Wednesday, December 13, 2006

Six Sigma

Six Sigma sekarang ni menjadi buah mulut dan pujaan hati banyak syarikat. Pihak pengurusan kagum dengan cerita-cerita kejayaan yang dikecapi oleh syarikat-syarikat lain yang mengorak langkah untuk mengamalkan metodologi Six Sigma. Tidak terkecuali ialah syarikat di tempat aku bekerja. Jadi, apakah sebenarnya Six Sigma ni?

Di sini aku paparkan maksud ringkas Six Sigma berdasarkan laman web "Six Sigma Tutorial" :

"Six Sigma stands for Six Standard Deviations (Sigma is the Greek letter used to represent standard deviation in statistics) from mean. Six Sigma methodology provides the techniques and tools to improve the capability and reduce the defects in any process.

It was started in Motorola, in its manufacturing division, where millions of parts are made using the same process repeatedly. Eventually Six Sigma evolved and applied to other non manufacturing processes. Today you can apply Six Sigma to many fields such as Services, Medical and Insurance Procedures, Call Centers."

Jadi apa pendapat korang tentang Six Sigma? Bagus? Jawapannya pada pendapat aku ialah ia bergantung pada individu dalam sesebuah syarikat yang ingin mengamalkan Six Sigma ini. Cabaran paling utama apabila melaksanakan sesuatu inisiatif ialah mendapatkan sokongan penuh dari segenap lapisan pekerja, bukan hanya dari kalangan pengurusan semata-mata.

Acapkali kita lihat inisiatif yang dilaksanakan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam apabila gagal mendapat tempat di hati setiap individu. Kebanyakan pekerja memandang inisiatif sebegini hanya menambah beban kerja yang sedia ada, bukannya membantu mereka melaksanakan kerja dengan lebih mudah. Kebanyakan pekerja tidak ingin melibatkan diri bersungguh-sungguh kerana takut mereka akan menjadi tumpuan pihak pengurusan yang mana membawa kepada lebih banyak tanggungjawab tanpa lebih banyak wang yang masuk ke poket mereka. Kebanyakan pekerja memilih untuk pura-pura bersemangat kerana mereka tahu esok lusa, inisiatif baru pula akan muncul dan inisiatif lama akan dilupakan semua pihak. Jadi di mana silapnya?

Kebanyakan orang akan mengatakan bahawa memberi kepuasan kerja kepada semua orang tidak mudah. Aku setuju. Walau rambut sama hitam, hati lain-lain. Aku setuju. Mustahil? Aku tidak setuju. Kebanyakan orang akan mengatakan bahawa pihak pengurusan lebih memahami kepentingan inisiatif sebegini berbanding dengan para pekerja. Aku setuju. Pihak pengurusan lebih mempunyai "helicopter view". Aku setuju. Pandangan mereka lebih penting dari pandangan para pekerja? Aku tidak setuju.

Jadi, pada kita semua, marilah sama-sama kita fikir-fikirkan bagaimana cara terbaik untuk kita menyumbangkan ke arah kemajuan syarikat tempat periuk nasi kita, baik sebagai pekerja cari makan atau pun sebagai tokei beri makan. Sesekali, kita dengar kata-kata dari mulut orang lain setelah kita asyik mendengar kata-kata dari mulut kita sendiri. Yang penting... dengar guna telinga. Bukan dengar guna mulut.

6 comments:

akram said...

Congrats!

Unknown said...

Congrats? Y?

Ifa Alyana said...

Yup! CONGRATULATIONS to succesful 6 Sigma applicants!

I got that news 3 dyas ago actually.. heee

Unknown said...

Huh.. camno orang KL leh dapat news 3 days ago? Conspiracy theory?

akram said...

congrats sbb dpt 6 sigma ler.. aku dah tahu since 15th... heheh

nurfarehan said...

salam..maaf menganggu saya merupakan student dari UTHM ingin bertanya..mengapakah sesetengah organisasi tidak mahu melaksanakan six sigma?