Saturday, May 5, 2007

When Boredom Fills The Room

Aku terasa kebosanan sejak pagi tadi. Baju sudah dibasuh. Episod terkini Supernatural dan Grey's Anatomy sudah ditonton. Bilik sudah dikemas. Dapur sudah dibersihkan. Perut sudah diisi. Apa lagi yang boleh aku buat?

Dalam pada aku melompat dari satu laman web ke satu laman web, secara kebetulan aku terjumpa laman web MMORPG (Massive Multiplayer Online Role Play Game) yang bernama MarcoLand. Dulu masa di UTP, aku rajin juga bermain text based MMORPG, cuma sejak kerja, aku jarang dapat meluangkan masa untuk benda-benda sebegini.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mendaftarkan diri untuk bermain. Menarik juga konsep dia. Yang aku suka, permainan ini berdasarkan konsep detik penamat giliran secara harian, bukannya jam. Jadi aku hanya perlu masuk sehari sekali tanpa perlu ketinggalan jauh dari pemain-pemain lain.

Setakat ini (2 jam bermain), aku belum lagi berasa bosan dengan permainan MarcoLand. Esok lusa? Entah lah. Cuma aku cuba untuk sentiasa beringat, bahawa bermain adalah hanya sebagai hiburan dan bukan komitmen. Bermain untuk beriadah bukan untuk menjadi fanatik.

Korang pula bagaimana? Apa yang korang buat bila bosan?

No comments: