Monday, December 25, 2006

New Update.. Or Lack Of One

Ehem... dua tiga hari ni, aku terasa malas sekali nak 'mengupdate' blog ni. Bukannya apa, cuma hidup terasa kosong memandangkan rumah yang aku duduk ni memang kosong sebab aku tinggal sorang-sorang. Jadi banyak masa dihabiskan dengan makan, tidur, tengok tv, layan dvd, main game dan 'mengupdate' tag lagu-lagu mp3 yang dah lama tak bersentuh.

Walaupun begitu, sekurang-kurangnya, beberapa objektif aku tercapai di cuti panjang hujung minggu kali ni. Aku berjaya pergi ke Giant membeli barang-barang keperluan. Aku berjaya 'mengupdate' koleksi tag lagu-lagu sampai ke 'Frank Sinatra'. Aku berjaya melayan koleksi baru DVD housemate aku sampai abis. Hehe.. adakah itu satu kejayaan bagi aku? Mungkin ya.. mungkin tidak... huaaa!!!


3 comments:

Ifa Alyana said...

hehe.. cian ko. if aku ada, leh main masak2.. or g air terjun.

er.. masa minum teh ngan fala jumaat lepas, dia kata.. ahad dia balik kuantan.

Unknown said...

hari isnin baru dia balik kuantan.

Anonymous said...

that's a whole lot of achievement in one weekend!