Monday, May 28, 2007

Ego, Proud or Arrogant?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan orang yang berpangkat lebih rendah kurang pengalaman dan pengetahuan serta tidak boleh diberikan tanggungjawab yang besar?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan diri kita adalah hasil didikan yang terbaik, yang patut dicontohi oleh semua ibu bapa di dunia, dan patut diterapkan di dalam kurikulum hidup semua manusia lain?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan kata-kata yang zahir dari mulut kita sendiri adalah lebih manis, enak, empuk, menyegarkan, bermakna, mudah difahami tetapi patut dikagumi, sedangkan kata-kata yang sama apabila zahir dari mulut orang lain kurang sedap, tidak cukup masin, membosankan, malah mungkin juga menjijikkan?

Soalan:
Kenapa ada di antara kita yang merasakan keputusan yang cemerlang hasil dari tindakan yang kita ambil, adalah hasil kreativiti, titik peluh dan keberanian diri kita tetapi apabila mendapat keputusan yang buruk, ia adalah hasil kegagalan orang lain untuk menerima pakai idea kita, kemalasan orang lain, serta mungkin kerana salah persekitaran?

Jawapan:
Kerana kita manusia yang mudah lupa. Mudah lupa akan siapa diri kita. Mudah lupa akan kenapa kita wujud. Mudah lupa akan siapa yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Mudah lupa akan janji Tuhan kepada semua manusia di hari kemudian.

No comments: