Tuesday, December 26, 2006

Unconditional Love

Mampukah kita menyayangi seseorang tanpa mengharapkan balasan?
Mampukah kita menyayangi seseorang tanpa mengira keadaan?
Mampukah kita menyayangi seseorang tanpa mendapat harapan?

Persoalan sebegini sering menghantui diri kita, apatah lagi bagi mereka yang ingin mencintai dan dicintai. Namun, adakah diri kita bersedia untuk memberikan cinta dan kasih sayang yang sejati? Adakah diri kita mampu memberikan cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi walau apa sekalipun keadaan?

Sebagai manusia yang serba lemah, kita tidak boleh lari dari meletakkan 'condition' atau syarat kepada cinta dan kasih sayang yang kita beri. Kita mahu kasih sayang kita berbalas. Kita mahu kasih sayang kita mempunyai erti bagi memuaskan hati nurani kita. Kita mahu segala pengorbanan yang kita berikan memberi hasil dan pulangan kepada kehendak kita. Tapi benarkah kasih sayang tanpa syarat atau 'unconditional love' ini mustahil untuk wujud?

Pernahkah kita bertanya pada diri kita, sekiranya orang yang kita sayangi tidak lagi menyayangi kita, adakah kita akan terus menyayangi dia? Bagaimana sekiranya dia membenci kita terang-terangan? Bagaimana sekiranya dia tidak mempunyai tenaga empat kerat untuk menyayangi kita? Bagaimana sekiranya dia tidak lagi kenal orang sekeliling dia? Bagaimana sekiranya dia tiada lagi di dunia ini?

Aku percaya, ramai di kalangan kita yang mampu melakukan sebegitu. Ikatan kasih sayang mereka lebih utuh daripada menara PETRONAS. Adakah kita pernah cuba untuk mencapai kekuatan sedemikian? Apakah rahsia mereka? Aku percaya yang segala-galanya kembali pada niat asal kita. Jika niat kita menyayangi seseorang itu betul dan penuh keikhlasan, kita mampu menyayangi mereka tanpa sebarang syarat. Mampukah kita begitu?

1 comment:

Ifa Alyana said...

hehe.. ko dah ada yg disayangi ehh.. kuang kuang