Wednesday, May 30, 2007

Functions of Management

Dari Wikipedia:

Functions of Management
Management operates through various functions, often classified as planning, organizing, leading/motivating and controlling.

* Planning: deciding what needs to happen in the future (today, next week, next month, next year, over the next five years, etc.) and generating plans for action.

* Organizing: making optimum use of the resources required to enable the successful carrying out of plans.

* Leading/Motivating: exhibiting skills in these areas for getting others to play an effective part in achieving plans.

* Controlling: monitoring — checking progress against plans, which may need modification based on feedback.

Kadangkala, aku sedikit keliru dengan cara kita memilih orang untuk dijadikan sebagai pengurus. Aku tak nafikan, kebanyakan golongan pengurusan memang berkeupayaan hebat. Bijak dalam menentukan halatuju seluruh organisasi. Bijak dalam menerokai peluang-peluang baru yang memberi keuntungan. Bijak dalam membawa organisasi ke dimensi baru yang lebih mencabar dan lebih bermanfaat. Tapi sayangnya, tidak sedikit pula yang hanya bijak membesarkan poket sendiri. Hanya bijak dalam memilih jalan mudah walaupun menyusahkan orang lain. Hanya bijak menjaga punggung sendiri. Hanya bijak mencapai KPI diri sendiri dan membuka peluang kenaikan pangkat dan gaji untuk diri sendiri.

Apa yang aku lihat, kita semakin hari semakin ketandusan golongan pengurusan yang mampu menjana idea-idea bernas untuk menjadikan sesebuah organisasi lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat dunia. Kita semakin kekurangan golongan pengurusan yang berjuang demi membantu semua lapisan "stakeholder" di dalam sesebuah organisasi, termasuklah lapisan pekerja. Kita semakin kurang melantik orang yang berwibawa, berdedikasi dalam bidang pengurusan
serta mempunyai ciri-ciri pemimpin yang tinggi tetapi kita lebih tertumpu untuk melantik orang yang bijak pandai dalam bidang operasi sebagai pengurus.

Apakah ini berpunca dari kelemahan sistem pendidikan negara? Atau ini berpunca dari sikap dan persekitaran rakyat negara kita yang begitu mementingkan kekayaan dan kuasa? Atau ini berpunca dari kegagalan diri kita untuk balajar dari kesilapan yang lalu dan berganding bahu untuk mencapai yang terbaik bagi syarikat? Atau ini berpunca dari sebab-musabab lain?

Bila dilihat situasi sebegini yang banyak berlaku di negara kita, aku terfikir, di manakah kita akan berada 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? Wujudkah lagi organisasi tempat kerja kita pada masa itu? Wujudkah lagi negara Malaysia yang makmur sentosa dan bebas merdeka pada masa itu?

Tuesday, May 29, 2007

The Truth

Dari Wikipedia:

A common dictionary definition of truth is "agreement with fact or reality".

There is no single definition of truth about which the majority of philosophers agree. Many theories of truth, commonly involving different definitions of "truth", continue to be debated. There are differing claims on such questions as what constitutes truth; how to define and identify truth; what roles do revealed and acquired knowledge play; and whether truth is subjective, relative, objective, or absolute. This article introduces the various perspectives and claims, both today and throughout history.

Beranikah kita berkata benar? Adakah kita lebih selesa berbohong untuk menjaga hati orang lain daripada berkata benar dan menanggung risiko dibenci, dicaci, dihina atau ditertawakan? Adakah wujud istilah "bohong sunat"?

Aku? Kadangkala aku berbohong. Pengakuan ikhlas. Aku tidak mahu berbohong, tetapi kadangkala, hawa nafsu aku menggoda aku untuk berbohong. Aku tidak mahu berbohong, tetapi kadangkala, aku merasakan berbohong adalah jalan mudah untuk aku lari dari kebenaran. Lari dari masalah. Lari dari kekalutan. Aku tidak mahu berbohong, tetapi aku rasakan, seolah-olah ada perkara lain yang lebih utama daripada berkata benar. Menjaga perasaan orang lain lebih utama. Menjaga persepsi orang lain terhadap aku lebih utama. Dihormati dan disegani lebih utama.

Dan mampukah kita menerima kebenaran walaupun pahit daripada mendengar kata-kata bohong yang manis? Mampukah kita menerima teguran kerana kesalahan kita atau kita marah, geram, dan benci apabila kita mendengar kata-kata benar?

Aku? Tegurlah aku. Dengan selembut mungkin. Dengan seberapa berhikmah boleh. Aku lebih suka kalau orang lain berkata benar padaku, agar aku dapat menjadi lebih baik, daripada berkata manis tetapi tidak membawa kepada kebaikan untuk aku. Aku lebih menghargai kata-kata teguran dari kata-kata pujian, khususnya yang secara baik dan untuk membina diri aku. Aku lebih tersentuh jika orang yang menyayangi aku berkata yang benar walaupun mungkin aku akan bermurung, bersedih, atau kecewa daripada orang yang menyayangi aku berkata bohong semata-mata untuk menggembirakan aku, tidak menyusahkan aku, atau kerana takut aku marah.

Monday, May 28, 2007

Ego, Proud or Arrogant?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan orang yang berpangkat lebih rendah kurang pengalaman dan pengetahuan serta tidak boleh diberikan tanggungjawab yang besar?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan diri kita adalah hasil didikan yang terbaik, yang patut dicontohi oleh semua ibu bapa di dunia, dan patut diterapkan di dalam kurikulum hidup semua manusia lain?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan kata-kata yang zahir dari mulut kita sendiri adalah lebih manis, enak, empuk, menyegarkan, bermakna, mudah difahami tetapi patut dikagumi, sedangkan kata-kata yang sama apabila zahir dari mulut orang lain kurang sedap, tidak cukup masin, membosankan, malah mungkin juga menjijikkan?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan keputusan yang cemerlang hasil dari tindakan yang kita ambil, adalah hasil kreativiti, titik peluh dan keberanian diri kita tetapi apabila mendapat keputusan yang buruk, ia adalah hasil kegagalan orang lain untuk menerima pakai idea kita, kemalasan orang lain, serta mungkin kerana salah persekitaran?

Jawapan:
Kerana kita manusia yang mudah lupa. Mudah lupa akan siapa diri kita. Mudah lupa akan kenapa kita wujud. Mudah lupa akan siapa yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Mudah lupa akan janji Tuhan kepada semua manusia di hari kemudian.

Sunday, May 27, 2007

Past, Present & Future

Hari ini, aku terfikir tentang pelajaran Sejarah yang kita ambil semasa di sekolah dulu. Berapa ramaikah antara kita yang suka mata pelajaran yang dianggap paling sukar dan membebankan ini? Berapa ramaikah antara kita yang percaya bahawa subjek yang diajar akan berguna kepada kita di alam pekerjaan nanti, baik sebagai seorang doktor, jurutera, pakar IT mahupun sasterawan? Berapa ramaikah antara kita yang memahami sejarah negara kita dan bukan sekadar menghafal fakta-fakta dan tahun peristiwa?

Hari ini, aku terfikir tentang Sejarah setelah menonton cerita Stomp The Yard lakonan Columbus Short dan Meagan Good. Ringkasan plot cerita tersebut di IMDB.com:

"After the death of his younger brother, a troubled 19-year-old street dancer from Los Angeles is able to bypass juvenile hall by enrolling in the historically black, Truth University in Atlanta, Georgia. But his efforts to get an education and woo the girl he likes are sidelined when he is courted by the top two campus fraternities, both of which want and need his fierce street-style dance moves to win the highly coveted national step show competition."

Jadi apa kaitan Stomp The Yard dengan sejarah hinggakan aku boleh mengutarakan persoalan tentang subjek Sejarah di sini? Sebenarnya salah satu plot di dalam cerita tersebut yang telah membuatkan aku terfikir. Plot di mana watak April bertanyakan soalan berikut semasa di akhir sesi tutorial subjek Sejarah:

"What was the difference between Republicans' and the Democrats' political response to the Great Depression in the 1930s?"

Dan jawapan yang diberikan oleh DJ:

"But by political response, were you referring to the Republicans' belief that the marketplace will correct itself as opposed to the New Deal laid out by the Democrats?"

Aku terfikir, adakah kurikulum pelajaran Sejarah yang kita lalui di zaman sekolah dahulu benar-benar menjadi asas kepada kita untuk membuka minda agar mempelajari kesan atau impak sesuatu peristiwa agar dapat dijadikan tauladan ataupun sempadan di dalam kita menghadapi cabaran hidup akan datang atau sekadar untuk mengagung-agungkan tokoh-tokoh silam? Bukan maksud aku untuk merendah-rendahkan pengorbanan dan perjuangan mereka. Cuma aku tidak yakin dengan keberkesanan kurikulum Sejarah yang sedia ada mampu untuk menghasilkan modal insani bermutu yang dikehendaki negara.

Kita masih nampak rakyat negara kita yang memandang tinggi orang Barat dan memperlekehkan orang Timur walaupun kita tahu sejarah menceritakan kedatangan Barat ke negara kita satu ketika dulu untuk mengejar "Gold, Glory & Gospel". Kita masih mengagung-agungkan harta, pangkat dan darjat walaupun kita tahu sejarah mengajar tentang kejatuhan Kerajaan-Kerajaan Melayu Lama disulami oleh perasaan tamak haloba. Kita masih mengikut secara membuta tuli walaupun sejarah mengajar tentang keperitan dan kejerihan hidup kerana terlalu fanatik dengan sesuatu pandangan atau pendapat yang disulami dengan niat-niat tertentu oleh sesetengah pihak sepertimana terjadi di awal kemerdekaan kita. Apakah yang kita pelajari dari mata pelajaran Sejarah hari ini yang dapat menjadikan kita bangsa dan rakyat Malaysia yang kukuh, bersatu padu, aman, damai, tidak bersikap prejudis, tidak bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri, serta berusaha keras untuk menjadikan diri kita di kemuncak peradaban dunia dan bukan sekadar untuk kepuasan dan kesenangan diri sendiri semata-mata?

Persoalan yang ingin aku utarakan sekarang... mampukah kita mengubah diri kita, agar satu hari nanti, sejarah hidup kita akan tertera di dalam buku-buku Sejarah, bukan hanya sekadar untuk dihafal, tetapi untuk menjadi panduan, pedoman dan sumber inspirasi kepada generasi kita akan datang?

Mampukah kita?

Saturday, May 26, 2007

Back Home & Interview

Seronok rasanya dapat balik ke rumah. Balik ke daerah Kluang tercinta. Bertemu dengan ibu tercinta. Bertemu dengan orang yang tercinta. Hehe.

Aku bertolak balik pada hari Jumaat, tepat jam 8.35 malam. Perjalanan agak membosankan, tetapi semangat untuk pulang ke kampung halaman menguatkan azam aku untuk memandu berhati-hati walaupun kadangkala agak sedikit terlebih laju.

Alhamdulillah aku selamat tiba dan seterusnya dapat menikmati hujung minggu paling bahagia dalam hidup aku selama ini. Hari Isnin, aku dan tunang tersayang bersama-sama menjejak kaki ke Pejabat Agama Daerah Kluang untuk menghantar borang permohonan pernikahan dan seterusnya menjalani temuduga. Ya, di Johor, kami perlu menghadapi temuduga untuk memastikan bakal pengantin "bersedia" untuk melaksanakan rukun-rukun bab munakahat di samping memastikan bakal pengantin bersedia dari segi rukun-rukun yang lain seperti Tauhid dan Ibadah. Alhamdulillah, temuduga yang dihadapi tidak mendatangkan halangan kepada kami, terima kasih pada Uncle Effendi (bakal menjadi Ayah Effendi... mudah-mudahan).

Menurut apa yang aku dengar, ada juga bakal pengantin yang terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka kerana belum "bersedia". Ada yang gugup bila diminta membaca Al-Fatihah. Ada yang menggeletar jari jemari menghitung rukun solat. Dan yang paling menyedihkan, ada juga yang terbelit lidah untuk mengucap dua kalimah syahadah!

Betapa sedihnya aku mendengar cerita-cerita tersebut. Aku tahu, diri aku hanya bertuah sedikit daripada itu. Aku tahu, rata-rata, masyarakat kita yang semakin maju, turut menyaksikan ramai yang hanyut dengan kemajuan. Dan di dalam khutbah Jumaat semalam, aku ngeri apabila mendengar antara tanda-tanda kiamat ialah apabila wanita melakukan hubungan sejenis di atas jalan secara terbuka tanpa segan silu dan orang yang paling baik "bertaraf" Abu Bakar dan Umar pada masa itu ialah orang yang meminta mereka ketepi sedikit kerana mengganggu lalu lalang orang lain. Dan aku terfikir, mudah-mudahan aku tidak sampai ke masa huru hara di detik akhir zaman itu nanti kerana belum tentu aku mampu terselamat. Dan aku juga terfikir, adakah detik itu masih jauh lagi, atau sudah ada situasi tersebut hari ini?

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana tidak lama lagi, aku tidak akan berseorangan menghadapi pancaroba hidup. Aku bersyukur kerana masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Aku bersyukur kerana aku masih kenal diri aku dan agama aku.

Yang pasti, aku sentiasa berdoa mudah-mudahan hari esok, aku adalah senantiasa lebih baik berbanding aku semalam. Amin.

Wednesday, May 16, 2007

Abort, Retry, Fail?

Daripada wikipedia:

Abort, Retry, Fail? is a catch-all error message displayed by MS-DOS when it is unable to read necessary data from media.

The message would prompt the user to hit "A" to abort the operation, "R" to try reading the data again, or "F" to attempt to proceed without the necessary data. Since it would not allow the user to proceed unless they picked one of the three options, and because usually none of the options would result in any progress, it has become programmer parlance for uncompromising, vague error messages.

The only option that offered any hope of a solution was Retry since it would attempt to retry the previous operation. If a storage device was starting to become corrupt, the result would be variable, so Retry might just work. Fail would just tell the application that it could not complete the operation (in which case, the user would have to seek an alternative means of accomplishing his task), and Abort was supposed to stop the application (the user could choose this if he got completely fed up).

Sometimes, this message would be Abort, Retry, Ignore, Fail? This often made no difference in the ability to make any progress. The Ignore option would just hand some 'default' data back to the application that requested the operation, and the user would have to hope that this 'default' data would not interfere with the operation of the program (although usually, it would).

Aku terfikir berkenaan istilah "Abort, Retry, Fail?" ini apabila aku berbincang dengan salah seorang pengurus di tempat kerja aku berkenaan dengan keputusan kajiselidik berkenaan "People Commitment Index" atau dalam bahasa Melayu dipanggil Indeks Komitmen Pekerja (ye ke?). Pada pendapat dia, keputusan kajiselidik tempat kerja aku agak rendah terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat elaun teknikal kerana masa dilakukan kajiselidik tersebut tidak sesuai, iaitu selepas pihak pengurusan baru sahaja mengumumkan kewujudan elaun teknikal kepada para pekerja, yang mana hanya segelintir sahaja yang layak mendapatnya. Aku tidak menyanggah pendapat pengurus tersebut. Mungkin betul. Mungkin tidak. Aku tidak tahu jawapannya.

Cuma yang ingin aku utarakan, ialah kenapa kita mudah sangat membuat kesimpulan tanpa membuat kajian menyeluruh dan mendalam berkenaan punca sebenar keputusan sedemikian diperolehi. Apakah memang benar puncanya elaun teknikal semata-mata? Atau kerana pekerja tidak serius dalam mengisi borang kajiselidik? Atau kerana tiada ruang lain untuk pekerja meluahkan isi hati mereka dan menganggap borang kajiselidik sebagai tempat untuk melepaskan geram? Atau kerana memang benar pengurusan syarikat aku bekerja masih banyak perlu diperbaiki? Adakah kita hanya perlu memilih untuk "Abort, Retry, Fail" apabila perkara sebegini berlaku?

Mungkin salah aku untuk meluahkan kesimpulan sebegini. Mungkin aku hanya memilih "Fail" sebelum "Retry" dan "Abort" sebelum "Fail". Apa pun, yang pasti, aku mengharapkan agar perubahan berlaku secara menyeluruh ke arah kebaikan. Pekerja perlu berubah. Pengurusan perlu berubah. Aku perlu berubah.

p/s: Klik gambar untuk membesarkannya. Agak-agak, korang percaya ke nak menaiki pesawat Aeormar Airlines?

Monday, May 14, 2007

Can We?

Aku terbaca di dalam laman blog resipikawin.blogspot.com:

Kewajipan Dan Tanggungjawab
Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata Al-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (Al Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumahtangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasulNya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Persoalan sekarang... mampukah kita? Bersediakah kita?

Sunday, May 13, 2007

Babel

Ringkasan plot cerita Babel daripada laman web IMBD yang baru selesai aku tonton:

"4 interlocking stories all connected by a single gun all converge at the end and reveal a complex and tragic story of the lives of humanity around the world and how we truly aren't all that different. In Morocco, a troubled married couple are on vacation trying to work out their differences. Meanwhile, a Moroccan herder buys a rifle for his sons so they can keep the jackals away from his herd. A girl in Japan dealing with rejection, the death of her mother, the emotional distance of her father, her own self-consciousness, and a disability among many other issues, deals with modern life in the enormous metropolis of Tokyo, Japan that is literally the size of the state of California. Then, on the opposite side of the world the married couple's Mexican nanny takes the couple's 2 children with her to her son's wedding in Mexico, only to come into trouble on the return trip. Combined, it provides a powerful story and an equally powerful looking glass into the lives of seemingly random people around the world and it shows just how connected we really are."

Apabila sudah sahaja cerita Babel, aku terpaku sebentar. Betapa berbezanya kehidupan manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang menjadikan kita berbangsa-bangsa dan berbagai kaum supaya kita dapat belajar dan berkenal-kenalan. Betapa persepsi manusia mampu membuatkan sesuatu perkara menjadi berbeza. Betapa kesusahan hidup bukan bermakna kepayahan membantu dan kesenangan hidup belum bermakna kemudahan untuk memberi setitis bantuan. Betapa pengertian belas kasihan, kasih sayang dan cinta tetap sama walaupun dalam keadaan dan situasi yang berbeza. Adakah itu sesuatu yang kita anggap kelebihan atau kekurangan? Adakah itu sesuatu yang kita kagumi atau kita benci?

Pada aku, semua terpulang pada persepsi kita. Yang penting, adakah kaca mata kita yang melihat itu suci atau berdebu?

Saturday, May 12, 2007

Little Extras That Pay

Apabila kita membeli sesuatu barang, apakah kehendak kita? Barang yang dibeli tentulah mesti berkualiti dan berfungsi sepertimana yang kita kehendaki berpadanan dengan harga yang ditawarkan bukan? Begitu juga apabila kita membeli perkhidmatan. Tentu kita mahu perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti, memenuhi kehendak kita dan berpadanan dengan harga yang dikenakan.

Banyak barang dan perkhidmatan di negara kita harganya ditentukan oleh kadar pasaran, dan tidak kurang juga harga yang ditentukan oleh kerajaan. Kadang-kadang kita mengeluh apabila keuntungan yang kita peroleh tidak mencapai sasaran. Kadang-kadang kita menangis sendirian apabila kita tidak mampu mencapai jualan minima untuk menampung kos perniagaan. Namun, pernahkah kita terfikir kenapa terjadi sebegini?

Apa yang membezakan barangan atau perkhidmatan kita dengan ribuan barangan atau perkhidmatan yang diberikan oleh orang lain? Mengapa kadang-kadang, kedai sebelah boleh penuh sesak sedangkan kedai kita hanya disebelah dan menawarkan barangan pada harga yang sama. Apakah kedai sebelah memakai jampi-jampian hinggakan orang ramai tidak nampak kedai kita? Heh.. pemikiran biasa orang-orang kita dari dahulu kala lagi.

Mungkin kita kurang berkemampuan untuk menawarkan harga yang lebih rendah dari harga pasaran atau harga siling. Tetapi, pernahkah kita terfikir untuk memberi perkhidmatan yang sedikit lebih berkualiti pada para pelanggan kita berbanding dengan orang lain? Mungkin melalui khidmat mesra pelanggan kita. Mungkin melalui secawan air percuma. Mungkin melalui gula-gula. Mungkin melalui khidmat nasihat dan ajaran secara percuma. Mungkin juga sekadar melalui senyuman manis yang kita beri pada semua pelanggan kita.

Walaupun tampak mudah dilakukan, sebenarnya perkara sebeginilah yang membawa pelanggan tertarik untuk kembali datang. Kadang-kadang, layanan ekstra sebegini menyebabkan kedai kita tetap penuh walaupun lokasi kedai kita jauh dari orang lain. Walaupun kedai kita tidak sebesar Giant. Walaupun barangan atau perkhidmatan kita sedikit lebih mahal daripada kedai-kedai lain.

Apa pun, dalam pada kita berbicara tentang bisnes, cuba-cuba renungkan juga tentang apa yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan peribadi kita. Apa "little extras" yang boleh kita buat untuk mereka yang kita sayangi? Mungkin sekadar satu panggilan telefon untuk mengucapkan sayang kita pada mereka walaupun ketika kita sedang sibuk? Mungkin juga buah tangan ketika kita pulang dari kerja waktu petang? Kita yang tentukan sendiri, dan lihatlah sendiri hasilnya di kemudian hari!

Friday, May 11, 2007

Malaysian Hell

Sekadar hiburan sambil-sambil kita luangkan setitis masa sibuk kita untuk berfikir sejenak...

A Malaysian dies and goes to hell. There he finds that there is a different hell for each country. He goes first to the German hell and asks: "What do they do here?"

He is told "First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the German devil comes in and whips you for the rest of the day."

The man does not like the sound of that at all,so he moves on. He checks out the American hell as well as the Russian hell and many more. He discovers that they are all more or less the same as the German hell.

Then he comes to the Malaysian hell and finds that there is a very long line of people waiting to get in. Amazed he asks "What do they do here?" He is told "First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the Malaysian devil comes in and whips you for the rest of the day."

"But that is exactly the same as all the other hells - why are there so many people waiting to get in? "

"Because maintenance is so bad that the electric chair does not work, someone has stolen all the nails from the bed, and the devil is a former Govt servant, so he comes in, signs the register and then goes to the canteen for teh-tarik..."

Hehehe.. pada sesiapa yang kerja ngan jabatan-jabatan atau badan-badan kerajaan, jangan pula berkecil hati. Ini mungkin kisah dahulu kala sebelum korang bekerja dengan kerajaan. Ini mungkin kisah yang telah korang perbetulkan. Ini mungkin kisah hanya persepsi, bukannya kenyataan. Buktikan pada rakyat, pekerja kerajaan adalah sama mencari rezeki yang halal sama seperti pekerja swasta. Pekerja kerajaan sama berpenat lelah memajukan ekonomi diri sendiri dan negara seperti pekerja swasta. Pekerja kerajaan sama layak dapat bonus seperti pekerja swasta. Tanpa korang, rapuhlah jentera negara semua.

p/s: Gaji naik? Hmmm...
p/s2: Err.. gelak, gelak juga.. tapi pasti ke kita tak masuk neraka?

Wednesday, May 9, 2007

Can You Make Someone Happy?

Mampukah kita membuatkan seseorang gembira? Mampukah kita membahagiakan seseorang? Apakah perasaan kita jika kita hanya menyebabkan seseorang terseksa? Apakah perasaan kita jika orang lain tidak yakin kita mampu memberi kegembiraan pada mereka?

Adakah kita akan berputus asa? Adakah kita akan kecewa? Adakah kita akan menghancurkan diri kerana itu?

Atau, adakah kita akan jadikan itu sebagai satu pembentuk semangat yang baru. Semangat untuk jadi lebih baik? Lebih baik bukan untuk diri kita tapi untuk orang lain? Lebih baik bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk akhirat?

Mampukah kita? Apa perasaan kita? Apa reaksi kita? Entahlah.

Monday, May 7, 2007

How To Save A Life

Dari LyricsMania.com:

Artist: The Fray
Album: How To Save A Life
Year: 2005
Title: How To Save A Life

Step one you say we need to talk
He walks you say sit down it's just a talk
He smiles politely back at you
You stare politely right on through
Some sort of window to your right
As he goes left and you stay right
Between the lines of fear and blame
And you begin to wonder why you came

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Let him know that you know best
Cause after all you do know best
Try to slip past his defense
Without granting innocence
Lay down a list of what is wrong
The things you've told him all along
And pray to God he hears you
And pray to God he hears you

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

As he begins to raise his voice
You lower yours and grant him one last choice
Drive until you lose the road
Or break with the ones you've followed
He will do one of two things
He will admit to everything
Or he'll say he's just not the same
And you'll begin to wonder why you came

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Hmmm... agak-agaknya, tahukah kita bagaimana untuk menyelamatkan nyawa seseorang? Bagaimana untuk menyelamatkan kehidupan seseorang? Apakah cara kita mampu melakukannya? Apakah pendekatan kita boleh merubah orang lain?

Sunday, May 6, 2007

The Prestige & The Illusionist

Hehe.. aku tak tau apa kemaruk melanda. Lagi dua cerita aku tonton hari ini. Yang pertama ialah The Prestige yang membariskan Hugh Jackman, Christian Bale & Scarlett Johansson sebagai pelakonnya. Sinopsis cerita The Prestige berdasarkan laman web IMDB.com:

"A mysterious story of two magicians whose intense rivalry leads them on a life-long battle for supremacy -- full of obsession, deceit and jealousy with dangerous and deadly consequences. From the time that they first met as young magicians on the rise, Robert Angier and Alfred Borden were competitors. However, their friendly competition evolves into a bitter rivalry making them fierce enemies-for-life and consequently jeopardizing the lives of everyone around them. Set against the backdrop of turn-of-the-century London."

Kisah kedua pula ialah The Illusionist lakonan Edward Norton, Paul Giamatti dan Jessica Biel. Sinopsis cerita The Illusionist pula adalah seperti berikut:

"In the turn of the Twentieth Century, in Vienna, the teenager Eduard Abramovich is the son of a cabinetmaker that becomes fascinated with magic. While practicing some tricks on the streets, he meets the upper-class Sophie, they become friends and later they fall in love for each other. When they are separated by Sophie's family, the broken-hearted Eduard travels to the Far East and fifteen years later he returns to Vienna as a famous illusionist with a different name, Eisenheim. While performing a show in the presence of the ambitious and ruthless Crown Prince Leopold and the corrupt Inspector Uhl, Sophie volunteers for a trick on the stage and they immediately recognize each other. The flame of their passion bursts, but Sophie is engaged of Leopold, as part of his political game to be crowned king with the support of Hungary in a coup d'état against his father. Sophie and Eisenheim plan to runaway together, but when the drunken Leopold discloses their intention, he apparently kills Sophie. The grieving Eisenheim brings his Chinese acquaintances and performs an amazing show, where nothing is what it seems."

Pada aku, kedua-dua cerita tersebut cukup unik dengan membawa kita kepada dua mesej yang berbeza tetapi amat bermakna. The Prestige membuatkan aku terfikir tentang 'sacrifice' ataupun pengorbanan. Semua orang pasti akan mengaku pernah membuat pengorbanan di dalam hidup mereka, biar besar mahupun kecil. Biar harta mahupun hati dan perasaan. Namun cerita ini membuatkan aku berfikir, apakah pengorbanan yang kita lakukan atau mahu lakukan betul-betul bermakna bukan sahaja untuk diri kita mencapai cita-cita dan kehendak diri sendiri, tetapi untuk orang lain. Untuk orang yang kita sayangi. Untuk orang yang kita kasihi. Apakah erti pengorbanan ini sekiranya ada orang lain yang terseksa? Ada orang lain yang merana?

Cerita The Illusionist pula mengajak penonton berfikir tentang kehidupan kita semua. Adakah semua yang kita lihat itu benar? Atau sebenarnya ada maksud lain di sebalik apa yang deria kita mampu capai? Adakah kita hanya percaya apa yang kita lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh tanpa cuba untuk berfikir sejenak tentang hakikat perkara tersebut atau hikmah peristiwa tersebut? Adakah kita jenis orang yang hanya menerima? Atau kita orang yang hanya menyoal? Atau kita tergolong dalam orang-orang yang berfikir?

Apa-apapun, aku suka kedua-dua cerita tersebut. Korang macam mana? Yang mana satu pada korang yang lebih seronok ditonton? Lebih bermakna buat diri korang?

Saturday, May 5, 2007

When Boredom Fills The Room

Aku terasa kebosanan sejak pagi tadi. Baju sudah dibasuh. Episod terkini Supernatural dan Grey's Anatomy sudah ditonton. Bilik sudah dikemas. Dapur sudah dibersihkan. Perut sudah diisi. Apa lagi yang boleh aku buat?

Dalam pada aku melompat dari satu laman web ke satu laman web, secara kebetulan aku terjumpa laman web MMORPG (Massive Multiplayer Online Role Play Game) yang bernama MarcoLand. Dulu masa di UTP, aku rajin juga bermain text based MMORPG, cuma sejak kerja, aku jarang dapat meluangkan masa untuk benda-benda sebegini.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mendaftarkan diri untuk bermain. Menarik juga konsep dia. Yang aku suka, permainan ini berdasarkan konsep detik penamat giliran secara harian, bukannya jam. Jadi aku hanya perlu masuk sehari sekali tanpa perlu ketinggalan jauh dari pemain-pemain lain.

Setakat ini (2 jam bermain), aku belum lagi berasa bosan dengan permainan MarcoLand. Esok lusa? Entah lah. Cuma aku cuba untuk sentiasa beringat, bahawa bermain adalah hanya sebagai hiburan dan bukan komitmen. Bermain untuk beriadah bukan untuk menjadi fanatik.

Korang pula bagaimana? Apa yang korang buat bila bosan?

Friday, May 4, 2007

White Noise : The Light

Heh.. aku bukannya bercita-cita untuk mula menjadi pengkritik filem. Cuma secara kebetulan, aku menonton dua buah filem dalam masa dua hari berturut-turut, dan kedua-duanya membuatkan aku merenung kembali kehidupan yang telah aku lalui, yang sedang aku lalui, dan yang akan aku lalui.

Jadi sebentar sahaja tadi, aku baru selesai menonton cerita "White Noise: The Light". Jalan ceritanya agak biasa, dengan lakaran persepsi orang barat tentang kematian dan kehidupan sesudah mati. Cuma apa yang aku ingin ketengahkan di sini ialah tentang satu petikan dipermulaan cerita:

"Nearly ten thousand people die every day in the United States, the majority of deaths occurring in urban environments.

As such, a resident of a metropolis might encounter up to 1.7 people per day who will be deceased by day's end. -- North American Statistics Institute - 2002"

Hmmm.. bayangkan kehidupan kita ini. Terfikirkah kita yang mungkin kita selalu terserempak dengan orang yang bakal menghembuskan nafas terakhirnya setiap hari? Terfikirkah, mungkin kita sama-sama menunggu di stesen LRT dengan mereka? Terfikirkah, mungkin kita sama-sama berhimpit di dalam lif dengan mereka? Terfikirkah, mungkin kita bekerja di bangunan yang sama dengan mereka? Yang paling penting, terfikirkah, mungkin kita adalah mereka?

Nyawa kita begitu berharga, tapi bukan hak kita. Fikiran kita begitu berkuasa, tapi ajal maut diri sendiri bukan di bawah pengetahuan kita. Mungkin kita seorang yang paling sihat. Paling kuat. Tahukah kita maut kita mungkin setahun lagi? Sebulan lagi? Sehari lagi? Atau sesaat lagi?

Apakah hikmahnya Tuhan tidak memberikan ilmu pengetahuan tentang detik mana nafas kita bakal berakhir? Apakah akan terjadi jika semua manusia tahu bila mereka akan berhijrah ke dunia lain. Apakah akan terjadi jika kita tahu di mana, saat bila, dan bagaimana mereka akan menghembuskan karbon dioksida yang terakhir mereka? Adakah dunia akan lebih aman? Adakah manusia akan berubah menjadi baik? Atau mungkin kita akan lebih mengikut hawa nafsu diri kita?

"Ah.. lambat lagi aku nak mati. 17 tahun 11 bulan 28 hari lagi. Sempat lagi aku nak enjoy!". Mungkin itukah cara manusia akan berfikir?

Tapi hakikatnya tidak begitu. "Esok lusa mungkin ajal aku tiba. Aku kena bersedia dari sekarang!". "Kita kena hidup berusaha macam kita akan hidup seribu tahun. Dan kena beribadat macam kita akan mati esok". Itu hakikat hidup. Tapi berapa banyakkah antara kita yang sentiasa ingat? Berapa banyakkah antara kita yang sentiasa sedar dan insaf?

Yang penting, usaha dan doalah selalu. Usaha supaya kita sentiasa bersedia untuk mati. Doa supaya kita sentiasa bersedia untuk mati. "Life begins at 40"? Pastikah kita yang kita masih bernyawa pabila mencecah usia 40 tahun?

"Ya Allah, janganlah engkau matikan aku melainkan ketika aku di dalam keadaan beriman pada-Mu. Amin"!!

Thursday, May 3, 2007

The Fountain

Kenapa Malaysia tak tayangkan cerita ni? Aku baru saja selesai menonton cerita The Fountain (jangan tanya mana dapat.. biarlah rahsia!!). Pada mulanya, aku sangkakan cerita The Fountain ini merupakan sebuah cerita drama berat dan berentak perlahan yang bakal menjadikan aku tertidur pada jam 9 malam. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset sama sekali.

Sinopsis cerita The Fountain berdasarkan laman web EmpireMovies.com:

"The Fountain is an odyssey about one man's thousand-year struggle to save the woman he loves. His epic journey begins in 16th century Spain, where conquistador Tomas Creo (Hugh Jackman) commences his search for the Tree of Life, the legendary entity believed to grant eternal life to those who drink of its sap. As modern-day scientist Tommy Creo, he desperately struggles to find a cure for the cancer that is killing his beloved wife Isabel (Rachel Weisz). Traveling through deep space as a 26th century astronaut, Tom begins to grasp the mysteries of life that have consumed him for more than a century."

Cerita The Fountain cuba meneroka erti kehidupan, kematian, cinta dan ketaatan melalui perspektif Darren Aronofsky dan Ari Handel. Adakah kehidupan kekal abadi di dunia sesuatu yang membahagiakan? Adakah cinta hanya terbatas pada kekasih dan keluarga? Itu persoalan yang cuba diolah oleh pengarah The Fountain melalui drama sains fiksyen yang agak abstrak dan unik ini. Kalau ada peluang, cuba-cubalah menonton The Fountain dan hayati mesej disebalik keindahan teknik cinematografi yang tidak berasaskan CGI ini.

Getting Married? Read This!

Tengah dalam pening dengan kerja yang tetiba berlambak hari ini, sempat juga aku menjengah laman web Berita Harian Online. Terbaca satu berita yang membuatkan aku tersenyum pahit sendiri:

"Negeri perlu tangani hantaran kahwin tinggi
Oleh Azman Zakaria

KUALA LUMPUR: Semua Jabatan Agama Islam negeri disarankan mengeluarkan garis panduan berhubung jumlah hantaran perkahwinan bagi mengelak ia terlalu tinggi hingga menimbulkan masalah kepada pasangan yang ingin bernikah.

Langkah itu juga bertujuan mengelak perkara berkaitan wang hantaran – yang sebenarnya cuma hadiah pengantin lelaki untuk perempuan - mencetuskan unsur riak, takbur atau perasaan cuba untuk menunjuk-nunjuk.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata Jabatan Kahwin dan Cerai di Jabatan Agama Islam negeri perlu mewujudkan panduan mengenai jumlah hantaran sama ada mengikut keadaan setempat atau keluarga pasangan yang hendak berkahwin.

“Hantaran perlu berada dalam lingkungan persekitaran masyarakat setempat atau kebiasaan bagi masyarakat itu serta bersesuaian dengan kemampuan kewangan keluarga pasangan bakal pengantin,” katanya ketika dihubungi, semalam."

Teringat balik pada e-mel berkenaan sikap masyarakat Melayu yang suka menunjuk dalam sopan-santun melalui majlis perkahwinan. Kenapa ramai orang-orang kita semakin susah untuk berkahwin? Kenapa kita melebih-lebihkan menghiasi pintu gerbang, sedangkan rumah masih kosong? Kenapa harta yang dijadikan ukuran sedangkan ilmu di dada hanya satu dua titis? Apakah kita akan tetap bergelumang dengan pemikiran kapitalisma zaman penjajah sedangkan kita hanya beberapa langkah ke Wawasan 2020? Apakah 'culture' orang Melayu tidak boleh diubah lagi walau kita diberi 10 tahun? 100 tahun? 1000 tahun?

Pada yang bakal, atau merancang, atau yang berniat untuk berkahwin suatu hari nanti, ingat-ingatlah. Dunia hanya sementara. Berpeganglah pada ajaran yang hakiki. Jangan amalkan "biar mati anak, jangan mati adat". Amalkanlah "biar mati adat, jangan mati agama". Bersederhanalah. Yang penting, fikirkan tentang tanggungjawab setelah hidup bersama.

Aku? Doa sahaja yang mampu aku lakukan sekarang...

Wednesday, May 2, 2007

My Dream PDA Phone

Oh.. kalau lah ada mana-mana jutawan tetiba jumpa aku dan membelikan aku PDA Phone nie.. hehe.

Masa tengah dok surf laman-laman web dari tengah hari tadi, aku tetiba teringat pasal O2 XDA Flame, PDA Phone yang menjadi idaman aku selama ini. Kali terakhir aku baca tentang spesifikasi XDA Flame ni ialah pada bulan December yang lalu di PDAdb.net. Hmm.. betul ke O2 akan mengeluarkan model ni? Jadi aku meluncur (kenapa aku selalu nak tergelak bila aku mencuba menaip berkenaan teknologi di dalam Bahasa Melayu?) ke laman O2 Asia untuk mendapatkan kepastian. Ini yang aku jumpa:


1. Dimensions:
* Approx. 126(L) x 74(W) x17.5(T) mm
* Weight with battery: 190g

2. Operating System:
* Microsoft® Windows Mobile® 5.0

3. Processor:
* Intel® XScale® PXA 270 Processor at 520 MHz
* NVIDIA® GoForce® 5500 GPU

4. Memory:
* 2GB + 64MB Flash ROM
* 128MB RAM
* microSD expandable memory

5. Operating time ^:
* Standby up to 170 hours (WCDMA) / 200 hours (GSM)
* Talk time up to 2.5 hours (WCDMA Video calling) / 4 hours (WCDMA voice calling) / 6 hours (GSM)
^ Battery operation time is dependent on user's usage, system settings and configurations

6. Battery:
* Li-polymer battery, 1,620mAh

7. Display:
* 3.6” TFT VGA LCD display with touch panel
* 480 x 640 dots resolution
* Supports 262K colours (65,536 effective)

8. Camera:
* 2 Megapixels CMOS Auto-focus 4X digital zoom camera
* Preview mirror for self portrait
* Secondary VGA CMOS camera for video calls
* White LED strobe flash
* Support still image and video capture

9. Audio:
* Speakerphone
* Stereo speaker
* SRS WOW HD (surround sound experience)
* Playback support: MIDI, MP3, WMA, WAV, AMR, AAC
* Ringtone support: 64-chord, MP3, WAV, MIDI, WMA, AAC
* FM Radio with RDS function

10. Connectivity:
* Built-in Wireless LAN 802.11b+g^
* Bluetooth® SIG version 2.0 + EDR
* Infrared IrDA with remote control capability
* USB On-The-Go (Full speed up to 12 Mb/s)
* TV-Out connector
* Mini-USB port
* Audio jack (2.5mm Ø)
^ Actual data transfer speed is dependent
on range, connection rate, site conditions
and network

11. Network Frequency:
* Tri-band GSM 900/1800/1900
* WCDMA 2100
* GPRS^
^device connection is operator dependent

12. Applications:
Microsoft® Windows Mobile® 5.0 applications:
* Microsoft® Office Outlook® Mobile with Direct Push Technology^
* Microsoft® Office programs for Windows Mobile®
* Pocket MSN®
* Internet Explorer® Mobile
* Windows Media® Player 10 Mobile
* ActiveSync®
* Calculator
* File Explorer

O2 exclusive applications
* O2 AutoConfig
* O2 AutoInstall
* O2 Connect
* O2 MediaPlus
* O2 Phone Plus
* O2 SMS Plus
* O2 Themes

Others
* Adobe® Reader® LE
* CodeWallet® Pro
* GPRS Monitor
* Java 2.0
* Jeyo Mobile Extender
* Jeyo SMS Backup
* MMS client (integrated)
* Self Diagnostics
* Video Telephony
* Wireless Manager
* WorldMate®
^ Actual data transfer speed is dependent on range, connetion rate, site conditions and network

13. What's in the box:
* Main Unit
* Battery
* Universal AC Adapter
* Stereo Headset
* Mini USB Cable
* USB Host Cable
* Additional Stylus
* TV-Out Cable
* Getting Started CD with Microsoft® Outlook® 2002 and ActiveSync® 4.2
* Quick Start Guide and User Manual
* Limited Warranty Statement

14. Warranty :
* 12 months for main unit
* 6 months for supplied accessories

Dengar-dengar cerita, XDA Flame akan dilancarkan di Thailand dalam bulan Mei. Tak pasti pula dengan Malaysia. Huhuhu... tolongggg!!! Nak satu!! Isk... mana nak cekau duit? Tak kira.. nak gak!! Tak boleh.. kena dulukan yang lebih penting. Hutang je beli!! Pastu hidup dalam hutang? Tak per.. nak gak!! Kenapa nak sangat XDA Flame? Best!! Best ke dapat XDA Flame lepas tu hidup berhutang? Err.. best kot. Lagi best dari kawin? Hehehe.. ok ok. Kawin dulu. XDA Flame, 3 tahun depan pun boleh beli lagi. Silap-silap, keluar model lagi power dari XDA Flame. XDA Flamethrower ker.. heh. Priority oh priority!!

Tuesday, May 1, 2007

Leeds Sink to New Depths

Sedih.. sungguh sedih. Kelab Liga Inggeris yang aku sokong sejak tahun 2000 akhirnya kecundang bak nangka busuk. Petikan daripada laman web ESPNsoccernet:

"The end was predictably messy, with a premature pitch invasion and a delayed finish. It was not the first time the adjective 'disgraceful' was used to describe events on the pitch at Elland Road, though usually that involves the players.

Yet, with chaos developing and recriminations beginning, as a metaphor for a fractious season, it was pretty much perfect. And at the eventual conclusion, their manager Dennis Wise admitted, Leeds were relegated.

Schadenfreude, enveloping Yorkshire for much of the season, has spread across various other parts of the country. Delight at Leeds' decline is widespread, yet it is also desperately sad.

Demotion came in the week of the sixth anniversary of their Champions League semi-final against Valencia. Weighed down by a past that is distinctly preferable to their present, Leeds' setbacks invariably coincide with reminders of what they have lost. That now includes Championship football.

By failing to beat Ipswich Town, Leeds effectively ensured they will enter uncharted territory next season: League One."

Nak menangis, tiada gunanya lagi. Turun divisyen tetap turun divisyen. Lagipun, apalah gunanya menangis kerana pasukan yang disokong. Bukan mati pun. Tapi, sokong tetap sokong. Biar tahun hadapan Leeds United hanya akan beraksi di dalam "League One", aku yakin Leeds akan tetap mampu kembali semula ke Liga Perdana Inggeris. Hanya satu syarat. Leeds perlu mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi dan mengatur semula langkah untuk kembali berjaya.

Hidup kita ini senantiasa disulami dengan pahit maung dan suka duka. Itu lumrah alam. Manusia berubah. Alam berubah. Persepsi berubah. Fikiran berubah. Duit berubah. Pangkat berubah. Segala-galanya berubah kecuali Tuhan Yang Satu. Selagi mana kita tetap berpegang pada Yang Satu, selagi itulah kita akan mampu menghadapi cabaran dan rintangan mendatang.