Seronok rasanya dapat balik ke rumah. Balik ke daerah Kluang tercinta. Bertemu dengan ibu tercinta. Bertemu dengan orang yang tercinta. Hehe.
Aku bertolak balik pada hari Jumaat, tepat jam 8.35 malam. Perjalanan agak membosankan, tetapi semangat untuk pulang ke kampung halaman menguatkan azam aku untuk memandu berhati-hati walaupun kadangkala agak sedikit terlebih laju.
Alhamdulillah aku selamat tiba dan seterusnya dapat menikmati hujung minggu paling bahagia dalam hidup aku selama ini. Hari Isnin, aku dan tunang tersayang bersama-sama menjejak kaki ke Pejabat Agama Daerah Kluang untuk menghantar borang permohonan pernikahan dan seterusnya menjalani temuduga. Ya, di Johor, kami perlu menghadapi temuduga untuk memastikan bakal pengantin "bersedia" untuk melaksanakan rukun-rukun bab munakahat di samping memastikan bakal pengantin bersedia dari segi rukun-rukun yang lain seperti Tauhid dan Ibadah. Alhamdulillah, temuduga yang dihadapi tidak mendatangkan halangan kepada kami, terima kasih pada Uncle Effendi (bakal menjadi Ayah Effendi... mudah-mudahan).
Menurut apa yang aku dengar, ada juga bakal pengantin yang terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka kerana belum "bersedia". Ada yang gugup bila diminta membaca Al-Fatihah. Ada yang menggeletar jari jemari menghitung rukun solat. Dan yang paling menyedihkan, ada juga yang terbelit lidah untuk mengucap dua kalimah syahadah!
Betapa sedihnya aku mendengar cerita-cerita tersebut. Aku tahu, diri aku hanya bertuah sedikit daripada itu. Aku tahu, rata-rata, masyarakat kita yang semakin maju, turut menyaksikan ramai yang hanyut dengan kemajuan. Dan di dalam khutbah Jumaat semalam, aku ngeri apabila mendengar antara tanda-tanda kiamat ialah apabila wanita melakukan hubungan sejenis di atas jalan secara terbuka tanpa segan silu dan orang yang paling baik "bertaraf" Abu Bakar dan Umar pada masa itu ialah orang yang meminta mereka ketepi sedikit kerana mengganggu lalu lalang orang lain. Dan aku terfikir, mudah-mudahan aku tidak sampai ke masa huru hara di detik akhir zaman itu nanti kerana belum tentu aku mampu terselamat. Dan aku juga terfikir, adakah detik itu masih jauh lagi, atau sudah ada situasi tersebut hari ini?
Apa-apa pun, aku bersyukur kerana tidak lama lagi, aku tidak akan berseorangan menghadapi pancaroba hidup. Aku bersyukur kerana masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Aku bersyukur kerana aku masih kenal diri aku dan agama aku.
Yang pasti, aku sentiasa berdoa mudah-mudahan hari esok, aku adalah senantiasa lebih baik berbanding aku semalam. Amin.

No comments:
Post a Comment