan leka dengan pergantungan kita hingga kita lupakan asas komunikasi yang utama iaitu kualiti perhubungan kita dengan insan lain.

Jadi, fikir-fikirkanlah, bagaimana menggunakan teknologi kepada sesuatu yang bermanfaat buat diri kita semua dan bagaimana untuk menjaga diri kita daripada terdedah kepada ancaman-ancaman baru zaman siber hari ini.

Thursday, December 7, 2006

Blaming Culture

Dalam sibuk-sibuk kita nak mencapai negara maju ni, rupa-rupanya ada juga banyak perkara yang kita semakin mundur. Dalam sibuk-sibuk kita ingin mencapai taraf global, rupa-rupanya ada juga banyak perkara yang kita semakin lokal. Perkara yang aku nak sentuh ialah pasal 'blaming culture' atau orang lokal sebut 'budaya menyalahkan orang lain'.

Smalam petang, salah seorang rakan serumah aku bercerita bagaimana apabila berlaku sesuatu masalah dan kekalutan, bermulalah adegan menyalahkan orang lain dan lepas tangan. Masing-masing lebih menumpukan tenaga untuk mencari siapa yang salah dan bukannya menumpukan tenaga untuk mencari penyelesaian masalah dan 'preventive actions' untuk memastikan masalah tidak timbul lagi pada masa akan datang.

Yang menariknya, perkara sebegini seolah-olah semakin berleluasa hari ini setelah pelbagai langkah diambil oleh pihak pengurusan (baik syarikat, mahupun negara). Teknik 'root cause problem solving' digunakan oleh sesetengah pihak untuk mencari kesalahan orang dan bukannya kelemahan sistem. Ketelusan yang dipromosikan oleh PM kita dijadikan saluran oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan musuh-musuh politik mereka. Boleh majukah kita sebegini rupa? Boleh globalkah kita dengan cara ini?

Yang bertambah menariknya, masa dok aku cuba mencari gambar-gambar yang sesuai untuk menunjukkan tema 'blame' untuk 'post' aku ni, terjumpa pula gambar yang aku tunjukkan di atas tu. "The secret to success is knowing who to blame for your failures". Agaknya, ini mantra baru yang diorang semua pakai kot? Entahlah...

Wednesday, December 6, 2006

Anger Management

Smalam terkedu sekejap bila aku mendengar cerita betapa penyabarnya seorang kawan aku ni. Dia banyak kali disakiti hati dek kawan baik dia. Akan tetapi, dia tetap berkawan lagi dengan kawan dia tu. Alasan yang kawan aku beri mudah aje. Dia tak nak hilang kawan. Dia taknak sakitkan hati orang lain walau macam mana pun orang tu sakitkan hati dia.

Bila dengar cerita dia, yang mana kadang-kadang dia terasa macam diri dia sampah; ditendang, dipijak, dicampak sesuka hati, tapi dia akan cepat-cepat beristighfar dan menginsafi diri dia sendiri kerana buruk sangka dengan orang lain. Aku cuba menguji dia dengan mengatakan orang yang tak menghargai kawan dia bukan lah kawan yang baik. Dan dia pun ada perasaan dan jangan terlalu menjaga hati orang lain sampai mengorbankan hati sendiri. Apa kata dia? Dia masih lagi boleh bersabar dan berserah pada Allah.

Seumur hidup aku, ini kali pertama. Pintu hatiku diketuk, oleh dua wanita. Ehehehe.. silap. Ni lirik lagu sana tunggu sini menanti. Apa yang aku nak tulis, seumur hidup aku, ini kali pertama aku berjumpa dengan orang yang begitu penyabar. Entah apa yang dia makan atau amalkan, aku pun tak pasti. Yang aku tau, dia mempunyai kelebihan untuk mampu tersenyum walau berjumpa dengan orang yang paling membenci dia. Aku? Jumpa tapak kaki pun belum tentu mampu tersenyum lagi.

Kalaulah dia boleh buat dan amalkan begini, kenapa tidak orang lain? Kenapa kita lagi suka memaki dari memuji? Kenapa kita lagi suka membenci dari mencintai? Kenapa kita lagi suka berbunuhan dari bekerjasama dan tolong menolong? Dunia sudah akhir zaman? Fikir-fikirkanlah...

Monday, December 4, 2006

New Acceptable Form Of Bribe?

Sejak akhir-akhir ni, aku tengok banyak betul cara yang orang gunakan untuk memastikan yang perniagaan mereka berjalan dengan lancar dan maju. Ada yang menggunakan taktik 'menyerang' pesaing mereka secara 'terbuka' seperti mana yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sekarang. Ada pula yang menggunakan taktik 'mengambil hati' pelanggan secara terang-terangan.

Apa yang aku ingin utarakan hari ini ialah taktik kedua yang aku sebutkan di atas. Mungkin ramai yang menganggap perkara tersebut adalah norma perniagaan hari ini dan menjadi asas penting untuk kemajuan sesebuah perniagaan. Aku tak nafikan, menjaga kepentingan pelanggan itu penting. Apa yang aku musykil ialah cara mereka menjaga kepentingan pelanggan atau bakal pelanggan itu.

Acapkali aku lihat dan pernah mengalami sendiri bilamana seorang wakil syarikat yang menjadi pelanggan diberikan bermacam-macam pemberian, baik dari segi 'belanja makan', hinggalah kepada 'belanja bermain golf'. Ada yang diberi 'hamper' semasa musim perayaan, dan ada yang diberi 'ole-ole' bila berjumpa. Hari ini, walaupun memang jelas jarang sekali ada yang memberi wang tunai sebagai ganjaran, tetapi pada aku, taktik-taktik yang diamalkan dan yang menyedihkan, yang diterima pakai oleh ramai orang, adalah satu bentuk baru rasuah.

Aku tahu dan pernah dengar dari mulut mereka yang rapat dengan aku, bahawa amalan sebegini bukan rasuah, cuma satu bentuk 'entertainment allowance' yang memang sudah diperuntukkan oleh syarikat. Aku pernah dengar yang mereka mengatakan amalan sebegini penting untuk memastikan kepuasan pelanggan atau istilah masa kini dikenali sebagai 'customer focus'. Apa yang menghairankan aku ialah kenapa kepuasan pelanggan ini diberi kepada individu tertentu sahaja? Dan kenapa pula kepuasan pelanggan ini tidak sebenar-benarnya memberi kepuasan kepada pelanggan dalam erti kata sebenarnya? Maksud aku ialah, pelanggan sebenar di sini tidak lain dan tidak bukan ialah syarikat yang menjadi pelanggan. Bukannya individu yang bekerja di syarikat tersebut!

Banyak cara boleh dilakukan untuk memberi kepuasan pelanggan yang sejati. Sebagai contoh, katakanlah kita mendapat kontrak bernilai RM10,000 untuk menukar 100 kerusi baru di pejabat pelanggan. Apa salahnya jika kita memberi sebuah kerusi tambahan sebagai hadiah daripada kita membelanjakan kos yang sama untuk memberi kepuasan kepada pekerja yang berurusan dengan kita dengan makan di hotel dengan kos RM100?

Fikir-fikirkanlah para bos, pekerja, penjual, pemborong, pembekal, pembeli, ejen, atau para apa sahaja yang korang jawat. Jangan di hari penentuan kelak, baru kita nak tergadah. Rasuah atau bukan rasuah, mungkin hanya Allah yang dapat menentukan. Tapi kita makhluk yang diberi nikmat untuk berfikir. Jangan persia-siakannya.

Sunday, December 3, 2006

CYA!

Heh.. teringat lak cerita masa salah sorang kawan aku pasal "CYA" atau istilah penuh dia "Cover Your A**" atau dalam bahasa melayu, "Jaga B***** Sendiri". Kawan aku sorang ni cakap yang para pengurus kat jabatan dia bekerja lebih suka mengamalkan "CYA" dalam banyak perkara.

Aku nak komen lebih-lebih, aku sendiri pun tak tau macam mana nak komen. Apa korang rasa kalau korang kat tempat para pengurus tu? Adakah korang mahu mendedahkan belakang korang untuk disebat, ditendang, ditontoni sesuka hati?

Apa-apa pun, pada pendapat aku, "CYA" perlu dalam hidup bekerja. Orang lagi mudah ingat kesalahan kita daripada kebaikan kita. Itu norma kehidupan yang tak dapat nak disangkal. Cuma kena sentiasa ingat, "CYA"lah asal jangan menyusahkan orang lain, dan jangan membuatkan orang lain benci pada kita. Itu apa yang aku rasa aku buat. Korang pulak macam mana? Hmmm....

Friday, December 1, 2006

Baby Thrown Down From Flat

From New Straits Times online:

KUALA LUMPUR: The newborn baby may have been still alive when it was placed in a rotting mess of kitchen refuse and hurled down an apartment block in Jalan Pudu Ulu, Cheras, yesterday.

When a sweeper found the infant with its umbilical cord still attached at 7.15am, it had been dead for two to three hours.

The back of the baby’s head had been crushed, most probably from the impact of the fall.

Police are trying to determine the unit from which the baby was thrown.

Huh! Gila apa manusia zaman sekarang ni? Buat anak reti, nak jaga anak tak reti. Dah la tak reti, yang pegi bunuh nye budak tak berdosa tu kenapa? Masya-Allah... memang dunia dah akhir zaman betul. Nilai harga manusia lagi rendah dari sampah sarap!

Aku bila terbaca berita ni, rasa sedih dan marah sesangat. Kot ye pun tak mampu nak bela budak tu sampai dia besar, cari lah sesiapa yang boleh bela. Ramai pasangan-pasangan kat dunia nih yang berpuluh tahun mencuba. Berpuluh tahun berdoa. Berpuluh tahun meminta. Ini sedap-sedap nak sedap, lepas tu sedap-sedap nak sedap.

Bila fikir-fikirkan balik, kenapa kes macam gini boleh terjadi? Adakah salah si ibu? Adakah salah si bapa? Adakah salah kerajaan? Adakah salah masyarakat? Dalam pada kita mengejar status negara maju, tak disangka-sangka (atau adakah memang sudah dijangka?), perangai rakyat kita semakin hanyut seperti negara maju. Masalahnya, tak pulak kita ikut perangai rakyat negara maju yang bersemangat tinggi, rajin bekerja, tidak mengharap belas ehsan orang lain semata, berilmu tinggi dan lain-lain lagi perangai yang baik-baik.

Pada mereka yang ada anak, atau dalam proses nak ada anak, cubalah renungkan kembali. Bagaimana cara kita mendidik anak-anak kita. Bagaimana cara kita menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak kita. Bagaimana cara kita mengukuhkan jati diri mengikut landasan agama masing-masing di jiwa anak-anak kita. Dan yang paling penting, bagaimana cara kita untuk memberi teladan dan contoh yang baik buat anak-anak kita. Jangan pula jadi "bapa borek, anak rintik". Beringatlah kita, yang anak-anak adalah tanggungjawab yang diamanahkan pada kita.. bukan sekadar "side effect" pada nafsu serakah kita.