Tuesday, May 29, 2007

The Truth

Dari Wikipedia:

A common dictionary definition of truth is "agreement with fact or reality".

There is no single definition of truth about which the majority of philosophers agree. Many theories of truth, commonly involving different definitions of "truth", continue to be debated. There are differing claims on such questions as what constitutes truth; how to define and identify truth; what roles do revealed and acquired knowledge play; and whether truth is subjective, relative, objective, or absolute. This article introduces the various perspectives and claims, both today and throughout history.

Beranikah kita berkata benar? Adakah kita lebih selesa berbohong untuk menjaga hati orang lain daripada berkata benar dan menanggung risiko dibenci, dicaci, dihina atau ditertawakan? Adakah wujud istilah "bohong sunat"?

Aku? Kadangkala aku berbohong. Pengakuan ikhlas. Aku tidak mahu berbohong, tetapi kadangkala, hawa nafsu aku menggoda aku untuk berbohong. Aku tidak mahu berbohong, tetapi kadangkala, aku merasakan berbohong adalah jalan mudah untuk aku lari dari kebenaran. Lari dari masalah. Lari dari kekalutan. Aku tidak mahu berbohong, tetapi aku rasakan, seolah-olah ada perkara lain yang lebih utama daripada berkata benar. Menjaga perasaan orang lain lebih utama. Menjaga persepsi orang lain terhadap aku lebih utama. Dihormati dan disegani lebih utama.

Dan mampukah kita menerima kebenaran walaupun pahit daripada mendengar kata-kata bohong yang manis? Mampukah kita menerima teguran kerana kesalahan kita atau kita marah, geram, dan benci apabila kita mendengar kata-kata benar?

Aku? Tegurlah aku. Dengan selembut mungkin. Dengan seberapa berhikmah boleh. Aku lebih suka kalau orang lain berkata benar padaku, agar aku dapat menjadi lebih baik, daripada berkata manis tetapi tidak membawa kepada kebaikan untuk aku. Aku lebih menghargai kata-kata teguran dari kata-kata pujian, khususnya yang secara baik dan untuk membina diri aku. Aku lebih tersentuh jika orang yang menyayangi aku berkata yang benar walaupun mungkin aku akan bermurung, bersedih, atau kecewa daripada orang yang menyayangi aku berkata bohong semata-mata untuk menggembirakan aku, tidak menyusahkan aku, atau kerana takut aku marah.

No comments: