Hari ini semasa membelek-belek e-mel yang diterima, aku tertarik dengan salah satu "chain mail". Antara kandungannya ialah tentang tiga perkara yang paling sukar untuk kita luahkan:
1) I Love You
2) I'm Sorry
3) Help Me
Entah mengapa, terasa kebenarannya. Ungkapan "I Love You" begitu berat untuk diucapkan melainkan dengan penuh keberanian dan keikhlasan. Mungkin ramai di antara kita yang mudah meluahkan kata-kata cinta. Tetapi mampukah kita menyulaminya dengan keikhlasan? Mampukah kita berpegang pada kata-kata tersebut? Mampukah kita bermuhasabah diri melihat semua niat kita?
Ungkapan kedua pada aku lebih sukar lagi khasnya buat mereka yang mempunyai kedudukan, pangkat dan harta. Kita sebagai manusia yang serba lemah tidak lari dari membuat kesilapan. Akan tetapi, apabila kita membuat silap, beranikah kita mengakui kesilapan kita? Ungkapan "I'm Sorry" tampak mudah dituturkan, tetapi kita harus ingat, dengan ucapan kata kita, ia sebenarnya datang dengan tanggungjawab yang besar. Dosa pada manusia lebih payah daripada dosa dengan Tuhan. Selagi kita tidak dimaafkan, selagi itulah dosa kita tercatit. Dengan mengungkapkan "I'm Sorry" dengan penuh keikhlasan, kita bukan sahaja penuh berharap agar kesilapan kita dimaafkan, tetapi juga bermakna kita menyesali kesilapan lampau kita. Kita berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Kita bersungguh-sungguh untuk menebus kembali kesilapan kita dengan apa cara sekalipun. Berat bukan?
Ungkapan yang ketiga lebih menjadi ungkapan yang sukar kerana ego diri kita masing-masing. Siapa yang mahu mengaku lemah? Adakah meminta bantuan itu menunjukkan kelemahan kita? Adakah dengan meminta pertolongan, kita akan dipandang kerdil di dalam dunia yang serba mencabar dan 'ever-demanding' hari ini? Jika perkara sebegini terlintas di hati kita, bermakna beratlah cabaran kita untuk menurunkan ego kita dan meminta pertolongan dari orang lain yang lebih berkelayakan, tidak kira daripada bos kita, ataupun anak buah kita.
Jadi sama-sama kita renung kembali diri kita masing-masing... kuatkah semangat kita dan beranikah kita untuk menanggung tiga ungkapan di atas itu...
4 comments:
love you fuad... hehe..
senang jer...
Hish... geli.
hehe.. i love u guys.. mesti tak geli ko dgr kan..
hehe
Hehe.. ko ok laa.
Post a Comment