Apabila kita membeli sesuatu barang, apakah kehendak kita? Barang yang dibeli tentulah mesti berkualiti dan berfungsi sepertimana yang kita kehendaki berpadanan dengan harga yang ditawarkan bukan? Begitu juga apabila kita membeli perkhidmatan. Tentu kita mahu perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti, memenuhi kehendak kita dan berpadanan dengan harga yang dikenakan.
Banyak barang dan perkhidmatan di negara kita harganya ditentukan oleh kadar pasaran, dan tidak kurang juga harga yang ditentukan oleh kerajaan. Kadang-kadang kita mengeluh apabila keuntungan yang kita peroleh tidak mencapai sasaran. Kadang-kadang kita menangis sendirian apabila kita tidak mampu mencapai jualan minima untuk menampung kos perniagaan. Namun, pernahkah kita terfikir kenapa terjadi sebegini?
Apa yang membezakan barangan atau perkhidmatan kita dengan ribuan barangan atau perkhidmatan yang diberikan oleh orang lain? Mengapa kadang-kadang, kedai sebelah boleh penuh sesak sedangkan kedai kita hanya disebelah dan menawarkan barangan pada harga yang sama. Apakah kedai sebelah memakai jampi-jampian hinggakan orang ramai tidak nampak kedai kita? Heh.. pemikiran biasa orang-orang kita dari dahulu kala lagi.
Mungkin kita kurang berkemampuan untuk menawarkan harga yang lebih rendah dari harga pasaran atau harga siling. Tetapi, pernahkah kita terfikir untuk memberi perkhidmatan yang sedikit lebih berkualiti pada para pelanggan kita berbanding dengan orang lain? Mungkin melalui khidmat mesra pelanggan kita. Mungkin melalui secawan air percuma. Mungkin melalui gula-gula. Mungkin melalui khidmat nasihat dan ajaran secara percuma. Mungkin juga sekadar melalui senyuman manis yang kita beri pada semua pelanggan kita.
Walaupun tampak mudah dilakukan, sebenarnya perkara sebeginilah yang membawa pelanggan tertarik untuk kembali datang. Kadang-kadang, layanan ekstra sebegini menyebabkan kedai kita tetap penuh walaupun lokasi kedai kita jauh dari orang lain. Walaupun kedai kita tidak sebesar Giant. Walaupun barangan atau perkhidmatan kita sedikit lebih mahal daripada kedai-kedai lain.
Apa pun, dalam pada kita berbicara tentang bisnes, cuba-cuba renungkan juga tentang apa yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan peribadi kita. Apa "little extras" yang boleh kita buat untuk mereka yang kita sayangi? Mungkin sekadar satu panggilan telefon untuk mengucapkan sayang kita pada mereka walaupun ketika kita sedang sibuk? Mungkin juga buah tangan ketika kita pulang dari kerja waktu petang? Kita yang tentukan sendiri, dan lihatlah sendiri hasilnya di kemudian hari!

No comments:
Post a Comment